DAP harus belajar menghormati perjuangan PAS yang membawa Islam, penyatuan ummah tanpa melabelkannya dengan gambaran buruk seperti talibanisme, rasisme, ekstremisme dan klepto-teokrasi. Kenyataan media saya semalam sekali lagi diputar belit oleh DAP dan jentera sibernya untuk menggambarkan PAS menolak kebebasan beragama serta menyebarkan kebencian. Ia adalah dakyah yang sengaja dipotretkan untuk menggambarkan ‘kekerasan’ setelah PAS berjaya bekerjasama dengan Umno untuk menyatupadukan ummah.

Kenyataan saya semalam hanya meminta pihak polis menyiasat ucapan Steven Sim dalam forum Naratif Malaysia Baru pada 14 September 2019 di Kota Damansara selain penganjuran dan kandungan lain forum itu. Saya memetik ucapannya, “The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence”. Begitu juga Steven sekali lagi mengatakan, “The Kingdom of God is unstoppable and this is our answer to all ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism. God Himself is committed to act and ensure the success of His own kingdom”.

Kenyataan saya semalam langsung tidak mempertikaikan nilai baik yang dikongsikan olehnya, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia, wujud kebimbangan apabila pemimpin DAP mengulangi secara tegas perihal The Kingdom of God dalam Naratif Malaysia Baharu. Secara tidak langsung wujud juga beberapa persoalan adakah DAP akan menjadikan The Kingdom of God sebagai naratif baru dalam politik di Malaysia? Adakah ia dilihat tidak bercanggah dengan asas-asas Rukun Negara dan peruntukan utama dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan dan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara?

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
19 Muharram 1441 | 19 September 2019 - HARAKAHDAILY 19/9/2019

KETIKA PAS dan Umno di Negeri Perak mengiatkan usaha penyatuan ummah demi kesejahteraan rakyat, PH Perak pula terus bergolak dan saling menjatuhkan sesama sendiri.

Terkini kenyataan Penasihat Khas Menteri Besar, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang secara terbuka menegur sikap segelintir pemimpin tertinggi dalam parti komponen Kerajaan PH Perak yang mempertikaikan keupayaan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Semakin hari semakin jelas keretakan pakatan yang didominasi oleh DAP ini. Lebih malang, MB Perak terus-menerus ditekan kerakusan parti-parti komponen dalam PH Perak. Sehingga kini isu integriti seperti rasuah dan penyalahunaan kuasa serta isu melibatkan jenayah rogol masih tidak selesai dan ianya jelas merosakkan imej Negeri Perak.

PH Perak kini semakin pincang, pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak semakin tidak menentu dan ini membawa kesan yang besar terhadap ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. Lebih parah lagi, fokus para pemimpin PH Perak kini dilihat bukan kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri tetapi lebih suka kepada perbalahan terbuka sesama sendiri yang menyebabkan ketidakstabilan politik negeri.

PAS Perak menyatakan kesediaan kami menyelamatkan negeri Perak yang dicintai ini. PAS Perak yakin bahawa Muafakat Nasional yang dimenterai bersama dapat mensejahterakan rakyat, membangunkan semula ekonomi dan menyatupadukan kaum di Perak.

HAFEZ SABRI
[Ketua Penerangan
PAS Perak] - HARAKAHDAILY 19/9/2019

THE protracted trade war between the United States and China has seen a gamut of analysis and predictions regarding its effects and direction, indicative of the growing concerns gripping the global economic community.

Reflecting on the analysis while gauging the current regional and global economic climate, PAS Central’s Economic, Real Estate and Entrepreneur Development Committee opines that the tensions are not as destructive nor chronic as many might feel. Our views are based on two salient – yet by necessity competing – factors:

1.     The American economy is to an extent dependent on liquidity support from China. Consider the fact that China is the single largest foreign holder of American debt issued by the U.S. Treasury. As of May 2019, China held USD1.1 trillion in U.S. Treasury bills, notes and bonds, amounting to 5 percent of U.S. debt.

