YOUNG Turks menggulingkan Khalifah

(1)     Kejatuhan Uthmaniyyah pada 1924 sangat segar di dalam minda pengkaji sejarah. Kuasa besar Islam lenyap begitu sahaja akibat unsur-unsur sengal yang menyelinap masuk. Antaranya kemunculan geng Ittihad wat Taraqqi pada 1889 yang jelas melaksanakan agenda Zionis secara dalaman.

Ittihad Wat Taraqqi memainkan peranan penting dalam memburukkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dengan konspirasi jahat, antaranya mencetuskan kebangkitan anak muda Turki (Young Turks) pada 1908 dan pada tahun berikutnya khalifah digulingkan.

(2)     Selepas itu, Sultan Mehmet Reshad naik takhta dan beliau banyak memberikan mandat kepada geng Ittihad wat Taraqqi. Ittihad wat Taraqqi yang dianggotai oleh Pasha-pasha ketika itu diberi tanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang tentera berpusat di Istanbul.

Uthmaniyyah diheret dengan tawaran dedak

(1)     Umum mengetahui Uthmaniyyah pada asalnya tiada kena mengena dengan Perang Dunia Pertama yang bermula Jun 1914. Asalnya pertembungan antara Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman, Hungary dan Itali berhadapan dengan Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh British, Perancis dan Rusia.

Geng Pasha yang sememangnya sejak awal lagi sudah cenderung ke arah Jerman. Namun, setelah Itali menarik diri dari kancah tersebut pada 1 Ogos 1914. Keesokan harinya geng Pasha telah membuat perjanjian "belakang tabir" untuk menyertai Kuasa Pusat berhadapan Tentera Bersekutu.

(2)      Beberapa bulan kemudian, Jerman mula menawarkan dedak kepada Uthmaniah sebagai tanda rasmi penglibatan Uthmaniyyah dalam Kuasa Pusat. Dedak yang ditaburkan oleh Jerman dengan anggaran 2 juta Kurush (mata wang Turki) diterima oleh Kerajaan Uthmaniyyah pada Oktober 1914.

(3)      Selang beberapa hari, tanpa diduga, geng Pasha yang sudah menikmati dedak, mula membelakangi khalifah dengan mengeluarkan arahan "mencari pasal" terhadap Tentera Bersekutu, dengan menyerang Kapal Perang Rusia yang merupakan geng Tentera Bersekutu. Sejurus serangan itu, Rusia isytihar perang kepada Uthmaniyyah.

Perang meletus. Khalifah tiada pilihan, terpaksa menyeru Ummat Islam seluruh dunia bangkit menentang Tentera Bersekutu Kebangkitan demi kebangkitan, akhirnya mengorbankan 250 000 Tentera Uthmaniah. Rekod pemerintahan Khilafah Islamiah tercalar dalam isu ini.

Tawaran jawatan dan janji yang dicapati

(1)     Dalam pada itu, pada 1916 berlakunya kebangkitan Arab hasil rancangan licik intelligent Inggeris (Lawrance Arabia) menghasut Syarif Hussein untuk mencetuskan kebangkitan tersebut dengan bersekongkol dengan Perancis dan Inggeris. Syarif Hussein ditawarkan jawatan memerintah Makkah dan Madinah jika berjaya menjatuhkan khilafah.

(2)     Ketika zaman Sultan Abdul Hamid II sebelum ini, beliau bertegas untuk tidak menyerahkan sekangkang kera pun tanah kepada Yahudi. Namun setelah Beliau digulingkan, ia membuka ruang kepada Inggeris untuk melaksanakan agenda Negara Yahudi.

Justeru pada 1917, diadakan perjanjian Balfour sebagai batu asas kepada penubuhan Negara Yahudi tersebut. Setahun kemudian, berakhirnya Perang Dunia Pertama pada November 1918 yang menjadi laluan kepada runtuhnya Uthmaniyyah.

(3)     Dalam keadaan Uthmaniyyah sendiri berhadapan dengan krisis dalaman, hutang yang bertimbun untuk membina istana di pinggir Selat Balfour, dan juga sentimen Arab-Turki menyumbang kepada runtuhnya sebuah khilafah yang tercatat sejarah agungnya.

(4)     Setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, Syarif Hussein yang sepatutnya dijanjikan jawatan memerintah Makkah dan Madinah, hanyalah janji dicapati. Akhirnya beliau dan kabilah Arabnya "terbuang" ke sebuah tanah tandus, hari ini dinamakan Jordan.

- MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL - HARAKAHDAILY 18/9/2019

DI dalam al Quran Allah S.W.T menceritakan tentang perangai-perangai musuh Islam yang mencipta atau membina halangan-halangan daripada menuju jalan Allah S.W.T. Antara yang boleh digariskan ialah;

1)     Halangan dengan cara kekerasan atau kediktatoran. Antaranya kisah Firaun dan Nabi Musa A.S, kisah Raja Namrud dan Nabi Ibrahim A.S, dan banyak lagi.

2)     Halangan dengan cara strategi (psikologi) Antaranya hasutan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tukang sihir, para Anbiya' yang dikatakan gila dan sebagainya.

Objektif halangan dicipta

Objektif utama halangan mereka ialah "menghalang manusia daripada kebenaran". Lalu Kaum Sodom memperkenalkan Hedonism, Kaum Nabi Nuh A.S menyuruh bertaqlid, Firaun mengungkit jasanya dan pelbagai lagi seni-seni menghalang jalan Allah.

Perkara ini disebutkan di dalam Tafsiran bagi salah satu ayat al Quran yang menggunakan perkataan "الصد"

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu."

(an-Nisa : 61)

Justeru, method menghalang منهج الصد perlu diteliti dan objektifnya perlu difahami oleh ahli gerakan Islam kerana ia adalah salah satu seni yang wujud di sepanjang zaman, bahkan disenaraikan di dalam al Quran dan Sirah Nabi S.A.W.

Seni halangan di zaman Nabi Muhammad S.A.W

Kita boleh lihat, di permulaan zaman kenabian Nabi Muhammad S.A.W para Sahabat R.A diseksa dengan penuh kediktatoran. Namun, setelah konsep diktator ini dilihat tidak mampu menghalang perkembangan Islam, para pembesar Quraisy datang bertemu Nabi Muhammad S.A.W untuk berunding.

Pembesar Quraisy menawarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W jawatan tertinggi di Makkah, tawaran wanita paling cantik dan kekayaan, dengan syarat Nabi Muhammad S.A.W berhenti daripada menyampaikan Islam. Nabi S.A.W menolak rundingan tersebut.

Justeru, rundingan sebenarnya merupakan salah satu konsep "halangan" yang dicipta oleh Pembesar Quraisy, iaitu halangan material. Di sana, banyak lagi seni-seni atau strategi strategi halangan yang wajar untuk dikaji dan diteliti.

Lihat juga kisah munafiq membina Masjid Dhirar. Keempat empat tujuan pembinaannya disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Surah Taubah ayat 107, boleh disimpulkan sebagai strategi menghalang manusia daripada kebenaran.

Protokol Yahudi membina halangan

Protokol Yahudi banyak terselit elemen elemen "menghalang". Cuma di sini saya utarakan salah satu daripadanya untuk diteliti, iaitu protokol ke 9;

"Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil"

Sepertimana yang telah saya utarakan, diktator merupakan contoh yang jelas bagi mencipta halangan. Lalu Yahudi sentiasa mensasarkan "kuasa" khususnya kuasa politik. Boleh lihat situasi di Mesir contohnya, pemerintah yang sealiran dengan Yahudi menjalankan operasi diktator untuk menghalang gerakan Islam.

Seni yang kedua dalam menghalang ialah menanam teori-teori palsu dan ilmu yang batil supaya merealisasikan objektif "menghalang", iaitu menjauhkan manusia daripada kebenaran. Maka, mereka perlu kemukakan "ilmu yang batil" dan "teori yang palsu".

Memperkenal teori yang palsu

Yahudi melancarkan strategi memperkenalkan teori yang palsu untuk mengkucar kacirkan pemikiran manusia. Ini kerana, teori merupakan perkataan yang sangat sinonim dengan pemikiran.

Mereka memperkenalkan teori sekularism dalam pemerintahan khususnya negara-negara Islam. Antara projek yang berjaya ialah menjatuhkan Uthmaniah setelah hampir 80 tahun mereka memperkenalkan "teori palsu".

Antaranya ialah dasar pandang ke Barat. Mewujudkan pemisahan Mahkamah Sivil dan Syariah yang menjadi batu asas kepada sekularism. Teori modenism turut diperkenalkan bahawa Barat itu moden, manakala Islam itu adalah kejumudan.

Teori nasionalism juga disuntik sehingga mencetuskan Revolusi Arab 1916 (Arab Revolt) atas dasar Uthmaniyyah itu bukan berbangsa Arab, maka tidak layak memerintah Bangsa Arab yang dianggap lebih mulia.

