BBQ Santai tarik minat remaja dekati PAS

Komuniti
Typography

TASEK GELUGOR: Menyedari peranan remaja dalam politik masa depan, Pemuda PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi telah menganjurkan BBQ Santai bersama remaja di River View Burger, Sungai Korok, Lahar Yooi, di sini kelmarin.

Program ini dilakukan supaya dapat menyasarkan golongan remaja untuk mendekati PAS dan memperkenalkan PAS kepada para remaja, disamping merapatkan silaturrahim antara Pemuda dan remaja.

Program diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Abd Razib Abd Rahim serta Ketua dan Timbalan Ketua PAS Simpang Tiga Lahar Yooi, Arshad Salleh dan Zamri Ramli.

Satu taujihat khusus buat para remaja telah disampaikan oleh Ustaz Abd Razib yang mana beliau menceritakan kisah dua orang remaja yang telah membantu agama Allah di dalam Perang Badar iaitu Muaz dan Mu'awwiz.

Pemuda PAS Simpang Tiga Lahar Yooi akan meneruskan lagi program dan aktiviti untuk para Pemuda serta remaja di masa akan datang. - HARAKAHDAILY 5/10/2019 

IMG 20191005 WA0026