16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Isu imam: Mengapa Pengarah Jaips membisu

Berita
Typography

KANGAR: PAS melahirkan rasa pelik apabila isu imam ditamat kontrak dijawab Mufti Perlis Dato’ Dr Asri Zainul Abidin dan bukannya Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Pesuruhajaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli berkata, setidak-tidaknya Pengarah JAIPs atau ahli majlis lain yang ada hubung kait secara langsung dengan agensi itu.

“Atau jika masih belum mampu berdepan dengan media, serahkan sahaja urusan ini kepada Timbalan Pengarah Jaips.

“Mengapa pula tiba-tiba Mufti yang diserahkan untuk menjawab isu ini. Apabila diserahkan kepadanya, PAS pula yang dipersalahkan.

“Berbagai tuduhan dituding kepada kami. Buktikan masjid mana yang dijadikan markas parti dan menjalankan aktiviti parti,” katanya di sini.

Baru-baru ini 25 imam di Perlis ditamatkan kontrak perkhidmatan tanpa alasan sehingga menimbulkan bantahan kariah.

Dr Asri ketika menjelaskan isu tersebut malam Jumaat lepas menyebut ramai imam yang ditamat kontrak kerana berusia.

Sedangkan imam II di Masjid al Ghufran Batu 2 Lama berusia 34 tahun.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang berkata, sebagai mufti sepatutnya beliau menjadi pemudah cara ke arah perpaduan rakyat bukannya mengungkit cerita lapuk. - HARAKAHDAILY 7/1/2019