22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Harakah edisi terbaru 2277 kini di pasaran !!

"Mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah melantik wakil rakyat untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Munkar yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat melalui kekuasaan atau bersuara dan menentukan sikap. Mengundi juga adalah menjadi hakim terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah di sepanjang penggal pemerintahannya."

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

 

2277 2277 2277 2277


Sukar dapatkan Harakah hubungi:

Ezani Yahya 012-9726897
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Zulkafri Osman 016-3764420
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Jom sama-sama kita jayakan Program 3B Beli, Baca dan Beri Harakah. Dapatkan maklumat parti daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi...

Jabatan Pemasaran Harakah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-60.

"Istiqamah hingga kemenangan"

JABATAN PEMASARAN HARAKAH
8 Zulhijjah 1438H
30 Ogos 2017

TRAGEDI Memali 32 tahun lalu bukan disebabkan oleh Amanat Haji Hadi seperti yang fitnah ke atas PAS. Sebaliknya ianya berlaku akibat fitnah yang dimainkan terutama sekali Umno Kawasan Baling dan Umno Peringkat Negeri Kedah. Sehingga dalam Perhimpunan Agung Umno, bagaimana perwakilan Kedah bangkit menyatakan bahawa satu tindakan mesti diambil segera untuk mengekang pengaruh Ustaz Ibrahim Libya. Justeru, PAS mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan bagi menyiasat sepenuhnya insiden ini.

62fa2858 40b5 4a9a 8f03 84e870aaa9de 9b9da204 59b8 443b 8724 5da01d477af6 4ea5ca4c 6f84 4dcb 874f eb4afdc178d1
573f1772 3860 40b5 abe9 af9256de307b c15de077 6407 4e4a bcea da739d28ecc2 ec87549b e9a7 4e6d be8c 5ee702dfc66b

 

Dapatkan berita penuh di Harakah Edisi 2275 dipasaran sekarang! Hubungi :

Ezani Yahya 012-9726897

Zulkafri Osman 016-3764420

Berita “Sang Mustaddh’afin Pak Yahya ‘beri hutang demi jual harakah” yang disebut satu-satunya warga emas yang cekal mengedar harakah di Kulim telah menarik perhatian Persatuan Anak Terengganu diPerantauan (Perantau).

Perantau turut merasa kagum melihat kegigihan dan kecekalan Yahya Nayan, 60 seorang yang dalam kategori miskin, masih mengambil dan menghantar Harakah disetiap keluaran berbekalkan sebuah motorsikal lama malah sanggup memberi hutang akhbar harakah kepada pelanggan demi perjuangan mengedarkan akhbar Harakah.

motorDiatas rasa tanggungjawab bersama membantu insan yang hebat seperti Pak Yahya membangkitkan kesedaran agar ramai lagi yang mencontohi apa yang telah dilakukannya terutama dikalangan generasi muda, Persatuan Anak Terengganu diPerantauan (Perantaua) mengusahakan agar sebuah motorsikal  dihadiahkan kepada beliau bagi memudahkan kerja-kerjanya selepas  ini.

Berkat bulan Ramadhan 1438H yang berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang 1hb Syawal tahun ini, usaha ini telah dimakbulkan Allah SWT bila satu majlis penyerahan motorsikal tersebut akan dilakukan sendiri oleh Presiden Perantau, Prof Dr Kamaruzaman Yusof pada hari Khamis, 22hb Jun, 2017 bertempat di Masjid Al-Azim Kg Bikam, Kulim Kedah.

hadiah motorProgram ini akan dilakukan pada jam 6 petang sebelum berbuka puasa bersama dengan Perantau dan kariah masjid pada petang tersebut. Manakala pada sebelah malamnya, Professor Dr Kamaruzaman juga akan menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk, Pemulauan Qatar : Apa Agenda Sebenar ? selepas sholat tarawikh. 

