19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

Adun Penaga sertai usaha pulih penagih dadah

Berita
Typography

KEPALA BATAS: Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah menyaksikan sendiri kesungguhan pelbagai pihak untuk membantu memulihkan hidup para penagih dadah yang terjebak dengan najis itu.

Beliau menyertai program Temu Seru Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan metadhone bersama para penagih di sekitar Kuala Muda dan Bakau Tua, di sini semalam.

Program itu dipimpin Pegawai Kesihatan Keluarga Daerah Seberang Perai Utara, Dr Norshila Sudin dan Pegawai Klinik Kesihatan Penaga, Mohammad Jamal Nasir.

Turut serta adalah NGO ARG USM AIDS Auction Research untuk bersama menemui penagih yang pernah mengambil methadone namun kecundang dan mengambil dadah kembali.

Ustaz Yusni difahamkan methadone yang diberi sebagai menggantikan heroin dan morfin di mana dengan dos yang sesuai dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda pengunduran.

Methadone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan sama seperti heroin atau morfin, tetapi tidak memberi kesan euforia atau khayal sebagaimana dialami penagih.

Beliau juga dimaklumkan, pengambilannya secara oral sekali gus dapat mengatasi masalah berkait penggunaan atau perkongsian alat-alat suntikan dan mengurangkan tindak balas berkaitan.

Tujuan utama program tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup penagih dadah dan mengurangkan kadar penagihan semula serta pelbagai tujuan sampingan lain. - HARAKAHDAILY 15/2/2019   

IMG 20190215 WA0008

IMG 20190215 WA0009

IMG 20190215 WA0011