Orientalis 'racun' kejatuhan Falsafah Barat

Fikrah
Typography

KEMUNCULAN Orientalis

Sejarah Orientalis telah menjadi kajian banyak sarjana. Permulaan cetusannya diperselisihkan tarikhnya. Walau bagaimanapun, hari ini ia telah pun disahkan kemunculannya. Bahkan penggunaan istilah Orientalis sejak zaman berzaman tidak digunakan lagi atas sebab ia "dicemari". Hal ini diakui oleh mereka sendiri, sehinggalah mereka mewujudkan istilah baru iaitu "Asian Study".

Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa kemunculan Orientalis sejak kekalahan tentera Salib pada 1187 di atas tangan Salahuddin al-Ayyubi. Kemunculan ini lebih terdorong kepada pembangunan ilmu di Eropah ketika mana empayar itu dilitupi dengan pemerintahan bergereja. Pemerintahan bergereja memperlihatkan bagaimana mereka bersungguh menentang "ilmu" (العلم).

Orang Eropah yang mengalami krisis ilmu ini mereka tercari-cari bagaimana Islam boleh bangkit sebagai sebuah ketamadunan yang luar biasa. Perang Salib Pertama yang berlangsung pada 1096-1099 menyaksikan Byzantium merampas Jurusalem (Palestin) daripada pemerintahan Islam. Sebelum itu, Palestin pernah dimerdekakan pada zaman Saidina Umar R.A sebagai khalifah pada 637 Masihi daripada Byzantium.

Selepas kekalahan Islam dalam Perang Salib 1096 dan Jurusalem dirampas oleh mereka, Ummat Islam bangkit di bawah kepimpinan Nuruddin Zinki, dan diteruskan oleh Salahuddin al-Ayyubi sehinggalah ia dibebaskan semula pada 1187 setelah dijajah selama 91 tahun. Perkara ini menjadi kebingungan Byzantium (Eropah) sehinggalah mereka gigih mencari rahsia kekuatan Islam.

Mereka mula mengkaji bagaimana Islam boleh bangkit dengan ketamadunan yang hebat? Sedangkan di Eropah sedang diselimuti kegelapan akibat kebodohan yang dicipta oleh pemerintahan bergereja mereka. Lalu mereka meng create  kumpulan-kumpulan intelligent yang dinamakan Orientalis untuk menyusup masuk ke dalam kota Baghdad yang merupakan pusat ilmu ketika itu.

Perubahan Dunia Eropah

Ketamadunan yang saya maksudkan ini berdiri di atas falsafah dan keilmuan. Kurun ke 4 hingga 14 merupakan zaman Kegelapan Eropah, atau dikenali sebagai Falsafah Zaman Pertengahan. Era kekalahan Tentera Salib pada 1187 merupakan era Falsafah Zaman Persekolahan yang merupakan tempoh akhir bagi Falsafah Zaman Pertengahan. Boleh diringkaskan perubahan ini kepada 4 plot permulaan;

1.     Zaman Falsafah Pertengahan bermula Kurun ke-4.

2.     Zaman Sistem Persekolahan Falsafah bermula Kurun ke-9.

3.     Zaman Kejatuhan Sistem Persekolahan Falsafah bermula Kurun ke-14.

4.     Zaman Kebangkitan Eropah (Rennaisance) Kurun ke-17.

5.     Kemunculan Falsafah Baru pasca Rennaisance.

Di era Falsafah Zaman Pertengahan ini, ilmu falsafah yang diajar, diselarikan dengan pemikiran Kristian yang bercanggah dengan akal ketika itu. Falsafah diajar oleh paderi-paderi dan ahli falsafah didikan mereka. Suasana zaman ini, semua sistem pemerintahan berada di bawah kuasa gereja.

Falsafah yang disekolahkan ini mengajar dan menanam pemikiran Falsafah Ketuhanan Kristian, dan mengongkong pemikiran daripada berfikir bebas. Pemikiran seseorang tidak dibenarkan bercanggah dengan kandungan Kitab Bible ciptaan mereka, atau dengan kata lain, Falsafah ketika ini adalah Falsafah Gereja.