This dependence on Chinese money is crucial with respect to domestic market activity, particularly in the retail sectors. The yuan has leaned on the dollar, for the good part of two decades, invariably strengthening Chinese exports to the U.S. and maintaining American domestic purchasing power as a direct consequence of the generally cheaper Chinese goods flooding its retail markets.

In this highly co-dependent situation, it is simply impossible for Washington to sustain any significant pressure on Beijing for a prolonged period of time. Any threat by the Chinese to liquidate even a portion of their holdings would be disproportionately destructive to the US, particularly within the retail sector, which contributes 6 percent to the GDP and is supported largely by the 164 million middle class Americans, or 50 percent of the population. Any potential for damage to their livelihoods of this proportion, particularly in an election year, would prove disastrous to the incumbent.

2.     Beijing’s has always sought to keep the yuan low relative to the dollar. It does this by pegging the Yuan to a basket of currencies, in which the dollar is the largest. Large or prolonged depreciations in the dollar, relative to the other currencies, are countered by increasing their purchases of U.S. bonds – driving the dollar up – and maintaining its difference, and by extension its export advantage, in the longer run.

This is done to ensure that the Chinese economy, with 1.3 billion mouths to feed, maintains the highest rates of growth possible for as long as possible. Therefore to maintain this advantage, particularly with the dollar beginning to depreciate again in 2018 after 4 years on the ascent, Beijing has to continue buying up even more U.S. Treasuries, as opposed to selling them.

As with the U.S., a prolonged fall in the yuan will also affect the more than 420 million middleclass Chinese. China’s economy has, on average, grown by 10 percent annually for the last three decades. It has slowed down recently, and Beijing will be keen to do all it can to protect this growth, and by extension its influence, for its burgeoning middle-class.

This symbiosis of competing factors will inevitably ensure that both Washington and Beijing will exert the utmost caution in their trade relations. Regardless of the rhetoric emanating from both sides, the fact is they both need each other more than either would openly concede. A prime example of this is the recent lifting of the ban on Chinese telecommunications giant Huawei, despite the furore preceding it.

We therefore project that the current stand-off between the U.S. and China is not necessarily a cause for worry, and will end sooner than later.

MAZLI NOOR
Vice Chairman
PAS Central’s Economic, Real Estate and Entrepreneur Development Committee - HARAKAHDAILY 19/9/2019

PAS Kawasan Sungai Buloh (PAS Kawasan) mengikuti secara dekat isu penduduk di Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir sejak daripada awal sehingga berlaku perobohan. Selepas diteliti isu dan keadaan, maka PAS Kawasan bersetuju untuk bersama penduduk atas faktor-faktor berikut:

1.     PAS Kawasan konsisten kepentingan awam perlu diutamakan dan reserve projek pembesaran sungai adalah keutamaan. Kami sebagaimana juga penduduk bukan berhasrat untuk menuntut pemilikan tanah yang akan diambil untuk perluasan sungai demi kepentingan awam.

2.     PAS Kawasan melihat, tuntutan penduduk untuk menangguhkan perobohan sehingga anak-anak selesai menghadapi semua peperiksaan seperti PT3, PSRA, SPM dan lain-lain adalah satu tuntutan kemanusiaan. Perobohan yang dilakukan semalam sangat mengganggu masa depan anak-anak yang menghadapi peperiksaan penting yang mencorakkan masa depan mereka.

3.     Perobohan dilakukan tanpa ada perancangan susulan seperti penyediaan rumah persinggahan (transit) atau rumah alternatif seperti rumah Selangorku dan lain-lain, menjadikan penduduk terutamanya anak-anak merempat di dalam khemah sementara yang terbuka serta terdedah kepada jerebu, nyamuk, basah hujan dan seumpamanya. Tiada kemudahaan seperti tandas, tempat salin pakaian yang tertutup bagi wanita dan lain-lain di khemah-khemah sementara yang dibina oleh penduduk dengan ehsan warga setempat mengundang krisis sifat kemanusian.

