Pimpinan baru GLC dan badan berkanun

glc
- Advertisement -

DESAS-desus mengatakan kebanyakkan Pengerusi GLC dan badan-badan berkanun akan digantikan dengan nama-nama baru lantikan Kerajaan PN. Bermacam jenis senarai berlegar di media sosial, apa pun biarlah Perdana Menteri (PM) atau Kerajaan yang umumkannya nanti.

Lantikan politik memang sewajarnya begitu, selagi ‘political masters’ berkuasa selagi itulah sepatutnya mereka memegang jawatan. Dan sejurus hilang atau tercabut kuasa ‘political masters’ tadi maka ketika itu mereka juga dari segi moral perlu melepaskan jawatan.

Ini malah bukan sahaja melibatkan Pengerusi dan Pengarah GLC serta badan-badan berkanun bahkan ia juga melibatkan lantikan politik yang lain termasuklah Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas Khas dan lain-lain.

- Advertisement -

Sepatutnya tidak perlu tunggu surat pemecatan atau ditamatkan kontrak. Hilang sahaja punca kuasa maka bertanggungjawablah angkat kaki bagi memberi laluan kepada kuasa politik baru menyusun pasukannya.

Diharapkan PM dalam memastikan operasi Kerajaan berjalan lancar, tidak terlepas pandang hal ini, jangan ada lantikan politik PH kekal dalam Kerajaan PN tanpa digantikan.

Ini termasuklah YADIM, Finas, TV Hijrah, Yayasan WP, YAPEIM, Tabung Haji dan banyak lagi. Ini demi kestabilan dan kelancaran Kerajaan, jangan ada unsur sabotaj.

Pemimpin DAP, PKR dan PAN juga setelah hilang kuasa di peringkat Federal, biarlah jadi orang bermaruah dengan melepaskan jawatan-jawatan lantikan politik, janganlah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/4/2020

- Advertisement -