15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Halang Sivarraajh mengundi tidak jelas

Berita
Typography

KOTA BHARU: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang ahli parlimen Cameron Highlands Dato’ C Sivarraajh didaftar sebagai pemilih dalam mana-mana pilihan raya dianggap sebagai tidak jelas.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-16, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang menyifatkan keputusan itu sebagai memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya.

"Tidak boleh bertanding boleh diterima, ia sudah termaktub dalam perlembagaan, tetapi soal tidak boleh mengundi itu merupakan satu keputusan tidak betul.

"Sebab itu saya kata keputusan itu masih samar dan belum ada keputusan yang tepat," katanya pada program perundangan dan perbahasan wakil rakyat di Kota Darulnaim semalam.

Mahkamah Pilihan Raya baru-baru ini membatalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di parlimen Cameron Highlands atas dakwaan wujud pembelian undi.

Berikutan keputusan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen kawasan itu tidak dapat didaftarkan sebagai seorang pemilih dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun bermula 13 Disember.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun juga dilapor berkata pihaknya mengesahkan Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Cameron Highlands 26 Januari ini. - HARAKAHDAILY 31/12/2018