4.     Perobohan dilakukan waktu jerebu sudah mencecah bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200. Lebih 500 sekolah ditutup pada hari perobohan berlaku. Sikap pihak kerajaan meneruskan perobohan dalam cuaca seperti ini mengundang bahaya dan menjejaskan kesihatan terutamanya kepada anak-anak yang terpaksa berada di bawah khemah terbuka.

5.     PAS Kawasan juga melihat pihak penduduk mempunyai asas yang sangat kuat untuk menuntut semula janji-janji YB Mohd Khairuddin Othman, ADUN Paya Jaras yang menabur janji mempertahankan penduduk daripada dirobohkan. Janji-janji ini difahami oleh penduduk seolah-oleh mereka terus berhak untuk kekal disitu.

6.     Setelah pihak PAS bersama penduduk, didapati mereka adalah warganegara Malaysia pemegang kad pengenalan biru, bukan pendatang yang menceroboh tanah kerajaan sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

7.     Terdapat penduduk yang mempunyai geran tetapi mereka tidak mampu membayar peguam mewakili mereka untuk mencabar semula tindakan perobohan tersebut. Maka pihak penduduk yang mempunyai geran memerlukan masa untuk mencari peguam yang sesuai bagi pihak mereka.

Atas 7 faktor kemanusiaan di atas dan faktor janji yang ditaburkan, maka pihak PAS Kawasan Sungai Buloh membuat keputusan bersama-sama penduduk untuk mempertahankan saki-baki rumah yang belum diroboh terutamanya rumah yang mempunyai geran sejak tahun 1980-an.

Pihak PAS Kawasan Sungai Buloh juga menggesa kerajaan PH lebih bersifat prihatin terhadap semua pihak terutamanya rakyat bawah yang lemah dan tertindas.

ZAHARUDIN MUHAMMAD
Yang Dipertua PAS
Kawasan Sungai Buloh - HARAKAHDAILY 19/9/2019

 

KUALA NERUS: PAS menolak kerjasama dengan PH selagi ada bersama komponen itu DAP, yang secara jelas menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang menegaskan, PAS menolak PH kerana pakatan itu menolak Islam yang diperjuangkan oleh PAS terutama DAP.

Oleh itu, katanya PAS tidak bersedia untuk bersama dengan kerajaan PH selagi parti DAP ada bersama PH.

“Sebab Pakatan Harapan awal-awal lagi sudah menolak Islam yang diperjuangkan oleh PAS terutama sekali DAP, yang mengetuai PH sekarang ini, yang menguasai dan mempengaruhi Pakatan Harapan ialah DAP.

“Kita tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan selagi DAP ada bersama PH,” tegasnya kepada Harakahdaily selepas majlis Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 2.0 Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Kompleks Tarbiah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus, malam tadi.

Menurutnya, DAP menguasai dan mempengaruhi kerajaan PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Selain itu, kata Dato’ Husain, PAS Terengganu kini sedang giat mengadakan kempen menambah keahlian sebanyak 15,000 ahli baharu sehingga akhir tahun ini.

“Tujuan program ini ialah untuk mencapai matlamat keahlian PAS bagi negeri Terengganu (tambahan) 15,000 ahli baharu untuk tahun ini.

“Kedudukan sekarang ini telah kita capai sekitar 12,000 keahlian dan masih kekurangan 8,000 hingga 10,000 ahli. Insya-Allah, dengan kempen ini sasaran untuk kita capai akan berjaya dalam tempoh empat bulan lagi,” jelasnya.

Menurutnya, sebagai galakan kepada PAS kawasan masing-masing bayaran insentif sebanyak RM5,000 akan diberikan jika mencapai sasaran itu.

Namun, katanya, bagi kawasan yang hanya mencapai sasaran minimum keahlian baharu PAS seramai 1,500 ahli akan menerima saguhati RM1,000 sahaja.  

Pada majlis itu, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menerima agihan borang keahlian PAS yang disampaikan beliau.

Majlis Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 2.0 Peringkat Negeri Terengganu ini hanya melibatkan dua kawasan, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja, manakala kawasan lain akan diadakan di tempat masing-masing.

Hadir sama Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Bendahari PAS Terengganu, M. Sukrimun Samsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buloh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. – HARAKAHDAILY 19/9/2019

km1

km3

KEMAMAN: Aktiviti kerohanian seperti bacaan surah Yaasiin beramai-ramai oleh komuniti penduduk mampu mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Baru, Kertih Rohana Muda, 50, memberitahu, majlis seumpama itu juga mampu mengetepikan persengketaan serta perselisihan fahaman ideologi politik masing-masing.

“Hampir setiap minggu ada sahaja undangan diterima daripada penduduk, untuk majlis tahlil atau kesyukuran, bacaan Yaasiin untuk peperiksaan anak-anak atau ada keluarga si pesakit yang berhajat.

"Undangan yang diterima juga meluas, dari masyarakat sekitar Kemasik dan Kertih termasuk juga jemputan dari pihak sekolah," ujar beliau.

Beliau memaklumkan, kumpulan tersebut terdiri dari pelbagai latar belakang suri rumah yang mempunyai masa terluang di sebelah pagi ketika ditemui di Surau Taman Selasih, Kertih, di sini semalam.

Kumpulan ini mula bergerak sebelum PRU14 lalu dan semakin berkembang dari masa ke semasa, sehingga berjaya mengumpul 60 orang ahlinya kini.

“Kita namakan sebagai Skuad Yaasiin Rantau Petronas kerana ianya gabungan Muslimat dari dua Cawangan parti, yang terletak dalam Unit Peti Undi (UPU) Rantau Petronas,” kata beliau selaku ketua skuad tersebut.

Menurut Rohana lagi, surah Yaasiin dipilih kerana sejak berzaman menjadi amalan masyarakat Muslim di negara ini membacakan surah ke-36 dalam al-Quran pada setiap malam Jumaat, namun tidak semua menghayati maksud terkandung dalam surah berkenaan. - HARAKAHDAILY 19/9/2019   

IMG 20190919 WA0046

IMG 20190919 WA0047

IMG 20190919 WA0048

SAYA meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh Dr Maszlee berhubung dengan penggabungan UMT dan UNISZA. Faktor utama penggabungan ini dikatakan kerana faktor pencapaian UMT yang tidak memuaskan terutamanya kegagalan UMT mengetengahkan kursus maritim sebagai kursus rujukan di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Dr Maszlee juga mewajarkan keputusan kerajaan itu dengan memberi alasan bahawa kebolehpasaran kerja bagi graduan universiti ini adalah rendah di samping kedua-duanya mempunyai kursus dan profesor dalam bidang yang sama.

Kenyataan-kenyataan Dr Maszlee ini menimbulkan banyak keraguan. Tidak wajar perbandingan dilakukan melalui ranking universiti dengan mengambil kira usia penubuhan UMT jika dibandingkan dengan universiti-universiti terkemuka tempatan yang lain. Jika ranking menjadi punca, bukannya tidak wujud universiti-universiti yang berada di bawah UMT.

Sekadar persamaan kursus juga bukan alasan yang kukuh untuk satu penggabungan kerana universiti yang mempunyai kursus tujahan (niche) sendiri juga masih mempunyai kursus-kursus lain yang ditawarkan. Alasan kebolehpasaran kerja pula hanya menunjukkan kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang graduan.

Paling tidak boleh diterima adalah apabila menteri sendiri menidakkan pencapaian UMT dalam bidang marin. Walhal, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri sebagai Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) kluster Maritim kerana sumbangan dan kerjasamanya dengan universiti luar dalam pemfokusan bidang yang sama.