Menghasilkan ilmu yang batil

Secara umumnya ia adalah usaha orientalis Barat untuk memperkenalkan Islam Baru yang digaris-panduankan oleh sarjana sarjana Barat. Sudah pasti ia sangat terkait dengan Teori Pemikiran yang dibincangkan tadi.

Sebagai contoh, munculnya kitab الاسلام وأصول الحكم yang dikarang oleh Graduan PhD Universiti al Azhar, Ali Abd Raziq. Contoh yang lain munculnya Snouck Hugronje sebagai Syeikh Abd Ghafar, dan banyak lagi.

Selain daripada itu, kemunculan ajaran ajaran sesat seperti Baha'iyyah dan Qadaniyyah yang diperkenalkan oleh sekeluarga Mirza Ghulam Ahmad yang dikatakan seorang agen Yahudi.

Para tokoh Gerakan Islam antara yang tegas menentang penyelewengan ini, seperti Syed Qutb yang bertajuk إسلام أمريكاني (Islam Acuan Amerika), Imam Hassan al Banna أصول العشرين, Imam Sa'id Hawwa R.A dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hari ini ia masih dibiakkan untuk kepentingan Yahudi.

Halangan Islamophobia

Teori Palsu dan Ilmu Yang Batil ini terus menerus disuburkan. Generasi Yahudi hari ini mewujudkan "halangan" terhadap Islam dan gerakannya dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan militan yang menyamar atas nama Islam.

Akhirnya mereka berjaya membina satu blok halangan yang dinamakan Islamophobia. Islamophobia merupakan tembok yang memblok minda manusia daripada menerima Islam.

Drama-drama pengeboman perlu dimainkan. Filem-filem keganasan perlu diteruskan dengan maintain. Watak-watak pengganas perlu diserban-jubahkan supaya ia tertanam dalam di dalam minda manusia.

Gerakan-gerakan Islam sering terperangkap dalam "game" ini. Contohnya pertemuan tertutup yang dirancang sebelum berlakunya 11 September 2001, yang kemudiannya didedahkan sebagai bukti komplot gerakan Islam seluruh dunia dalam meranapkan WTC.

Halangan liberalism

Di dalam keasyikan dunia melihat persembahan teater Islamophobia, muncul sekelompok manusia yang membawa liberalism. Kononnya ia adalah kebebasan dan toleransi yang selari dengan Islam.

Para Ulamak yang ditaja oleh Amerika atau mesra Amerika perlu ditonjolkan, dan diberikan ruang secukupnya untuk menceritakan toleransi dan kebebasan "tahap terlajak" dengan disediakan dalil-dalilnya.

Liberalism perlu memainkan perananan sebagai tembok halangan, yang mengadap tembok halangan Islamophobia. Tujuannya adalah untuk menghimpit Islam di tengah-tengahnya, demi melahirkan sebuah istilah kejumudan Islam.

Ummat Islam yang tersepit

Pemikir-pemikir Islam agak tersepit di dalam menghadapi dua blok ini. Apabila ingin menceritakan tentang prinsip Islam, tembok Islamophobia akan menayangkan Islam itu taksub.

Apabila pemikir Islam ingin menceritakan tentang kebebasan cara Islam, tembok Liberalism akan menayangkan kebebasan yang terlajak sambil diselit-selit dalilnya. Maka muncullah geng Maqasid dengan putar-belitnya.

Sejak zaman Emperialism, hingga ke zaman Penjajahan Pemikiran, Ummat Islam tersepit dengan diktator. Tetapi Islam masih boleh bangkit menentang diktator. Namun, hari ini apabila berhadapan dengan Penjajahan Pemikiran, Ummat Islam masih sukar untuk memecahkan tembok liberalism dan Islamphobia.

Ummat Islam masih ramai yang terkurung di tengah-tengah dua tembok pemikiran ini. Inilah halangan-halangan hari ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam al Quran. - HARAKAHDAILY 17/9/2019

HARI ini semakin semarak kempen BMF Buy Muslim First yang sangat menggalakkan. Saya mengajak kepada semua sahabat-sahabat untuk memahami beberapa konteks agar usaha ini terarah kepada kefahaman dan bukannya sentimen semata-mata.

Memahami erti asobiyyah yang terlarang

Perkara pertama yang perlu difahami ialah maksud sebenar asobiyyah yang dilarang di dalam Islam sepertimana Hadis Nabi S.A.W;

أن تعين قومك على الظلم

"Asobiyyah bermaksud kamu membantu kaum kamu atas dasar kezaliman."

Sekiranya kita membantu perniagaan muslim, ia bukanlah asobiyyah atau perkauman, kerana ia bukanlah bentuk kezaliman, bahkan ia digalakkan di dalam Islam. 

Akan tetapi kezaliman yang sebenar ialah dasar kapitalis dan konsep monopoli yang menjerut leher peniaga-peniaga kecil, apatah lagi penindasan terhadap perniagaan orang Islam.

Membantu memperkasakan geng kapitalis dan monopoli dalam keadaan bukan dharurat (ada pilihan) adalah sesuatu yang haram kerana ada hadis Nabi S.A.W yang mengharamkannya.

Justeru, istilah asobiyyah ini tidak wajar dilabelkan kepada mereka yang berprinsip atas jamaah kesatuan Islam, dan tidak wajar juga dilabelkan kepada mereka yang memperjuangkan Islam untuk membangunkan anak bangsanya.

Memahami konsep mengutamakan orang beriman

Perkara kedua yang perlu difahami ialah aspek keutamaan (الأولاويات) dalam bermuamalat. Mengutamakan orang Islam berbanding orang kafir telah digazetkan oleh Allah S.W.T secara umum di dalam al-Quran.

Antaranya kisah asbabun nuzul Surah Abasa, yang meletakkan keutamaan layanan kepada orang Islam berbanding pembesar Quraisy Makkah. Antara yang lain dalam bab kepimpinan dan juga dalam bab penjagaan rahsia yang lebih kuat penegasannya.

Allah S.W.T berfirman:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(at-Taubah 71)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat "kerjasama sesama orang beriman" di dalam ayat ini dengan mengaitkan hadis Nabi S.A.W:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه

"Hubungan sesama orang beriman itu umpama binaan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sabda Baginda S.A.W sambil merapikan jari-jemarinya."

Memahami keutamaan bersatu berbanding berselisih

Perkara ketiga yang perlu difahami ialah keperluan dan kewajipan ummat Islam bersatu. Bukan bersatu atas dasar nasionalism yang dipesongkan oleh Barat, bukan juga bersatu atas dasar sekularism yang dihidangkan oleh musuh.

Akan tetapi kesatuan yang dimaksudkan ialah kesatuan di atas dasar Aqidah dan Islam serta keutamaannya. Kesampingkan perkara-perkara cabang yang sentiasa membawa kepada perselisihan.

Perkara ini diingatkan oleh Dr Yusof al Qaradhawi dalam kitab Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) bahawa lebih utama kesatuan الاءتلاف berbanding perselisihan الاختلاف. Apatah lagi zaman hari ini sangat memerlukan kesatuan Islam.

Bahkan di dalam perasmian Muktamar Antarabangsa Ke 10, Nadwah Antarabangsa Pemuda Islam di Kaherah pada 10 November 2006, antara yang disebutkan:

علينا أن نخرج الشباب من الحيرة إلى حيِّز النور، ولا ينبغي أن نشغلهم بالمسائل الجزئية والأحكام التفصيلية

"Kita sepatutnya mengeluarkan para Pemuda daripada kehairanan kepada ruang cahaya. Tidak sepatutnya kita menyibukkan mereka dengan permasalahan cabang dan hukum hakam yang terlalu rumit".

Memahami konsep kapitalism dan kronism

Asas sistem kapitalism ialah mengkayakan orang kaya, manakala orang miskin akan terus miskin. Mereka yang kaya mampu mengeluarkan modal untuk yang besar untuk mengaut keuntungan yang besar. Manakala orang miskin yang tiada modal, hanya mampu berniaga kecil-kecilan.

Dasar kapitalism ini hakikatnya sudah berakar umbi di Malaysia, sama ada zaman pemerintahan BN terdahulu atau zaman PH hari ini. Termasuk juga konsep monopoli yang sangat sinonim dengan amalan kronism yang sejak dahulu lagi diamalkan.

Kapitalism berkaitan dengan hakikat "membolot". Contoh yang berkaitan ialah kekayaan negara dibolot oleh kroni-kroni tertentu, lesen import eksport diberikan kepada kroni-kroni tertentu dan sebagainya.

Justeru, orang orang yang digelar kroni kepada pembesar negara pastinya dimandikan dengan kekayaan sekelip mata. Lalu mereka berniaga dengan rakyat marhaen yang lain untuk meluaskan lagi empayar kekayaan masing-masing.

