17
Thu, Oct
16 Artikel Baru

Generasi, peneroka serah memo di Parlimen

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Generasi Kebangsaan bersama peneroka Felda hari ini tampil menganjurkan himpunan aman dan penyerahan memorandum berhubung kesusahan hidup peneroka akibat kejatuhan harga komoditi sawit.

Kira-kira 120 orang peneroka Felda yang diketuai Pengerusi NGO Generasi, Roslan Md. Esa berhimpun secara aman di luar pintu masuk utama Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan.

Himpunan penyerahan memorandum ini disambut oleh ahli parlimen pembangkang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain.

Menurut Roslan, penyerahan memorandum ini diadakan bertujuan untuk menyuarakan luahan hati peneroka felda yang sekarang ini berada dalam kesempitan hidup susulan daripada kejatuhan harga sawit yang sangat teruk.

"Dalam memorandum itu, dinyatakan beberapa tuntutan, cadangan dan pandangan, yang pertama kita minta supaya harga lantai yang boleh ditetapkan kepada peneroka sebanyak RM400.

"Yang mana hari ini RM300 kadang-kadang turun ada sampai RM280. Ini sangat membebankan para peneroka dan sangat terseksa ketika ini," katanya kepada pemberita.

Memorandum peneroka telah diterima oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan pintu masuk utama Parlimen. – HARAKAHDAILY 11/12/2018

f3

f2