Karnival Cinta Rasul semarak roh jihad

Komuniti
Typography

TITIWANGSA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dengan kerjasama Surau Al-Ikhlasiah telah menganjurkan Karnival Cinta Rasul di Surau Al Ikhlasiah, Keramat, di sini hari ini.

Program sempena Maulidul Rasul itu bertujuan memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W, telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Surau Al-Ikhlasiah, Yusoop Abd Hamid.

Acara kemuncak iaitu Forum Cinta Nabi disampaikan selebriti terkenal tanah air, Ustaz Amran Bollywood bergandingan bersama Pengerusi Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Alfian Izaz.

Menerusi forum tersebut, penceramah bercerita kepada para hadirin mengenai peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah serta dakwah Baginda di Kota Taif.

Ustaz Amran mengingatkan hadirin agar mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang dikecapi hasil pengorbanan Rasulullah dan para Sahabat terdahulu dengan mengikut serta menghayati sunnah perjuangan Baginda.

Di samping itu, karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna dan reka bentuk, pemeriksaan kesihatan percuma, perkongsian penjagaan kesihatan serta jualan gerai-gerai makanan, kosmetik dan pakaian.

Karnival Cinta Rasul melabuhkan tirai dengan alunan selawat Nabi beramai-ramai oleh hadirin yang bertamu sepanjang majlis. - HARAKAHDAILY 17/11/2018

 Screenshot 20181117 1653312IMG 20181117 WA0024