Kesimpulan

1)     Jadikan semangat BMF ini sebagai satu kefahaman, bukan hanya semata-mata sentimen. Sentimen itu tak lama, adakala berapi-api, adakalanya sejuk membeku. Andai ia satu kefahaman, ia pasti maintain berterusan.

2)     Jangan hanya mengejar perpaduan untuk merebut label kroni atau kepentingan poket sendiri apabila sudah menang nanti. Akan tetapi luruskanlah perpaduan itu atas dasar Islam yang menentang kapitalism.

- MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL  - HARAKAHDAILY 17/9/2019

PROJEK menguasai dunia

Apabila meneliti projek-projek Yahudi Zionis yang berproksikan Amerika, boleh dikatakan perancangan mereka "maintain" dan berterusan sehingga memakan masa yang panjang.

a.     Antaranya rancangan penubuhan Negara Haram Israel bermula dengan buku Theodor Hertzl yang bertajuk Negara Yahudi pada 1896 hinggalah berjaya diisytiharkan pada 1948.

b.     Antara yang lain Pemetaan Semula Asia Barat (New Middle East) yang bermula dengan pembentangan Bernard Lewis pada 1983 dan maintan berjalan hingga sekarang, sekali pun terdapat beberapa pembaharuan (update)

c.     Antara yang lain serangan Islamophobia yang bermula dengan lebih subur pada 1980-an dan "disegarkan" kembali pada peristiwa misteri 11 September 2001, dan berterusan sehinggalah sekarang.

Perancangan masih berjalan

Theodor Hertzl, Bernard Lewis, Lawranca Arabia, Snouck Hugronje dan pemikir-pemikir Zionis ini sudah pun mati. Namun pemikiran dan strategi mereka kekal diteruskan oleh pelapis-pelapis mereka. Ummat Islam bagaimana?

Semasa hayat lagi pemikir-pemikir itu tahu bahawa rancangan mereka itu belum tentu berhasil semasa hayat mereka. Bahkan mereka tahu, mereka sendiri tak mungkin nikmati kejayaan perancangannya.

Boleh lihat Snouck Hugronje sebagai contoh, menyamar sebagai seorang Syeikh Abd Ghafur, merapati para Kiyai di Makkah, berjalan jauh ke Acheh dan berkahwin dengan anak Kiyai. Bayangkan betapa bersungguhnya mereka menjaya agenda jahat.

Rancangan membunuh Nabi Isa A.S

Allah S.W.T berfirman:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

(Ali-Imran: 54)

Para mufassir menyatakan bahawa ayat ini merujuk kepada perancangan licik orang Yahudi untuk membunuh Nabi Isa A.S. Lalu usaha mereka itu digagalkan oleh Allah S.W.T dengan merupakan salah seorang daripada mereka dengan rupa Nabi isa A.S.

Di dalam Tafsir Ibn Kathir, menghuraikan bahawa mereka menghasut pemerintah ketika itu memburuk-burukkan Nabi Isa A.S dan menggambarkan bahawa Baginda A.S sebagai seorang penjenayah berwatak agama.

Rancangan menguasai tanduk Afrika

Tanduk Afrika merupakan laluan penting yang boleh diklasifikasikan sebagai medan menguasai dunia, khususnya dari sudut ekonomi.

Mungkin rancangan mereka pertama kalinya bukan untuk menguasai, tetapi lebih kepada ingin memastikan laluan ini "tidak dimiliki oleh sesiapa".

Lalu negara-negara yang dirasakan mampu menguasai sekangkang laluan itu pasti akan diporak-perandakan. Rancangan ini sejak zaman berzaman, seiring dengan penjajahan Palestin.

Deal of the century

Projek yang boleh dikira sebagai pembinaan kubu Israel ini juga boleh dikatakan perancangan jangka masa panjang untuk memastikan keselesaan Israel bertapak di Palestin.

Negara-negara Arab ada yang dibonekakan, dan ada yang diporak-perandakan. Rancangan terdekat adalah menghalau penduduk Gaza ke Sinai. Lalu Sinai perlu diporakperandakan dengan drama-drama pengeboman.

Apa jadi pada rakyat yang tak berdosa? Mereka sudah umpama mainan yang dikontrol. Ada yang mati dibom begitu sahaja, ada yang olok-olok kena tembak, yang pastinya gerakan Islam dituduh sebagai dalangnya.

Drama Islamophobia

Serangan Islamophobia ini didatangkan dengan siri-siri drama yang kelihatan real. Selepas peristiwa 11 September 2001, mereka persembahkan Taliban yang didalangi oleh Osama Laden.

Selepas berlalu zaman Bush, muncul pula Barrack Obama dengan dramanya yang bertajuk "ISIS" yang kononnya memperjuangkan Islamic State cara ganas.

Mungkinkah ke arah membentuk negara baru Islam pada 2024? Mungkinkah 2024 penutup kepada drama Islamophobia atau ada sambungannya?

Ulamak ciptaan Amerika

Melahirkan ilmuan Islam yang berideologikan Barat merupakan salah satu strategi licik mereka. Ia menjadi bukti bahawa mereka itu sangat meneliti Hadis Nabi S.A.W lalu merancang untuk menjahanamkan Islam.

Perkara ini tidak pelik kerana sudah lahir ribuan orientalis sejak zaman berzaman yang menghafal al Quran, ribuan hadis, mengarang kitab-kitab besar dan banyak lagi.

Di samping itu, rancangan ini perlu dikepilkan dengan projek ketaksuban. Lalu para ulamak yang "dicipta" ini perlulah ditonjolkan kerana mereka tahu ummat Islam mudah dijangkiti penyakit silau (الانبهار).

Dengan kesilauan inilah lahirnya taksub, dan seterusnya menjayakan projek melahirkan ulamak upahan Amerika. Walaupun perkara ini telah diingatkan di dalam kitab terdahulu dan moden, mereka lapik dengan ijtihad-ijtihad yang rare.

Gerakan Islam bagaimana?

Kita dapati sifat "maintain" mereka terhadap kejahatan itu sangat luar biasa. Gerakan Islam yang mempunyai agenda dan perancangan jangka masa panjang seperti ini sangat payah dilihat.

Antara faktor yang membantutkan ialah, gerakan-gerakan Islam seluruh dunia sering disibukkan dengan konflik dalaman yang mungkin tidak dirancang, atau memang dirancang untuk membantutkan perkembangannya.

Ahli gerakan Islam yang adakalanya lebih suka bersentimen berbanding berjuang, lebih suka bertaksub berbanding berprinsip, dan lebih suka berlakon berbanding bekerja. - HARAKHDAILY 16/9/2019

 

SUASANA mutakhir ini kita dapat merasai gelombang kesedaran kepada umat Islam agar menguasai ekonomi. Khususnya segmen kepenggunaan seperti produk keluaran Muslim,  produk diyakini halal, mewujudkan rangkaian outlet-outlet produk Muslim, menubuhkan pasar mini dan kedai runcit mini menjual barangan Muslim dan banyak lagi.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, sekiranya kita mampu merencanakan dengan sebaiknya gelombang ini sudah pasti hasil yang sangat lumayan dapat dirasai oleh umat Islam dan generasi Islam akan datang.

Oleh yang demikian, sekiranya PAS dan Umno bekerjasama untuk menjayakan hasrat ini kita yakin hasilnya amat luar biasa. Ini kerana dua organisasi besar ini merupakan gabungan terbesar umat Islam di Malaysia.

Seramai 20 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam sudah cukup menjadi penentu dalam pasaran ekonomi bagi setiap kawasan terutama penempatan Melayu Islam.

Dua gabungan organisasi besar ini mampu mengerakkan ekonomi ummah yang bergerak dari bawah, akar umbi melalui Cawangan ke Kawasan hinggalah ke Negeri dan Pusat.

Di samping itu tanggungjawab serta kesedaran sebagai umat Islam perlu ditanam kepada setiap pengusaha yang akan menceburi dalam bidang ini supaya menjadi model kepada sistem ekonomi Islam yang terbaik serta mematuhi setiap piawaiannya.

Hadis Nabi S.A.W:

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama dengan para Nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid."
[Riwayat At-Tirmizi (1209)]

Demikianlah betapa tingginya darjat orang Mukmin yang menjadi peniaga pada pandangan Islam.

Islam juga amat menitikberatkan akhlak yang baik kepada ummatnya dalam melaksanakan urusan jual beli seharian. Seperti dalam Hadis Nabi S.A.W bermaksud:

"Allah mengasihi seseorang lelaki yang bertolak ansur ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut iaitu menuntut hutang."
(Riwayat al Bukhari 1970)

Firman Allah di dalam surah asy-Syura' ayat 181:

"Sempurnakanlah sukatan dan janganlah kamu merugikan orang lain."

Dan seterusnya dalam surah yang sama iaitu Surah Asy Syura' ayat 182 bermaksud:


"Dan timbanglah dengan timbangan yang benar."