Di sebalik usia penubuhannya yang masih muda, ia juga diiktiraf oleh badan profesional iaitu The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) dalam bidang pengangkutan dan logistik maritim dengan penubuhan Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MALTrac) yang pertama di Malaysia. UMT turut menubuhkan Pusat Pelayaran dan sedang giat membangunkan sebuah Pelabuhan Pengajaran (teaching port) UMT dan Pusat Repositori Marin Kebangsaan.

Banyak lagi pencapaian UMT di peringkat antarabangsa yang menjadi kebanggaan warga UMT. Saya percaya UMT sudah pun berada di trek yang betul untuk terus cemerlang dan menjadi rujukan universiti-universiti lain. Saya menyeru agar kerajaan menyemak balik keputusan yang dibuat kerana penggabungan dilihat bukan pilihan dan prioriti pada masa ini.

Kerajaan boleh sahaja terus membantu memperkasakan kursus-kursus tujahan di UMT dan UNISZA tanpa perlu kepada satu proses penggabungan yang memerlukan kepada kos yang tinggi. Ditambah dengan protes berterusan daripada ahli akademik, mahasiswa dan masyarakat setempat, proses yang tidak perlu ini akan menjadi rumit sekali untuk diselesaikan kerajaan dalam keadaan lebih banyak masalah rakyat yang memerlukan perhatian kerajaan.

Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
19 September 2019/ 19 Muharram 1441H - HARAKAHDAILY 19/9/2019

HULU SELANGOR: Kluster Kejuruteraan (Kkj) Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan program Family Day di Huda's Haven Resort, Batang Kali, di sini kelmarin.

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli, selain berkenalan dan berinteraksi antara mereka juga dengan saf kepimpinan baharu Jabatan Profesional Muda.

Selain pengisian dan perbincangan santai, program turut diceriakan dengan aktiviti riadah termasuk bermain futsal, kayak, mandi sungai dan lain-lain di samping menikmati panorama alam semulajadi.

Pengerusi Kluster Kejuruteraan, Ir Muhammad Faqih Badrishah dalam ucapannya menyeru semangat agar hidup dalam gerak kerja jamaah seperti 'Superteam' dan bukannya 'Superman'.

Turut hadir merasmikan penutupan program adalah Pengarah JPro, Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid yang turut memaklumkan program Engineering Professional Talk (EPT 4.0) bakal dianjurkan.

"Jurutera ini bersifat versatile (serba boleh), jadi banyak perkara yang boleh kita sumbang dalam PAS," ujarnya mmbangkitkan motivasi hadirin. - HARAKAHDAILY 19/9/2019

  IMG 20190919 WA0040

IMG 20190919 WA0043

IMG 20190919 WA0044

IMG 20190919 WA0045

KUALA LUMPUR: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia terus memberi perhatian terhadap mereka-mereka yang memerlukan bantuan atas kesulitan atau ujian dialami.

Atas keprihatinan itu, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh sendiri memimpin ziarah ke atas dua aktivis dan pimpinan PAS dalam lawatannya pada kelmarin dahulu.

Bersama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din, mereka telah menziarahi Ahli Jawatankuasa Briged Muslimat Selangor, Siti An-Najwa Muhammad Najhan.

Beliau telah mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya dan telah melakukan pembedahan pada tulang muka dan juga tangan di mana delegasi telah menyerahkan sumbangan kepadanya.

Ustazah Nuridah dan Zurina juga telah menziarahi Ketua PAS Cawangan Mulia Sri Labuan Bandar Tun Razak, Roslan Baharum yang juga suami mantan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Rosiah Husin.

Roslan memerlukan bantuan untuk menyewa atau membeli sebuah Oxygen Concentrator with Oxygen Cylinder Tank (saiz E) agar dapat diletakkan di rumah bagi kegunaan beliau. - HARAKAHDAILY 19/9/2019

KAMPAR: Ameerah Kawasan Kampar telah menganjurkan aktiviti fizikal kesihatan iaitu 10,000 Langkah Merdeka yang dilangsungkan di Padang Taman Sentosa, Bandar Baru, di sini kelmarin dahulu.

Program ini sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan aktiviti sedemikian bagi menyihatkan badan, selain mengekalkan berat badan idea.

Menerusi penganjuran ini juga, ianya dapat mempromosikan gaya hidup sihat kepada terutama kepada golongan wanita, selain menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

Selain berjalan kaki, Ameerah turut menyampaikan risalah dakwah bertajuk "Merdekakan Jiwamu", selain mengutip sampah disepanjang langkah 10,000 itu sebagai kempen kebersihan.

Program ini juga diisi dengan ucapan dari Ketua Muslimat PAS Kampar, Robiaton Hassan yang selain berharap mencapai tujuan kesihatan, mengharap program itu mengikat ukhuwah semua pihak. - HARAKAHDAILY 19/9/2019   

IMG 20190919 WA0030

IMG 20190919 WA0031

IMG 20190919 WA0032

IMG 20190919 WA0033

IMG 20190919 WA0034

IMG 20190919 WA0035  

 

IMG 20190919 WA0036

IMG 20190919 WA0037

JURANG sosio-ekonomi dalam kalangan rakyat Sarawak yang begitu melebar sejak lebih 6 dekad lalu menuntut langkah berani dan bersepadu untuk menanganinya. Komitmen Kerajaan GPS Sarawak untuk mengecilkan jurang tersebut dengan menyeimbangkan agihan kekayaan Bumi Kenyalang amatlah perlu didukungi seluruh rakyat negeri ini.

Amat perlu disedari betapa faktor perubahan ini tidak dapat lari daripada pengaruh kuasa politik. GPS sudahpun menunjukkan iltizam politiknya ke arah masa depan Sarawak yang lebih baik. Namun, berhadapan juga dengan langkah politik sedang dicatur oleh PH yang telahpun menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan sejak PRU14 lalu.

Sasaran terdekat terujanya PH untuk menambah dan meluaskan kuasanya adalah pada PRN Sarawak yang boleh diadakan setidak-tidaknya tahun hadapan. Isyarat itu telahpun diberikan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya dalam program BERSATU sempena kehadirannya ke Sambutan Hari Malaysia di Kuching.

Beliau memberi mesej jelas untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sarawak daripada teraju GPS. Soalannya, apakah rakyat Sarawak telah bersedia menyerahkan kepercayaan kepada PH yang ternyata memberi janji palsu pada Manifesto mereka sendiri? Paling utama PH dicengkam kuat oleh DAP yang sangat bersifat perkauman.

Lantaran itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai ahli politik dan ulamak yang cukup berpengalaman telah memberikan nasihat sangat berguna untuk kita warga Bumi Kenyalang. Beliau menyeru supaya teraju pemerintahan dipastikan terus kekal penguasaannya kepada Bumiputera rakyat Peribumi Sarawak.

Hal tersebut peringat beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, agar negeri ini dihalang daripada dikuasai oleh DAP. Kerana perkara yang paling jelas akan dilakukan DAP adalah memastikan kekayaan perniagaan dan hasil negeri dikuasai oleh satu bangsa sahaja iaitu kaum Cina. Ini semua dapat difahami berkait survival politik DAP itu sendiri.

Sikap perkauman DAP ini bukan baharu, wajah ini telah dikenali tanpa rahsia. Malah lihat sahaja Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tahun lalu; telah mengurang dan memansuhkan begitu banyak peruntukan dan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam negara.

Terutama petani, penternak, nelayan dan peniaga kecil di mana golongan ini paling ramai terdiri daripada Bumiputera kaum Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak. Mereka bukan sahaja miskin, berpendapatan rendah dan hidup di luar bandar atau pedalaman, malah jauh daripada segala insfrastuktur dan kemudahan asas.

Sedangkan yang menguasai kekayaan perniagaan dan hasil negeri Sarawak adalah kaum minoriti Cina di mana sebahagian mereka juga adalah penghijrah ke sini terutama di bandar-bandar utama. Kerana itu kebimbangan bahawa DAP akan terus memperkayakan satu kaum ini sahaja wajar berdasarkan sikap telah dizahirkan.

Keengganan dan dalih Guan Eng memenuhi permintaan pinjaman RM1 bilion oleh Kerajaan GPS Sarawak untuk tujuan pendidikan negeri ini amat dikesali. Sudahlah hal ehwal pendidikan itu sebenarnya di bawah Kerajaan Persekutuan, Guan Eng pula bersikap seperti 'mengugut' apabila menggesa Sarawak menjelaskan hutang dahulu.

Inilah sikap tidak berdasarkan kenegaraan, tetapi lebih kepada sentimen politik dan perkauman. Untuk itu, menyerahkan negeri ini untuk ditadbir PH pada masa akan datang tidak akan sama sekali memacu Sarawak menjadi lebih baik. Sebaliknya, ia tidak ubah seperti kembali meletakkan negeri ini seperti 'dijajah' semula oleh 'penjajah' DAP.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sarawak - HARAKAHDAILY 19/9/2019

SUNGAI BULOH: PAS Kawasan Sungai Buloh meminta Kerajaan Negeri Selangor bersikap perikemanusiaan dengan tidak sewenangnya meroboh rumah penduduk tanpa menyediakan alternatif yang sebaiknya.

Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Ustaz Zaharudin Muhammad berkata, pihaknya serta penduduk tidak sesekali menyekat pelaksanaan projek pelebaran Sungai Kedondong sebagaimana yang dicadangkan.

“Kami sebagaimana penduduk bukan berhasrat untuk menuntut pemilikan tanah yang akan diambil untuk perluasan sungai demi kepentingan awam.

“Tuntutan penduduk untuk menangguhkan perobohan sehingga anak-anak selesai menghadapi peperiksaan PT3, PSRA, SPM dan lain-lain adalah satu tuntutan kemanusiaan.

“Perobohan yang dilakukan semalam sangat mengganggu masa depan anak-anak yang menghadapi peperiksaan untuk mencorak masa depan mereka,” katanya dalam sidang media di Paya Jaras Hilir, di sini hari ini. Turut hadir sama, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh, Siti Rohaya Ahad.

Jelasnya, perobohan juga dilakukan tanpa ada perancangan susulan seperti penyediaan rumah persinggahan sementara sehingga penduduk terutama kanak-kanak terpaksa merempat dalam khemah terbuka serta terdedah kepada jerebu, hujan dan sebagainya.

Menurutnya, penduduk kini menuntut janji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Mohd Khairuddin Othman yang berjanji akan mempertahankan penduduk daripada rumah diroboh, sehingga mereka berasa berhak untuk kekal menetap di tanah tersebut.

“Mereka (penduduk) adalah warganegara Malaysia pemegang kad pengenalan biru, bukan pendatang asing yang menceroboh tanah kerajaan sebagaimana dakwaan setengah pihak.

“Terdapat penduduk yang mempunyai geran sementara pajakan 99 tahun. Namun apabila ditanya kepada pegawai terlibat mengatakan bahawa rumah mereka di luar daripada geran yang diberikan,” ujarnya.

Berikutan itu, katanya perkara itu juga dipertikaikan oleh pihaknya dengan meminta bukti dan laporan menyatakan rumah penduduk di luar daripada geran.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menjadikan perkara itu sebagai keutamaan, sebaliknya tuntutan kemanusiaan sehingga roboh rumah tanpa sebarang alternatif kepada penduduk.

Setakat ini, sebanyak 67 buah rumah telah dirobohkan daripada 92 rumah yang dimaklumkan akan diroboh.

Purata lebih 250 orang penduduk yang terjejas kini ditempatkan di bawah khemah sementara yang dibina atas ehsan warga setempat tanpa kemudahan asas seperti tandas, tempat salin pakaian tertutup dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 19/9/2019

SB1

SB2