Pertembungan Pemikiran Aristotle dan Falsafah Zaman Pertengahan (Eropah)

Kejatuhan Falsafah Zaman Pertengahan terbahagi kepada dua jenis manhaj persekolahan, iaitu, Zaman Sistem Persekolahan Falsafah bermanhajkan Plato, bermula kurun ke-9 hingga kurun ke-13 kemudian berubah ke manhaj Aristotle, bermula kurun ke-13 sehingga kurun ke-14 Hakikatnya, manhaj Aristotle lebih menguasai dunia Falsafah Zaman Persekolahan.

Manhaj Aristotle telah menimbulkan titik percanggahan yang besar di antara Kristian dan Falsafah ketika itu. Mungkin disebabkan perubahan manhaj inilah, yang menjadi salah satu faktor kejatuhan sistem sekolah Falsafah Gereja. Lalu bermulalah pertembungan yang dahsyat antara Falsafah Zaman Pertengahan dan manhaj Falsafah Yunan.

Sistem Persekolahan Falsafah mula menggunakan manhaj Aristotle setelah mereka diperkenalkan oleh Ahli Falsafah Islam yang sedang berkembang di dunia Islam ketika itu (bermula pada kurun ke-8, hingga pertengahan kurun ke-12). Kemudian setelah munculnya kumpulan Orientalis, mereka menggiatkan lagi penggalian dunia Falsafah Islam sepertimana yang diceritakan tadi.

Ke arah kejatuhan Falsafah Zaman Pertengahan.

Apabila terjemahan penulisan Aristotle diperkenalkan kepada mereka, lantas menyebabkan mereka menukar manhaj, sedangkan mereka tidak membaca penjelasan dan huraian daripada terjemahan tersebut, yang telah dibuat oleh ahli Falsafah Islam. Contohnya, mereka hampir-hampir tidak mengetahui penulisan Aristotle, melainkan Ilmu Mantiq yang telah diterjemahkan oleh Ahli Falsafah Islam. Akhirnya pemikiran Aristotle terus meresap dan diagung-agungkan oleh mereka.

Sistem persekolahan yang dibentuk dan dibina oleh gereja sedikit demi sedikit jatuh, dan mula tidak dapat diterima. Ini kerana kongkongan dan sekatan berfikir secara bebas telah dijadikan salah satu disiplin ilmu mereka. Akhirnya kegemilangan dunia Persekolahan Falsafah berakhir di era kurun ke-14. Selepas kemunculan Orientalis, falsafah-falsafah di dunia Islam dicedok dicuri dan dimasukkan ke dalam dunia kegelapan Eropah, seiringan dengan penghijrahan para sarjana Greece Yunan selepas kemenangan Uthmaniah meranapkan tembok Costantinople pada 1453. Di sinilah, bermulanya era perubahan dunia falsafah Eropah dari Falsafah Zaman Pertengahan berubah kepada Era Falsafah falsafah Baru selepas kebangkitan kurun ke-17.

Decartes (1596-1650) sendiri menyatakan dan mengkritik sistem persekolahan ini, yang menggunakan manhaj Aristotle secara membuta tuli. Beliau berkata, bagaimanakah mereka boleh mengatakan sesuatu sedangkan mereka tidak memahaminya sepenuhnya? Maka, pada akhir kurun ke-14 bermulalah cetusan untuk menghasilkan Falsafah Baru, sepertimana yang telah diilhamkan oleh Itali, yang telah disebut sebelum ini.

Cetusan falsafah baru di Negara-negara Eropah

Selain Amerika, Itali adalah tapak kebangkitan Eropah, iaitu merupakan pencetus ke arah kebangkitan Falsafah. Ia banyak mempengaruhi dalam kebangkitan Eropah dengan memberi idea kepada pemikir-pemikir terkenal seperti Beacon, Decartes dan Kent, untuk mencipta kebangkitan di Barat.

Pada kurun ke-14, Itali hanya bangkit dari segi peradaban dan seni, sedangkan negara-negara lain masih lagi ketinggalan. Sehinggalah pada akhir kurun ke-15, Itali mula bangkit dari segi falsafah sedikit demi sedikit. Ketika ini Eropah sedang rancak menjalankan operasi Imperialism di negara-negara Ummat Islam mengejar cita-cita mereka.

Di England, ahli falsafah yang masyhur iaitu Francis Beacon yang dikatakan pembangun bagi Falsafah Baru. Beliau adalah ketua bagi pemikiran bereksperimen. Beliau bukanlah pencetus bagi Falsafah Baru, tetapi beliau telah membuka ruang pertumbuhan Falsafah Baru, hasil daripada cetusan daripada ahli Falsafah Itali.