Kemudian ditegaskan lagi dalam ayat yang seterusnya.

"Dan janganlah kamu merugikan manusia dengan mengurangi hak-haknya dan janganlah membuat kerosakan di bumi."
(Asy-Syura': 182)

Sejujurnya kita mampu untuk membina jaringan yang hebat dalam rangkaian ekonomi dan seterusnya dapat menguasai ekonomi negara pada masa hadapan.

Memulakan langkah yang tepat adalah kunci kejayaan seperti tertib dalam rukun. Yang perlu diutamakan perlu diutamakan, yang perlu didahului perlu didahulukan supaya tidak membazir masa, wang dan tenaga akibat kerja tidak berfokus dan bermatlamat.

Pusat Pengumpulan Produk

Peringkat pertama adalah mewujudkan pusat mengumpul produk Muslim dan Halal yang diketahui oleh seluruh ahli PAS di setiap kawasan dalam negeri dan pusat.

Diakui agak sukar, namun kita harus yakin untuk melaksanakannya walaupun tidak semua kawasan mampu tetapi menjadi satu kejayaan yang boleh dibanggakan sekiranya setiap negeri dapat membuka lima kedai sebagai permulaan awal.

Prospek peruncitan ini mempunyai peluang yang cerah untuk dikembangkan berdasarkan peningkatan dalam permohonan baru pemborongan dan runcit dalam tahun 2018. Di mana sebanyak 7,000 permohonan baru bagi tahun 2018 dilaporkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara LHDN.

Malah nilai jualan perdagangan borong dan runcit mencatatkan RM106.5 billion bagi tahun 2018 seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Negara JPN. Ini mengambarkan jumlah yang signifikan kepada ekonomi negara.

Menghasilkan produk sendiri

Seterusnya barulah bergerak untuk menghasilkan produk keluaran sendiri berdasarkan beberapa produk yang mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna di setiap pusat jualan yang dibuka.

Pengeluaran sesuatu produk secara tidak langsung akan merangsang peningkatan terhadap industri kecil sederhana IKS negara.

Seperti mana yang kita maklum bahawa sektor IKS adalah penyumbang secara langsung kepada Kadar Dalam Negara Kasar KDNK. Iaitu sebanyak 38 peratus dicatatkan bagi tahun 2018.

Ianya menjadi penanda aras ke arah menuju status negara maju seperti negara-negara Eropah yang mencatat kadar KDNK tahunan sebanyak 50 peratus.

Penerangan dan Kursus

Pada masa yang sama, penerangan perlu bergerak untuk memberikan kesedaran ini melalui prospek ekonomi dan kewangan serta perakaunan yang menjadi teras pengetahuan untuk menggerakkan usaha murni ini.

Kursus-kursus asas seperti peruncitan, pengurusan dan perakaunan boleh dilakukan di peringkat negeri atau pusat.

Halangan dikenalpasti dan diatasi

Modal adalah faktor utama sering menjadi alasan utama untuk tidak menjayakan usaha ini. Memang diakui kos untuk membuka sebuah kedai runcit yang lengkap adalah tinggi sehingga mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Namun untuk peringkat permulaan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dahulu seperti menggunakan aset yang telah menjadi milik PAS iaitu PASTI, SRITI dan Markas-markas PAS.

Peringkat permulaan menumpang satu sudut diruangan premis PAS. Contohnya PASTI mempunyai ribuan Cawangan di seluruh Malaysia.

Setelah masalah premis dapat diselesaikan, sejumlah modal diperlukan untuk membeli produk-produk Muslim dan halal untuk dipenuhkan di rak-rak kedai.

Untuk mengatasi masalah ini ada beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan. Pertama: mencari barangan secara consignment iaitu pengeluar meletakkan barangnya di kedai dahulu dan kosnya dibayar kepada pengeluar apabila barang tersebut telah dijual.

Kemudian menggalakkan ahli-ahli PAS serta masyarakat setempat untuk menghasilkan barang sendiri atau meletakkan barang di kedai selain sumbangan dari ahli untuk modal permulaan bagi membeli produk.

Sentimen Halal dan harga

Sentimen status Halal dan harga memainkan faktor utama dalam sektor barangan pengguna. Oleh itu perancangan berskala besar seperti rangkaian dari Cawangan ke Kawasan mampu untuk menjadi penentu dalam kawalan harga untuk pasaran domestik negara.

Teori ekonomi supply and demand boleh menentukan kadar harga sesuatu barangan sekiranya dibeli dalam jumlah kuantiti yang banyak bagi membolehkan mendapat harga yang lebih murah.

Begitu juga dengan produk Halal di mana statusnya dan keasliannya mampu dipelihara kerana kita boleh memilih pengeluar yang diyakini sahaja sebagai pembekal kepada permintaan dari pengguna di seluruh Cawangan atau Kawasan.

Bila kita mempunyai 'bargaining power' iaitu kuasa membeli yang tinggi sudah tentu akan menarik minat pasaraya besar untuk menjalinkan kerjasama.

Pasaraya Muslim seperti Maydeen dan Sabasun antaranya boleh dijadikan rakan niaga sebagai pembeli besar.

Medan dakwah

Menyedari PAS adalah sebuah parti tarbiyah, dakwah dan siasah maka usaha sebegini merupakan salah satu dari cabang dakwah yang diperjuangkan oleh PAS dari dahulu sehingga kini.

Dakwah yang terbaik ialah bila kita mampu membuktikan setiap perkataan dengan amalan dan tindakan.

PAS bukan sahaja bercakap tentang kebaikan ekonomi Islam malah PAS mampu merialisasikan serta melaksanakannya dengan terjun ke lapangan seperti PASTI dan SRITI dalam dunia pendidikan.

Ruang bertemu dan menyampaikan mesej Islam lebih terbuka luas bilamana setiap pelanggan yang datang kita anggap sebagai mad'u dan sasaran dakwah Kita.

Sejarah menjadi saksi peng-Islaman seluruh tanah Melayu adalah melalui dakwah saudagar Arab berniaga dan berjual beli dengan penduduk tanah Melayu.

Kebaikan kepada Ummah dan Negara

Mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat bukan sahaja kepada ahli PAS dan secara tidak langsung menghasilkan tenaga sumber kepada PAS.

Di mana menurut laporan Nielsen's Global Consumer Confidence 2017 menyatakan bilangan pekerja di dalam sektor ini sebanyak 1.7 juta orang.

Sudah tentu ianya dapat merancakkan lagi ekonomi negara dengan PAS membawa imejnya yang tersendiri "Islamic Appearance and Approach"mewarnai pasaran pengguna.

Memberi jaminan bawah PAS mampu menjadi sebuah kerajaan kerana rakyat mempunyai mentaliti memilih kerajaan kepada parti yang mampu menggerakkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Isu perkauman

Secara tidak langsung ianya akan beransur-ansur mengurangkan masalah perkauman seperti isu produk Muslim ditipu status Halalnya kerana peluang berlakunya masalah penipuan dapat dibendung dengan lahirnya ramai pengusaha Muslim.

AWIS KHARNI HUSAIN
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Lumut - HARAKAHDAILY 22/8/2019

IMG 20190822 WA0008

IMG 20190822 WA0007

20190822 111608

20190822 111549

IMITATION atau taqlid yang dimaksudkan di sini ialah hanya mengikut jejak langkah orang lain tanpa mengetahui dalil sandarannya. Perlu lahirkan kebimbangan apabila 'style' ini berterusan, akan melahirkan generasi yang sesat.

Antara penyakit yang sealiran dengannya ialah 'pembodohan'. Taqlidbiasanya muncul setelah melalui proses pembodohan ini. Lihat bagaimana Firaun memperbodohkan kaumnya, lantas kaumnya terikut sesat Firaun sepertimana dinyatakan di dalam Surah Zukhruf ayat 51 hingga 54:

فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ قَوۡمࣰا فَـٰسِقِینَ

"(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka."

(Zukhruf: 54)

Manakala kesesatan bangsa terdahulu yang ingin diketengahkan ialahpolytheisme, yang bermaksud kepercayaan terhadap berbilang tuhan. Kita boleh lihat penyakit ini wujud pada Zaman Nabi Nuh A.S sepertimana yang diceritakan oleh Allah S.W.T:

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: "Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr"."

(Nuh: 23)



a)  Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini, beliau menukilkan riwayat daripada Imam Ibn Jarir At Tabari:

وقال ابن جرير : حدثنا ابن حميد ، حدثنا مهران ، عن سفيان ، عن موسى عن محمد بن قيس ) [ يغوث ] ويعوق ونسرا ) قال : كانوا قوما صالحين بين آدم ونوح وكان لهم أتباع يقتدون بهم ، فلما ماتوا قال أصحابهم الذين كانوا يقتدون بهم : لو صورناهم كان أشوق لنا إلى العبادة إذا ذكرناهم ، فصوروهم ، فلما ماتوا وجاء آخرون دب إليهم إبليس فقال : إنما كانوا يعبدونهم وبهم يسقون المطر ، فعبدوهم .

