15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Agenda guna isu TH untuk jatuhkan imej Islam

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan bahawa isu Tabung Haji (TH) telah digunakan sebagai agenda tersirat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Islam.

Perkara tersebut dinyatakannya pada sesi dialog bersama warga Malaysia dalam program An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Hotel Holiday Villa, London, United Kingdom, kelmarin.

"Mereka hentam Tabung Haji melalui media, bukan melalui Mahkamah. Media menjadi Hakim, ini tak betul, salah! Apa membimbangkan kita, digunakan isu ini untuk merendahkan imej Islam.

"Itu agenda itu ada. Ini kita kena sedar. Padahal pihak lain banyak juga buat salah. Tapi dibesarkan di media, agenda yang tersirat ialah untuk menjatuhkan imej Islam.

"Bukan kita benarkan (atau) kita suka kepada penyelewengan, tidak! Penyelewengan itu satu, imej Islam itu satu. Kita setuju menentang penyelewengan.

"Tapi jangan libatkan Islam dengan sebab kesalahan Tabung Haji. Tetapi terdapat kalangan tertentu yang bukan Islam ini ada agenda nak merendahkan imej Islam ini melalui Tabung Haji," ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/12/2018