PASTI At-Thohiriyah menang juara Alam Ria Bakri

Komuniti
Typography

BAKRI: PASTI At-Thohiriyah muncul juara keseluruhan dalam Alam Ria PASTI Kawasan Bakri yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar, di sini kelmarin.

Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan antaranya Hafazan, Bercerita, Pidato,Sajak Khutbah, Kalam Jamaie dan Nasyid dengan penyertaan lapan Cawangan PASTI dalam Kawasan Bakri.

Menurut Pengerusi PASTI Bakri, Ilhan Sani, berpuas hati dengan kualiti persembahan murid yang sebenarnya bukan sahaja menyerlah potensi murid, tapi juga kejayaan didikan para guru.

Dengan kemenangan di tempat pertama sekali gus akan mewakili PASTI Bakri ke Alam Ria PASTI Negeri Johor yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, 31 Ogos ini.

Majlis diserikan dengn kehadiran En Mohd Fairuz bin Alias, Pengarah PASTI Johor, Mohd Fairuz Alias dan Ketua Pemuda PAS Bakri, Nahar Tasimin serta Naib Ketua Muslimat, Ustazah Ruhaizah Ahmad. -HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0094