Perantau merakamkan berbanyak terimakasih kepada penderma dan penyumbang yang budiman bagi menjayakan program ini dan semoga Allah memberikan ganjawaran yang sewajarnya lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir Ramadhan Al-Mubarak ini. 

Berlalu sudah "Malam Apresiasi Hijau.FM Bersama Tok Guru" pada 8 April 2017 bertempat di Hotel De Palma Ampang, Selangor yang telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, YBhg Tuan Guru Hashim Jasin. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor serta ADUN-ADUN PAS. Kelihatan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), pimpinan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (ikatan) dan pimpinan-pimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir meraikan Malam Apresiasi Hijau.fm yang julung kali diadakan.

Tema "Radioku, Warnai Fikrahku" ditonjolkan pada program ini. Tuan Guru Hashim Jasin berkata pada ucapan perasmian beliau iaitu "semoga tema Radioku, Warnai Fikrahku oleh Hijau.FM ini dapat membentuk fikrah para pendengar Hijau.FM"

Antara yang menarik pada program ini ialah beberapa pengisian dari rancangan-rancangan Hijau.FM bertepatan dengan konsep acara "radio konti". Para hadirin dapat melihat penyiar-penyiar Hijau.FM dengan variasi gaya mengacara program mereka. Antaranya ialah rancangan "Celoteh Bersama KakG", Expresi, Khabar Dari Selangor, Khabar Dari Kelantan, InfoPromo, Kapsul Motivasi, Berita Semasa, dan pelbagai lagi. Lagi menarik, para hadirin ditunjukkan bagaimana sebuah "Drama Radio" yang diusahakan oleh Ketua Penerbit Rancangan, Azahari Abdullah.

Para hadirin juga agak terpegun dengan konsep "radio konti" yang dibawa dalam program ini. Tahniah kepada para Krew Hijau.FM yang berjaya membawa "kelainan" dari konsep yang biasa. Sudah pasti Hijau.FM ingin persembahkan kepada hadirin tentang bagaimana sesebuah radio dioperasikan terutama rancangan-rancangannya.

Tidak dilupakan juga persembahan qasidah dan juga slot "Kuliah Bersama Ustaz Hadi Talha" yang bermula pada 6.00 petang lagi dikendali oleh Penyiar Hijau.FM.

Hijau.fm adalah radio internet dan rakan strategik bicara Harakah sejak awal lagi.Sehubungan ini, krew bicara Harakah mengucapkan selamat majujaya kepada Hijau.fm yang berkecimpung dalam bidang penyiaran.

Harakah edisi terbaru 2275 kembali di pasaran sekarang!!

2275 2275 2 2275 3

“PAS menegaskan bahawa Melayu Islam yang wajib diperkasakan politiknya bersama Islam, adalah teras kepada negara Malaysia bermasyarakat majmuk dan menjadi tonggak kepimpinan negara, kerana Melayu adalah dominan dan Islam itu adil terhadap semua dengan kewajipan beraqidah Islam. Jika Melayu bersama Islam semuanya selamat, Melayu tanpa Islam semuanya tidak selamat.”.. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sukar dapatkan Harakah hubungi:

Ezani Yahya 012-9726897
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Zulkafri Osman 016-3764420
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

? ..Jom sama-sama kita jayakan Program 3B Beli, Baca dan Beri Harakah. Dapatkan maklumat parti daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi??

"Istiqamah hingga kemenangan"


JABATAN PEMASARAN HARAKAH
1 Zulhijjah 1438H
23 Ogos 2017

Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam mengumumkan langganan e-paper Harakah selama sebulan atau 30 hari hingga hujung tahun 2017 ini secara percuma bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pembaca dan peminat Harakah selama ini bersempena sambutan 30 tahun Harakah yang bermula pada 1hb Mac, 2017 yang lepas.

harakah percuma

Kali terakhir Harakah memberikan kemudahan epaper percuma kepada warga siber adalah pada masa pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013 yang lepas. Pengumuman langganan percuma epaper dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah ketika itu yang  dibuat serentak dengan pembubaran parlimen yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada 3hb Mac, 2013.

