17
Thu, Oct
15 Artikel Baru

Markas baru di Cawangan Taman Sepilai

Berita
Typography
PADANG SERAI: Kebakaran Markas PAS Cawangan Taman Sepilai, Padang Serai, tiga bulan lalu tidak mematahkan semangat ahli-ahlinya meneruskan gerak kerja pilihan raya.
 
Adun Merbau Pulas, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, tiga bulan lepas markas yang menjadi pusat aktiviti PAS cawangan itu musnah dijilat api. 
 
Katanya, kejadian itu memusnahkan perabut dan peralatan pilihan raya cawangan berkenaan.
 
"Kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat atau sebab-sebab lain kita tidak pasti," katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan semula markas tersebut kelmarin. 
 
Beliau turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli PAS cawangan terbabit kerana berjaya mendirikan markas yang baru.
 
Katanya ahli-ahli di cawangan terbabit tidak mengenal putus asa sehingga berjaya mendirikan markas baru untuk digunakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
 
"Ini juga hasil keprihatinan ahli dan orang ramai yang bersimpati sehingga sebuah markas baru dibina dan dijangka siap tidak lama lagi," ujarnya. -HARAKAHDAILY 7/2/2018