PAS Spg 3 Lahar Yooi ziarah pelajar patah tangan

Komuniti
Typography

TASEK GELUGOR: PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi telah menziarahi adik Muhammad Aliman Azman yang patah tangan akibat terjatuh lori milik bapanya bertempat di rumahnya, di sini kelmarin.

PAS Simpang Tiga Lahar Yooi juga telah menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan kepada adik Muhammad Aliman yang juga merupakan pelajar tahun 3 di SRITI Darul Hadis, Tasek Gelugor.

Ziarah kebajikan ini juga turut dihadiri oleh Naib Ketua PAS Simpang Tiga Lahar Yooi, Zamri Ramli serta Ketua Pemuda PAS Cawangan, Abtholuddin Shafiee.

Keluarga adik Muhammad Aliman amat menghargai ziarah kebajikan ini dan bersyukur kerana PAS Cawangan sentiasa prihatin dalam kebajikan setiap ahli dan keluarga.

Lajnah Kebajikan PAS Simpang Tiga Lahar Yooi sentiasa bergerak dalam memantau kebajikan ahli dan keluarga yang ditimpa musibah. -HARAKAHDAILY 27/8/2019