Bagi mendapat akses kepada langganan epaper Harakah secara percuma ini, warga siber hanya perlu mendaftarkan maklumat yang diperlukan dalam web www.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan pemgumuman ini, sila hubungi 03-4021 3343 (Puan Norhafizah Ibrahim).

Bagi pelanggan yang belum lagi memiliki kad setia pelanggan yang dikenali sebagai kad Istiqamah, mereka boleh mendaftarkan kad Silver dengan harga pakej epaper sebanyak RM10 sahaja untuk sebulan. Serentak dengan tawaran ini juga, bagi kad silver berkenaan, harakah akan menambah akses selama satu bulan lagi menjadikannya 2 bulan.

Sehubungan dengan ini, bagi pemegang kad Istiqamah yang sedia ada, Harakah akan mengemaskini rekod pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka selama sebulan secara automatik.

Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dengan sendiri dalam laman web http://sso.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini.

08/06/2017

 

SAMBUTAN 30 tahun Harakah diraikan bersama Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) dengan warga Kampung Bukit Tanah, Jabi, Setiu dalam satu program Kampung Media.

Program dua hari satu malam itu bermula 24 dan 25 Mac diisi dengan aktiviti ziarah, BBQ, wayang pacak, sukaneka, jamuan rakyat serta ceramah umum.

Beberapa orang penduduk tempatan yang yang ditemui berpendapat program Kampung Media itu amat bermanfaat dan wajar diteruskan.

Mustafa Kasim, 59, dari Kampung Bukit Tanah berkata melalui program Kampung Media boleh membuka minda penduduk dengan isu-isu semasa.

Malah, kata beliau boleh merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk setempat melalui pelbagai pengisiannya.

“Pada Abang Pa, ini satu program yang baik untuk membuka minda rakyat dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam negeri kita.

“Kami orang kampung ini kurang sikit dapat maklumat kerana kurang ambil hal (tahu) mengenai isu-isu semasa.

“Dan, program macam ini juga merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk dengan warga media,” ujarnya.

Seorang petani, Salleh Che Kar, 60, menyambut baik usaha pihak media KAMI yang sudi bertandang di Kampung Bukit Tanah, Jabi.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak media KAMI yang sudi datang ke kampung kami ini, yang serba kekurangan.

“Selama ini, orang kampung tak ambil hal sangat tentang isu-isu negara dan serah kepada orang politik yang uruskan.

“Apabila didedahkan oleh pihak media tentang isu penyelewengan, rasuah dan pembaziran. Maka, kami (penduduk) terkejut apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah (Barisan Nasional),” jelasnya.

Manakala, Zakaria Mahmud atau lebih dikenali Abang Lias, 51, menyokong usaha murni pihak media KAMI dan Harakah yang meraikan ulang tahun ke-30 di Kampung Bukit Tanah, Jabi.

Beliau tidak menyangka pihak KAMI dan Harakah memilih perkampungan ini untuk merayakan sambutan tersebut.

“Saya tak sangka pihak media KAMI dan Harakah pilih untuk datang ‘berkampung’ di Kampung Bukit Tanah ini dan bersama warga kampung selama dua hari satu malam.

“Kami rasa bertuah kerana memilih kampung ini untuk merayakan ulang tahun ke-30, akhbar Harakah,” ujarnya.

Menurutnya, dengan pelbagai acara seperti sukaneka rakyat, BBQ, jamuan dan ceramah umum telah memeriahkan suasana Kampung Media.

Kemuncak program tersebut Ceramah Umum sempena Sambutan 30 Tahun Harakah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, Ketua Generasi Felda Terengganu, Naraza Muda dan Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim.

MEDIA1

More Articles ...

Page 5 of 5