Di Perancis pula, Falsafah Baru telah dimulakan oleh Decartes, yang dikatakan sebagai Bapa Falsafah Baru. Ia mula muncul sekitar kurun ke-17, dan beliau mendasari pemikiran yang berpegang dengan kemampuan akal, berbeza dengan Fracis Beacon yang berpemikiran eksperimen.

Perancis juga merupakan lokasi yang dikatakan sebagai permulaan dan kemunculan Falsafah Baru setelah ia mula menampakkan pertumbuhannya di Itali dan England. Namun, ia belum berkembang sepenuhnya, sehinggalah perkembangannya diteruskan oleh Jerman.

Di Jerman, Falsafah Baru telah dikembangkan oleh Kent (1724-1804), yang mempelopori pemikiran yang mengembalikan konsep kewujudan ini kepada cetusan pemikiran. Ia adalah hasil daripada pemikiran yang berpegang dengan akal sepertimana yang didasari oleh Decart. Daripada sinilah berkembangnya pemikiran Falsafah Baru di Eropah, Amerika dan Barat secara umumnya.

Dunia Islam "kehausan" sumber

Kemunculan Falsafah Baru selepas Reinnasance, ketika kemunculan dan perkembangannya, terdapat dua suasana. Secara umumnya, suasana kehidupan dan keadaan di Barat bangun dengan perkembangan dan kemajuan. Ia akan diperincikan selepas ini. Apatah lagi peghijrahan besar-besaran para sarjana Greece ke beberapa tanah baru.

Manakala Dunia Islam mengalami perkembangan dari sudut jajahan, khususnya di awal kemunculan Uthmaniah era-13. Kawasan dan taklukan yang semakin besar menyebabkan kurang kemampuan untuk menampung dan menghidupkan pendidikan, ilmu, pengetahuan falsafah kepada masyarakatnya.

Sumber falsafah ketika ini hanya ditulis dalam Bahasa Eropah, atau dengan kata lain, suasana Dunia Islam, bersifat penerimaan dalam falsafah. Suasana Barat yang menyebabkan pertumbuhan besar dalam arena Falsafah Baru. Falsafah Baru dikatakan muncul dari Amerika dan Eropah. Tetapi bukan bermaksud hanya dua tempat ini sahaja yang menyebabkan pertumbuhannya.

Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada "kehausan" sumber falsafah ialah sejak kejatuhan Abbasiah pada 1258. Kajian dan eksperimen yang dirembat oleh para Orientalis, dan dilenyapkan oleh Tatar di dalam aliran Sungai Tigris dan Euphrates mendorong kepada terencatnya perkembangan dunia Falsafah Islam.

Orientalis pasca Reinassance hingga kejatuhan Uthmaniah

Selepas kemunculan kebangkitan Reinnasance ini, ranaplah pemerintahan bergereja yang juga merupakan Zaman Falsafah Pertengahan. Kebangkitan mereka dengan bermanhajkan العلمانية secularism yang berkaitan dengan perkataan العلم ilmu. Kebangkitan ini menyaksikan bagaimana dunia Islam khususnya Uthmaniah semakin menuju ke arah kemerosotan.

Barat bangkit dengan tamadun "baru" mereka setelah pasca Reinassance, iaitu Pax Britannica yang agak "lasak" dalam dunia penjajahan dan kolonialiasi. Gerakan Orientalis setelah merembat kegemilangan Abbasiah satu ketika dahulu, mula memainkan peranan baru untuk meranapkan Uthmaniah pula.

Akhirnya hasil usaha gigih Orientalis dan Intelligent, pemikiran Sekularism diserap di dalam Uthmaniah sehingga di khalifah ketika itu membuat dasar pandang ke  Barat. Di era inilah Uthmaniah mula ghairah meminjam duit dan para Menterinya mula disuap dengan dedak-dedak. Akhirnya dunia Islam ketinggalan jauh dari suduh falsafah dan ilmu.

Kesudahannya ummat Islam hari ini sangat sebati dengan sekularisme dan merasa sangat janggal dan terasing daripada falsafah. Falsafah satu ketika dahulu menjadi titik permulaan ketamadunan Islam mula diseleweng dengan cara Barat untuk membina tamadun mereka. Mereka memperkenalkan Marxism, Darwinism, Liberalis dan sebagainya menjadi virus dalam jiwa umat Islam hingga ke hari ini. HARAKAHDAILY 29/9/2019