Petikan ini menyatakan bahawa Wadd, dan Suwaa', Yaghuth dan Ya'uuq, serta Nasr merupakan orang soleh yang hidup di antara zaman Nabi Adam AS hingga Zaman Nabi Nuh A.S. Setelah mereka mati, para pengikutnya generasi pertama membina patung mereka sebagai tugu peringatan, untuk menambahkan kerinduan ketika beribadah.

Namun apabila generasi pertama ini sudah mati, generasi kedua diperdaya oleh syaitan menyatakan bahawa generasi pertama dulu menyembah patung patung ini, sehinggalah generasi kedua itu pun menyembah patung patung itu kononnya mengikuti cara generasi pertama.

b)  Secara umumnya, penyakit ini bertitik tolak daripada konsep Taqlid (Imitation) yang dipromosikan oleh para pimpinan mereka yang sesat itu. Ia berdasarkan perkataan لا تذرن yang merupakan arahan, dantaukid (pengukuhan) terhadap arahan tersebut.

Mana-mana orang yang memimpin ke arah jalan yang sesat tidak wajar diikuti kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah."

Bahkan, konsep taqlid ini juga menjadi senjata syaitan untuk merosakkan golongan terdahulu sepertimana firman Allah S.W.T:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِيرِ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?"

(Luqman: 21)

 

MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL - HARAKAHDAILY 10/8/2019

IMG 20190810 WA0014

DUNIA yang penuh rencam hari ini menimbulkan suasana pertempuran ideologi yang bersifat pertembungan. Apabila tercetusnya pertembungan, maka mata mata manusia akan tertumpu di situ.
 
Inilah lumrah manusia. Pertembungan dianggap sesuatu yang 'hot'. Sebab itulah berita politik sering mendapat ranking pertama akhbar kerana sering berlakunya pertembungan.
 
Tambahan pula generasi hari ini yang lebih suka dialog yang berbeza fahaman, berbanding forum yang bersifat sealiran, yang agak mengantukkan. Ini kerana pertembungan biasanya mencambahkan fikiran.
 
Dalam industri perfileman, konsep pertembungan (collusion) ini banyak digunakan dalam filem bagi merancakkan lagi jalan ceritanya. Seperti konsep superhero yang pastinya ada musuh ketat yang difilemkan akan kalah di hujung cerita.
 
Boleh lihat dalam banyak kisah di dalam al Quran, Allah S.W.T menzahirkan pertembungan antara haq dengan batil, supaya ia diberi perhatian. Bahkan kebanyakan kisah para Nabi dikaitkan dengan penentangan daripada kaumnya menunjukkan bahawa konsep pertembungan menzahirkan lagi kisah tersebut.
 
Bahkan, konsep النقد atau الجدل dan semaksud dengannya pernah mengembangkan lagi dunia perbahasan falsafah. Seperti pertembungan Pemikiran Socrates dan Sophisme, perselisihan Imam al Ghazali dan Ibnu Rushd, dan Reinansance di era kejatuhan Falsafah Barat menyaksikan pertembungan antara ahli-ahli Falsafah.
 
Hari ini kita tidak dapat lari daripada mengatakan "Wujudnya pertembungan, merangsangkan lagi fikiran". Begitulah sepertimana yang saya katakan tadi tentang perkembangan dunia falsafah, bahkan perkembangan mazhab-mazhab feqah dalam Islam.
 
Apa yang dimaksudkan dengan "Created Collusion"?
 
Kadang-kadang pertembungan ini sengaja di'create' sebagai strategi untuk menarik perhatian atau mem'bom' sesuatu isu. Ataupun untuk menaikkan individu-individu tertentu melalui propoganda cara ini.
 
Contoh propoganda 'created collusion' yang membuahkan hasil ialah ketika pihak Barat ingin menaikkan populariti Mustafa Kamal Atartuk dalam beberapa siri peperangan olok-olok. Antaranya perang di Semenanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil. 
 
Setelah itu, nama Mustafa Kamal semakin masyhur sehingga disyairkan oleh penyair terkenal, Ahmad Syauqi, yang menggelarnya seperti Khalid al Walid. Projek created collusion ini semakin masak ranum apabila akhirnya Mustafa Kamal berjaya menjatuhkan khalifah dengan berbekalkan kesilauan (الانبهار) ummat Islam ketika itu.
 
Propoganda biasa dicipta dengan pelbagai persembahan drama. Cuma suka untuk saya utarakan di sini berkenaan dengan kemunculan Islamophobia perlu diteliti dengan sebaiknya dari sudut adakah wujud di sana created collusion ataupun ia tidak disengajakan?
 
Islamophobia Disuburkan Untuk Apa?
 
Istilah ini mula digunakan sejak tahun 80an lagi, kemudian pada 1997, Badan Amanah Runnymede memperkenalkan takrif yang lebih jelas. Setelah itu, pada 2001 berlakunya peristiwa 11 September menzahirkan lagi agenda Islamophobia.
 
Walaubagaimanapun saya melihat bahawa selain ia sengaja di'create' untuk memburukkan Islam, ia juga sangat membantu menzahirkan lagi Liberalisme seolah olah menterjemahkan Islam cara pandangan baru yang lebih terbuka sebagai reaksi kepada budaya takut terhadap Islam (Islamophobia).
 
Setelah meneliti beberapa fakta, saya berpendapat bahawa propoganda Islamophobia disuburkan di saat ini bagi menyerlahkan lagi liberalism dengan menggunakan strategi created collusion ini. Boleh lihat bagaimana di saat orang melihat Islam itu di pandangan serong, liberalism datang membawa penyelesaian yang terlebih sudu dari kuahnya. 
 
Atau dengan rumus yang lebih mudah, semakin subur Islamophobia dibajakan, semakin tinggi pandangan manusia terhadap liberalism. Liberalism dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah-masalah utama yang ditimbulkan oleh Islamophobia.
 
• Contohnya, di saat masyarakat digambarkan dengan ganasnya Islam, liberalism datang dengan dalil-dalil keharmonian dalam Islam sehingga melangkaui batas syara' dan prinsip Islam itu sendiri. 
 
• Contoh yang lain, apabila Islam itu digambarkan sebagai agama yang keras, syahid, kolot, mengongkong dan sebagainya, para liberalism akan muncul mendatangkan dalil dalil al Quran dan Hadis yang menghuraikan tentang tolak ansur Islam, kelonggaran Islam, kemodenan Islam dan kebebasan Islam sehingga melangkaui batas syara'.
 
Ini membuatkan Islam itu dipandang dengan pandangan liberalism. Islam dilihat meraikan keharmonian kaum sehingga 'tiada masalah' untuk gadaikan satu dua prinsipnya. Seperti dikatakan "prinsip Islam yang ketat ketat tu apa salah dilonggarkan sedikit" walhal hakikatnya mereka longgarkan selonggar-longgarnya.
 
Penafsiran longgar terhadap Islam ini adalah hasil dahsyatnya propoganda Islamophobia. Pertembungan ini seolah olah sengaja dicipta, untuk menzahirkan lagi liberalism. Bahkan men'tune' akal ummat Islam supaya meliberalkan agamanya sendiri yang dirasakannya terlalu tegas.
 
Beberapa contoh hasil daripada 'created collusion' ini ialah;
 
• Mereka gayat menceritakan tentang hukuman pancung dalam Islam. Lalu mengemukakan idea lain, seperti menyatakan hukuman hudud tak sesuai.
 
• Mereka serba salah untuk melabelkan kafir kepada orang kafir. Sebaliknya mereka menukar kepada penggunaan perkataan non-muslim.
 
• Mereka mengatakan tak wajar cegah LGBT, kerana katanya ia mengganggu hak kebebasan manusia. Lalu dikemukakan dalil-dalil untuk diperkudakan.
 
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
Bangi, Ahad, 4 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 4/8/2019

PERJUANGAN PAS kekal berlandaskan Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qias biarpun berganti pimpinan dan seluruh ahli parti wajib meyakininya. Pelbagai tohmahan dan cacian yang telah dilontar kepada PAS sehingga hari ini adalah kerana PAS tegas berprinsipkan dasar Islam, bukannya kerana parti PAS lemah dan sebagainya. PAS di bawah Pakatan Rakyat mampu memenangi 22 kerusi parlimen, manakala dengan Gagasan Sejahtera mampu memenangi 18 kerusi Parlimen dan ini adalah kemenangan.
 
Hal ini turut menegaskan bahawa perjuangan PAS bukanlah perjuangan ke Putrajaya semata-mata, tetapi perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di Malaysia tercinta ini. Isu penggunaan agama yang sering dimainkan oleh politik lawan menduduh PAS sebagai parti penunggang agama, menggunakan agama demi kepentingan parti adalah jauh tersasar dan tidak cerdik.
 
