22
Tue, Aug

Haiwan ternakan juga perlu perlindungan daripada api

Surat Pembaca
Typography

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) merasa amat terganggu apabila mendapati kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Yong Peng, Batu Pahat, Johor itu melibatkan reban ayam yang hangus terbakar bersama dengan 74,000 anak ayam. (Foto atas sekadar hiasan) Walaupun insiden kebakaran seperti itu yang membunuh beribu anak ayam itu adalah kejadian yang berlaku sekali sekala, kebakaran bangsal kurang menarik perhatian awam daripada sepatutnya kerana ia berlaku di kawasan luar bandar, sering jauh daripada pusat penduduk utama. Bagaimanapun, perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai perkara remeh temeh tetapi perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak berkuasa pertanian.

Terbakar ketika masih hidup merupakan satu cara kematian yang amat menyakitkan. Apabila suhu mula meningkat disebabkan oleh kebakaran, pada asasnya ia mewujudkan kesan api yang tersebar dengan cepat yang membakar seluruh bangsal ayam itu. Seringkali, terdapat tidak ramai pekerja yang boleh melakukan sesuatu untuk membantu haiwan itu. Sebaik sahaja pihak Bomba tiba ianya susah terlambat. Ayam-ayam ini akan terus lemas dan terbakar sehingga mati, manakala pihak Bomba terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk memadamkan kebakaran yang boleh membawa maut. Tambahan lagi, pekerja ladang dan mereka yang pertama memberikan maklum balas juga menghadapi risiko setiap kali berlaku kebakaran.

Ayam-ayam ini dikurung walaupun dalam keadaan biasa juga menyebabkan tekanan yang teruk. Ditambah pula dengan kematian yang tidak dapat dielakkan oleh haba yang membakar, amat sukar untuk membayangkan nasib malang itu. Malah dalam keadaan kematian yang amat mengerikan itu, ayam dianggap sebagai komoditi daripada kematian dan penderitaannya tidak dipedulikan. Berita hanya menumpukan kepada kerugian, meninggalkan kesakitan haiwan ini yang terperangkap dengan terbakar hidup-hidup. Kematiannya sering diukur oleh berat dan kerugian kewangan berbanding bilangan nyawa.

Pemikiran yang pertama ialah berapa banyak wang yang hilang sebagai ganti berapa banyak nyawa yang musnah.

Ia merupakan satu peringatan yang nyata bahawa masyarakat lebih mementingkan keuntungan kewangan dan kerugiannya berbanding penderitaan yang dialami oleh haiwan itu. Walaupun ditakdirkan untuk menjadi hidangan, lembu, babi, kambing, biri-biri, ayam dan itik bukan alat atau hasil ladang. Ia merupakan haiwan hidup yang dapat merasa serta mampu untuk mengalami rasa takut dan sakit dan mereka berhak untuk dilindungi daripada penyeksaan terbakar hidup-hidup.

Kemudahan perniagaan pertanian seperti bangunan, bangsal atau reban dengan beribu ekor ayan diternak untuk daging dalam satu bangsal, dan beberapa ribu ekor ayam telur dalam satu unit sangkar menjadikannya sukar dan mustahil untuk dipindahkan apabila berlaku kebakaran.

Kehidupan haiwan ternakan terus diisi dengan penuh kesengsaraan dan kekurangan dan dengan lebih banyak haiwan dimasukkan ke dalam ruang yang sempit menjadikannya penuh sesak, terkurung dan tidak mampu untuk keluar apabila berlaku kecemasan, terlebih dahulu perubahan segera diperlukan untuk dilaksanakan dalam usaha untuk mencegah kebakaran daripada berlaku.        

Haiwan ini hidup dalam keadaan yang mengerikan dengan keadaan kotor dan ladang ternakan yang sesak. Bolehkah masyarakat memastikan bahawa sekurang-kurangnya ia tidak akan terbakar hidup-hidup atau kelemasan sehingga mati sebelum kita menyembelihnya?

Selagi budaya kita terus melihat haiwan ternakan sebagai komoditi, ini akan membenarkan petani untuk menolak haiwan ini sebagai tidak layak dilindungi daripada bahaya seperti kebakaran. Dalam masyarakat yang dianggap bertamadun dan berperikemanusiaan perkara ini tidak boleh diterima.

Haiwan ternakan memberikan bekalan permintaan rakyat Malaysia untuk daging dan hasil haiwan.

Kini tiba masanya untuk menarik perhatian yang serius terhadap kekurangan langkah dan peraturan keselamatan yang dilaksanakan dalam pertanian. Tiada alasan kenapa langkah pencegahan tidak boleh dilakukan malah dalam bentuk paling mudah seperti loceng amaran dan pengesan asap. Terdapat kekurangan yang amat nyata dari segi sebarang jenis tindakan pencegahan. Tiada peraturan, tiada undang-undang, dan tiada saranan yang boleh didapati untuk mencegah kematian haiwan yang lemah ini.

Perubahan sudah lama tertangguh menyebabkan haiwan mati terbakar dengan tiada cara untuk melepaskan diri merupakan satu lagi manifestasi sistem makanan yang rosak yang gagal untuk mengakui haiwan sebagai haiwan yang sensitif.

SM Mohamed Idris
Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM)