21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

Hubungan M'sia - China turut jejas harga komoditi

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara China boleh dianggap sedikit kritikal hingga keadaan tersebut turut memberi impak kepada sumber utama negara.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, selain pertembungan global China dengan Amerika Syarikat, pertukaran kerajaan pada PRU14 lalu menyaksikan perkara sama.

"Banyak projek (dengan China) di'stop', dan dikaji semula dan sebagainya termasuk ECRL. Implikasi kepada hal ini ialah, China telah pun membeli sawit daripada Indonesia yang jauh lebih murah berbanding Malaysia.

"Kita dimaklumkan dalam Parlimen, harga sawit Indonesia lebih murah USD20 satu tan berbanding Malaysia. Banyak USD20 ini, hampir RM200 satu tan beza dengan harga sawit Malaysia. Kita tak boleh jual dengan harga tersebut. Jadi ini masalah.

"Kita terus desak sebab kerajaan nampaknya tidak ada sebarang usaha untuk meningkatkan harga sawit, termasuk harga getah," ujarnya pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa, kelmarin dahulu.

Maklumnya, harga sawit semasa adalah RM280 satu tan dan PAS minggu lalu menerima memorandum daripada peneroka FELDA untuk mendesak kerajaan meletakkan harga lantai RM350 satu tan.

Terdahulu menurutnya, suara desakan telah PAS ajukan untuk harga getah juga diletakkan harga lantai kepada RM2.50 sekilogram. - HARAKAHDAILY 17/12/2018