Pentadbiran politik secara semak dan imbang pasti akan menampilkan pelbagai masalah dari sudut agama, bangsa, rakyat mahupun negara yang perlu diselesaikan mengikut rujukan-rujukan tertentu. Oleh itu, ahli PAS mesti yakin dan tsiqah bahawasanya Islam ialah sebaik-baik jalan penyelesaian.
 
Islam sebaik jalan penyelesaian
 
Permasalahan yang berlaku di Malaysia tidak terkecuali berlaku di Negara-negara yang lain sama ada dari sudut agama mahupun politik. Gejala politik kotor yang semakin membarah dalam masyarakat kita hari ini hanya dapat diselesaikan dengan memahami ajaran Islam yang sebenar.
 
Ajaran Islam yang sebenar ialah ajaran yang bersumberkan Al Quran, Sunnah Rasulullah, Ijmak para ulamak, dan Qias. Dengan pemahaman Islam yang baik, maka secara sendirinya kita akan lebih yakin bahawa setiap permasalahan yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan panduan Islam.
 
Sebagai umat Islam, menjadi keperluan kepada kita untuk meyakini suatu masalah itu adalah datangnya dari Allah, dan Allah jualah yang memberikan penyelesaian kepada kita melalui sumber-sumber tersebut bertujuan untuk mengajar dan memperkukuhkan iman kita. (Dr. Rosni Adam, 2017) Segala permasalahan yang timbul, pastinya akan dapat diselesaikan jika terus berbalik kepada agama tidak kira masalah sosial, kewangan, hutang liabiliti, perwarisan harta dan sebagainya.
 
Pemahaman perjuangan politik Islam mampu memacu para mujahidin untuk sentiasa mengutamakan kepentingan beragama dalam menyelesaikan masalah. Mengapa perlu kita mencemuh orang yang menggunakan agama demi menyelesaikan masalah? Hal ini tidak wajar kerana hakikat akal kita hanya terhenti kepada apa yang ada di depan mata, sedangkan agama Islam ini meliputi perkara yang tidak kita lihat, iaitu dosa dan pahala.
 
Jika suatu perjuangan itu tidak berlandaskan agama, maka segala apa yang dibuat adalah halal. Seorang pemimpin boleh menfitnah, menuduh parti lawan dengan pelbagai cara sehingga dijatuhkan, sedangkan menfitnah ini adalah satu dosa besar. Hal ini difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 191 dan 217 menjelaskan bahawa fitnah ini teruknya lebih besar dari membunuh.
 
Lalu apabila timbul kes tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah, khianat-mengkhianati wajarlah untuk PAS tidak terkehadapan secara terburu-buru dalam memberi pandangan. Adapun jika pimpinan PAS membacakan ayat yang menjelaskan dosa fitnah itu untuk tidak memberi komen awal, maka PAS dituduh ‘parti pengecut’ yang menunggang agama. Ini adalah persepsi kotor dan ianya tidak selari dengan kehendak ajaran Islam iaitu tidak boleh dihukum melainkan terbukti bersalah.
 
Polemik kotor tidak berlandaskan agama ini akhirnya memalitkan PAS menerima dana 1MDB sebanyak RM90 juta. Isu yang dimainkan ini tidak dicanang oleh sembarangan orang, antara mereka yang terlibat ialah pimpinan PAN. Mereka mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi hatta perkara tentang fitnah sahaja mereka tidak tahu mengatasi dengan cara mudah yang diajarkan dalam Islam.
 
Tanpa bukti yang kukuh, mereka dengan senang hati berkata-kata buruk tentang peribadi seseorang, menuduh pimpinan PAS menerima duit 1MDB untuk  memenangi undi rakyat dengan cara menjatuhkan PAS khususnya. Akhirnya, rakyat Malaysia sendiri hari ini mampu melihat dan menilai bahawa setiap tuduhan tersebut hanyalah palsu, sesuai dengan pengakuan SPRM yang mengesahkan bahawa tiada seorang pun akaun ahli PAS terlibat dengan skandal 1MDB. (Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, 2019)
 
Di sini, penulis ingin menimbulkan beberapa persoalan, ke mana hilangnya laungan RM90 juta yang enak didendangkan mereka semasa PRU14 yang lalu? Tidakkah mereka berasa malu kerana tuduhan jahat ini akhirnya tewas di tangan SPRM sendiri?
 
Malaysia hari ini juga dikejutkan dengan pelawaan PAS untuk sertai PH dan hal ini tampak lebih bermasalah dan tidak menyelerakan kerana yang mengutarakan ini ialah pimpinan PAN itu sendiri, Inilah antara impak negatif yang akan berlaku jika tiada nilai Islam yang disertakan dalam membuat keputusan. Tiada lagi erti pemahaman halal dan haram, dosa dan pahala.
 
Maka untuk menerajui politik bersih dan sejahtera, penulis menyeru rakyat Malaysia khususnya untuk sentiasa meyakini, hanya Islam sebagai satu-satunya jalan penyelesaian untuk semua permasalahan yang ada. Sesuai dengan firman Allah:
 
“Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad (untuk menyampaikan Islam) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.”
(Al Anbiya, 107)
 
PAS sebagai parti pilihan rakyat
 
Lewat tahun 2010, Menteri Agama yang ketika itu anggota Parlimen Parit Buntar di atas tiket PAS mengeluarkan satu buku bertajuk “Menuju PAS Baru” yang penulis kira dalam kategori gagal kerana isi kandungannya yang jauh tersasar dari fikrah perjuangan PAS.
 
Mujahid di dalamnya bukunya mengakui bahawa PAS gagal merencanakan kemenangan Islam adalah kerana pimpinannya dikalangan ulamak. Hal ini secara tidak langsung turut membawa maksud bahawa ulamak adalah punca PAS tidak dapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Buku tersebut diadakan bertujuan untuk menjadikan PAS lebih Liberal dan bersifat nasional di samping mengenepikan ajaran dan tuntutan Islam.
 
Buku tersebut gagal mendapat perhatian ahli PAS khususnya kerana isi kandungannya terlalu bersifat menolak penglibatan Islam dalam perjuangan politik tanah air. Secara tidak langsung juga turut membuktikan bahawa beliau tidak sedikit pun setara dengan presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi dalam penghasilan buku ilmiah untuk membentuk idealisme perjuangan PAS.
 
Kenyataannya hari ini, rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan padu kepada perjuangan PAS di bawah pimpinan presidennya kini. Hal ini terbukti dengan galakan dan penyertaan rakyat dalam penubuhan pelbagai institusi yang dibangunkan oleh PAS iaitu antaranya : Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI), Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) dan banyak lagi.
 
Inilah menifastasi penerimaan rakyat terhadap PAS sebagai satu-satunya parti politik yang tidak hanya berpolitik, tetapi tetap mengutamakan aspek dakwah dan tarbiyah dalam membina generasi masyarakat yang berguna seterusnya mampu melahirkan pelapis pejuang yang akan terus menyambung perjuangan Islam.
 
Meskipun PAS bukan parti kerajaan, PAS mampu menghidupkan siyasah syar’iyyah di kalangan hati para mujahidin dalam perjuangkan Islam. Oleh itu, perkataan "Kita takluk Putrajaya, baru kita laksana Islam" adalah tidak relevan dan bercanggah dengan tuntutan Islam seperti mana ibrah sirah Rasulullah S.A.W.
 
Sirah Rasulullah menceritakan bahawa perjuangan awal Nabi Muhammad ialah memahamkan para sahabat tentang Islam, jauh sekali dengan perjuangan PAN yang hendakkan kuasa dahulu baru laksana Islam. Inilah sifat penting diri yang perlu ahli PAS elakkan kerana dikhuatiri akan merugikan masa dan pengorbanan dalam perjuangan.
 
Sehingga hari ini, perjuangan PAN untuk membawa Islam setelah kemenangan ke Putrajaya hanyalah satu retorik dan ia amat memalukan!
 
Umat Islam mesti bersatu-padu membentuk barisan benteng-benteng pejuang Islam dengan cara mendalami ilmu Islam. Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kefahaman kepada kita untuk memahami tuntutan Islam kepada kita secara ilmiah berbanding dengan persepsi kotor yang dilemparkan oleh parti lawan.
 
Kesimpulannya, walaupun perjuangan PAS seringkali dipandang rendah oleh parti lawan, ia tetap kuat dengan sokongan rakyat di pelbagai lapisan, agama dan bangsa yang sentiasa meyakini bahawa Islam ialah sebaik-baik jalan penyelesaian dan hanya PAS satu-satunya parti yang memperjuangkannya. - HARAKAHDAILY 21/7/2019

PEMUDA atau generasi baru merupakan satu konsep entiti yang tidak kurang besar dan selalu dikaitkan dengan nilai dalam perjuangan. Hal ini terbukti apabila muncul pelbagai slogan ideologis yang membawa erti ilmiah seperti “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. 
 
Perkara ini seterusnya membuktikan bahawa seorang anak muda itu perlu sentiasa kuat dan cekal dalam memberi penilaian masa depan masyarakat. Tetapi beberapa persoalan timbul, apakah akan tiba masanya prinsip anak muda di dunia ini hilang, menjadi hamba kepada manik-manik syaitan seperti dadah, membunuh dan sebagainya?
 
Jati diri anak muda
 
Masa muda adalah satu saat yang perlu di dalam suatu fasa kematangan insan dalam membentuk suatu kehidupan. Fasa ini membawa kepada perkembangan dan perubahan-perubahan jati diri secara berkadar terus. Proses dalam fasa ini memerlukan seorang anak muda itu melalui beberapa rintangan dan halangan sama ada dari luaran atau dalaman. 
 
Tidak dinafikan, bukan kecil julat dan bilangan anak muda hari ini yang tidak terselamat. Ada di antara mereka menjadi pembunuh, penagih dadah, terlibat dengan kongsi gelap dan sebagainya. Jadi, apakah pangkal jalan terbaik dalam proses membentuk diri anak muda ini? Jawapannya ialah lingkungan.
 
Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadisnya yang sahih diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Abu Musa dari ayahnya berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
 
“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti kau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi sama ada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang hanyir.”
(HR Bukhari No: 1959)
 
Maka dengan hadis ini, jelas seorang anak muda perlu hidup dan duduk bersama lingkungan yang baik agar dapat membentuk jati diri murni seterusnya bersedia tanpa ragu untuk memulakan perjalanan dakwah. 
 
Lingkungan tersebut perlulah sentiasa dihidupkan dengan keperibadian yang baik dan membentuk satu usrah kekeluargaan agar kekal kukuh membentengi pengaruh luar yang kurang sihat. Jika seorang anak muda itu berjaya mengusai masa mudanya, maka belia ini juga akan mampu mencorak masa depannya dengan baik.
 
Perubahan budaya sosial masa kini bergerak amat pantas dan mengakibatkan teknologi-teknologi canggih ini disalah guna seterusnya mampu memberi impak negatif kepada persekitaran anak muda. Cabaran baru ini merupakan satu tahap sukar yang perlu dihadapi remaja dengan teliti dan berhati-hati. 
 
Pada 10 bulan pertama tahun 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sahaja sudah menerima 6,275 aduan berkaitan penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi media baharu di seluruh Malaysia. (Balqis Jazimah Zahari, 2017)
 
Aduan yang diterima mereka termasuklah kandungan media yang mengandugi bahan hasutan yang merosakkan, lucah, sumbang mahram, ancaman dan sebagainya. Hal ini sangat sukar ditepis jika seorang anak muda itu tidak memenuhkan jiwanya dengan nilai-nilai Islam yang sebenar. 
 
Seorang anak muda itu tidak diwajar dicemari dengan gejala negatif yang berpotensi merosakkan masa depan mereka! Mungkin ayat ini kedengaran kasar, tetapi hakikatnya meskipun telefon bimbit ini kecil dan nipis, ia mampu membunuh jutaan nyawa tanpa kita sedari dari mana ia bermula.
 
Oleh hal yang demikian, kaum muda ini perlulah dibentuk dan dicorakkan sebaiknya agar mampu menjadi pejuang sejati yang akan tidak akan segan silu membawa panji Islam di persada dunia melalui media digital, dunia di hujung jari.
 
Pejuang tidak lahir, mereka dibina
 
Dalam era Malaysia Baharu, umat Islam dijanggalkan dengan pelbagai masalah dan isu penting seperti pelaksanaan demokrasi, politik pluralisme dan tidak ketinggalan juga hak asasi manusia. Sistem demokrasi merupakan satu sistem yang menuntunkan rakyat mendalami erti prinsip adil dan saksama. 
 
Para ahli pemikir Barat seperti Hutington adalah salah seorang dari para Orientalis yang beranggapan bahawa Islam tidak akan mampu membawa demokrasi kerana hukum-hakamnya yang komprehensif dan tidak signifikan pada zaman kini. (Samuel P. Hutington, 1995)
 
Hal ini sama sekali tidak benar kerana mereka melihat dunia tanpa erti halal dan haram. Hutington bersama rakan orientalisnya, Lewis menghukumkan Islam sepatutnya perlu bersifat Liberal dalam mendominasi keadilan. Agama manakah yang mengajarkan kita untuk menjual agama demi keadilan dunia? Malah adanya agama dan pegangan itu ialah untuk menjadi ikutan yang benar.
 
Setiap Muslim itu perlulah mengikuti perkara yang benar sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran:
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.”
(at-Taubah: 118)
 
Maka dari itu, seorang anak muda itu perlu sentiasa berusaha membina jati diri yang benar di samping orang benar agar kebenaran itu sentiasa dilestarikan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan tidak sewenang-wenangnya menjual agama demi kepentingan politik dunia.
 
Islam bukan seperti Matematik
 
Agama Islam datangnya dalam satu kesempurnaan dan jika menolaknya sebahagiannya, maka tidak sempurna hukumnya. Sebagai anak muda yang bakal mewarisi perjuangan, perlulah sentiasa menjaga kelestarian agama Islam agar hukumnya tidak dipecah-belahkan. Agama Islam tidak boleh setengah diambil dan setengah ditolak kerana Islam bukan agama coretan!
 
Para Orientalis menganggap Islam tidak menghormati hak asasi manusia seperti hukuman potong tangan, rejam bagi pelaku zina yang sudah berkahwin dan sebatan bagi peminum arak. Ini adalah di antara doktrin yang mengikat mereka untuk sentiasa memimpin negara yang rosak agar mereka dapat memenuhi agenda ‘New World Order’ seterusnya membinasakan Islam. 
 
Oleh itu, anak muda perlulah sentiasa berwaspada dan perkukuhkan ilmu bagi menangkis doktrin-doktrin kotor yang akan membinasakan minda anak muda ini. Hukuman-hukuman Islam tidak kejam kerana ia merupakan ‘Last Trumpt Card’ dalam menyelesaikan pelbagai masalah. 
 
Seorang perogol itu mungkin tidak terkesan dengan hukuman penjara jika disabitkan bersalah kerana pada pengamatannya mungkin penjara reman cuma dua minggu. Kemudian rakan sepolitiknya yang berkuasa akan membebaskannya dengan pengaruh kuasa judisiari seterusnya memberi impak besar kepada kehidupan mangsa rogol. 
 
Ini merupakan satu ketidakadilan dan anak muda perlu memahami perkara ini! Inilah kelemahan sistem manusia kerana hukumannya tidak absolute dan kelihatan fragile. Jika hudud, qisas dan takzir ini dijalankan dengan baik, maka pasti graf kes rogol, cabul, rasuah dan seumpanya pasti menurun dalam jumlah yang besar. 
 
Pemuda mesti yakin, Islam ialah jalan penyelesaian kepada semua masalah yang ada dan mampu membentuk perpaduan yang harmoni melalui perlaksanaan hukum-hakam Islam. 
 
Memetik kata-kata Mr Kong Tuck Wah di dalam ucapannya mewakili Dewan Himpunan Penyokong PAS pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali ke-65, “Tak perlu takut pada hudud, hudud untuk orang yang jahat sahaja, hanya orang jahat anti hudud, orang baik sokong hudud”.
 
Kekuatan anak muda perlulah diselarikan dengan konsep Islam sebenar berlandaskan Quran, Sunnah, Ijma dan Qias agar kekuatan pejuang yang terbina itu tidak terkeluar dari landasan kebenaran. Selain itu, anak muda wajib perkukuhkan pegangan agama dengan kemas dan rapi agar mampu menepis segala pandangan-pandangan Orientalis yang sentiasa ingin memburukkan Islam di pentas dunia. 
 
Dalam pada itu, anak muda juga perlulah membentuk ikhlas amal Islami dan menghadiri usrah dan takzirah bagi membentuk jiwa Islam yang berkualiti. Seterusnya menjadi acuan khas pembentuk pelapis pejuang yang akan menyambung perjuangan PAS dalam memartabatkan Islam. - HARAKAHDAILY 11/7/2019

SECARA asasnya, Islam melarang anak-anak yang belum akil baligh terlibat dalam peperangan. Namun, terdapat dalam kalangan Sahabat R.A yang umurnya masih kecil, dibenarkan menyertainya disebabkan beberapa perkara. Antaranya, mereka melepasi ujian fizikal yang diberikan. Sparing, mengangkat pedang dan lain-lain. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang merayu-rayu dan bersungguh-sungguh meminta lalu diizinkan oleh Nabi S.A.W.
 
Perang Badar
 
1. Mu'az bin Amru (14 tahun) dan Mu'awwiz bin Afro (13 tahun). Kedua beradik ini berganding bahu menjatuhkan Abu Jahal dari kudanya yang disaksikan oleh Abdul Rahman bin Auf, kemudian  datang Abdullah bin Mas'ud menamatkan riwayatnya.
 
2. Umair, adik kepada Sa'ad bin Abi Waqqas (16 tahun) menyertai dan syahid dalam peperangan Badar. Beliau menyorok khuatir dilihat oleh Rasulullah kerana tahu tidak akan diizinkan untuk ikut sama berperang. Tetapi beliau merayu-rayu tanda kesungguhannya, lalu diizinkan. Bahkan, pedangnya dibawa oleh Sa'ad kerana beliau tidak kuat membawanya sendiri! Takdir Allah, Umair bin Abi Waqqas tersenarai dalam 14 Syuhada' Badar.
 
3. Harithah bin Suraqah (tidak dipastikan umurnya), terbunuh kerana terkena anak panah sesat. Ibunya Ummu Ar Rubayyi' binti Al Barra' khuatir adakah anaknya mendapat ganjaran syahid atau tidak, lalu bertanya:
 
"Wahai Nabi Allah, tidakkah engkau memberitahuku tentang nasib Harithah, dia terbunuh kerana terkena anak panah sesat dan tidak diketahui pelakunya. Jika dia disyurga, maka aku bersabar, dan jika tidak di syurga aku amat menyesalinya". Lalu Baginda S.A.W bersabda
 
"Duhai Ummu Harithah, ada beberapa syurga dengan darjat kemuliaan yang berbeza. Sesungguhnya anakmu beroleh syurga Firdaus, syurga yang tertinggi darjatnya". 
 
4. Sa'ad bin Khaithamah, ketika mahu berjihad membuat undian bersama ayahnya kerana tidak mahu ketinggalan merebut pahala jihad, akhirnya Sa'ad terpilih dan beliau gugur syahid. 
 
Perang Uhud
 
Rafi' bin Khadij dan Samurah bin Jundab. Keduanya berusia 15 tahun. Keduanya diizinkan selepas dimaklumkan mereka hebat ketika latihan bermain pedang. Dikatakan kepada Nabi S.A.W "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Samurah pernah megalahkan Rafi'." Lalu diizinkan kedua berperang.
 
Perang Khandaq
 
Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, Zaid bin Tsabit, Al Barra' bin Azib, Amr bin Hazm, Usaid bin Dhuhair. Kesemua anak muda ini meminta untuk berperang ketika perang Uhud, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi saw, kemudian kesemuanya dibenarkan bersama Nabi saw dalam perang Khandaq selepas genap 15 tahun.
 
Nabi S.A.W pernah bersabda "Setiap para Nabi memiliki Hawariy (pendokong setia) dan Hawariyku adalah Az Zubair" (HR Muslim). Az Zubair merujuk kepada Zubair bin Al Awwam.
 
Perang Yarmuk
 
Abdullah bin Zubair, anak kepada pasangan Zubair bin Awwam dan Asma' binti Abu Bakar. Mula menyertai peperangan ketika usianya 12 tahun. 
 
Abdullah bin Zubair termasuk dalam kalangan Empat Abdullah yang menghafaz Al Quran. 
 
Realiti hari ini
 
Apabila menyentuh aspek jihad dan syahid pada hari ini, terus sahaja kita dibayangi dengan persoalan teroris, ganas, dan keras. Apatah lagi persoalan anak kecil yang terlibat dengannya. Tidak dinafikan, naratif menolak keganasan suatu yang penting, namun yang menjadi malang ialah apabila ia dibariskan dengan jihad dan syahid secara sembrono. 
 
Salahfaham terhadap jihad mesti dibetulkan, dan meninggalkan ajaran jihad kepada anak-anak juga menjadikan jiwa mereka rapuh dengan Islam. 
 
Intipati didikan anak muda
 
Yang menjadi keutamaan adalah kandungan ajaran terhadap anak-anak. Ia bukan semata-mata persoalan usianya. Mengubah had umur belia tetap tidak mengubah apa-apa kecuali merubah isinya. Yang penting, usia yang ada digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya.
 
Sebab itulah, Allah amat suka kepada anak muda yang usianya dimanfaatkan untuk agama hingga mendapat naungan Arasy Allah. "Seseorang anak muda, yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah (iaitu usia mudanya hanya melakukan ketaatan). 
 
Benarlah kata Saidina Umar Al Faruq: 
"Islam akan menjadi mulia, tatkala anak-anak muda sahaja sudah berani membela kehormatan Islam".
 
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN

ISLAM merupakan agama yang cukup menjaga soal nasab, keturunan serta maruah. Malah penjagaan tersebut dikategori sebagai salah satu dari 5 perkara asas darurah yang dikenali sebagai ad-daruriyatul khams (الضروريات الخمس). Tanpa 5 perkara penjagaan ia iaitu agama, nyawa, akal, nasab keturunan termasuk maruah serta harta akan membawa kebinasaan dan kehancuran dalam kehidupan.
 
Mengejutkan apabila laporan akhbar Astro Awani pada 2 Julai 2019, mengenai kes rogol budak darjah 6 iaitu berusia 12 tahun ke atas budak berusia 4 tahun akibat bahana menonton video di telefon bimbit. 
 
Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Para ulama berselisih pandangan akan hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak. 
 
Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam. 
 
Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul.
 
Namun di pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu. 
 
Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidangkuasa tertentu yang amat sempit. 
 
Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. Malah sudah pasti keluarga mangsa lebih terkesan berbanding keluarga pesalah. Maka keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua pihak sewajarnya menurut perspektif Islam. 
 
Selain itu, isu rogol di negara ini sudah kritikal. Sudah acapkali pimpinan PAS menggesa pihak kerajaan dalam menangani kes rogol dengan lebih efisien dan terbaik. 
 
Di samping itu, Pemuda PAS Selangor juga melihat beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai solusi kes jenayah rogol ini dengan dua aspek: 
 
Pertama: Aspek pendidikan
1.    Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif. 
2.    Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius. 
3.    Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri syaksiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga. 
4.    Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda. 
 
Kedua: Aspek Pencegahan
1.    Memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam. 
2.    Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi. 
3.    Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan. 
4.    Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat. 
 
Pemuda PAS Selangor berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera bagi memastikan kes jenayah rogol ini dapat di atasi dengan terbaik menerusi aspek pendidikan dan aspek pencegahan. 
 
"Demi Islam"
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah"
 
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Tarikh : 29 Syawal 1440H / 3 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 3/7/2019

PERJALANAN sebuah kehidupan di dunia ini sudah pastinya akan berakhir di akhirat. Soalnya adakah kita sebagai anak muda hari ini sentiasa berada dalam landasan menuju ke syurga Allah S.W.T lebih-lebih lagi muhasabah kepada ahli gerakan haraki?
 
Jika hendak dialihkan gunung dan bukit, panggilah pemuda kerana tenaga dan keupayaan idea penyelesaiannya, tetapi jika hendak dialihkan rumah, serahlah kepada orang tua yang lebih banyak pengalaman dan mahir selok beloknya. 
 
"Apabila bicaranya seorang pemuda adalah melibatkan masa depan yang ingin dilihat lebih baik dan tahniah kepada Pemuda PAS yang bukan hanya memberikan idea yang bernas, tetapi juga gerak kerja yang mantap dan berjaya direalisasikan," kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 yang berlangsung hari ini di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.
 
Pengiktirafan tersebut dibuktikan melalui sesi perbahasan Buku Laporan Muktamar pada kali ini sangat rancak di kalangan para muktamirin. Pelbagai idea dan pandangan dilontarkan khususnya melibatkan Sektor Pendidikan yang sangat penting kepada peranan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Negeri dan Kawasan.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin melahirkan kebanggaan di atas kemampuan para perwakilan berbahas dengan berkualiti dan bersedia menegur pimpinan atas tujuan penambahbaikan demi Islam, InsyaAllah. 
 
Beliau turut menggariskan sembilan perkara merangkumi semua perkara ketika menjawab pertanyaan dan mengulas pandangan yang dibangkitkan oleh para perwakilan. Antara lainnya adalah berkaitan pengukuhan institusi di bawah DPPM yang mesti dan akan diberi perhatian termasuklah Yayasan Pendidikan PAS, Institut Perguruan PAS dan pemerkasaan PASTI, SRITI dan SMITI. 
 
Oleh yang demikian, ayuh seluruh para perwakilan sambutlah segala penjelasan dan cadangan untuk sama-sama kita menggembleng tenaga menjayakan keseluruhan agenda bersama "Demi Islam" bertepatan dengan tema muktamar pada kali ini. - HARAKAHDAILY 19/6/2019