17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

RM7.5 juta bayaran khas kakitangan Kelantan

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan memperuntukkan sejumlah RM7.5 juta untuk melunaskan bayaran khas 2017 kepada semua kakitangannya.

Bayaran itu akan dibuat pada 5 Januari ini melibatkan sebanyak RM1,000 seorang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, RM500 lagi akan dibayar sebelum Aidilfitri 2018.

Beliau berkata demikian pada majlis Amanat Khas Tahun Baru dan Perhimpunan Penjawat Awam di Kota Darulnaim, hari ini.

Sebelum ini Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat negeri selaras diumumkan kerajaan pusat.

Mohd Faudzi juga berkata, sebagai sebuah negeri yang mengutamakan kebajikan, kerajaan negeri juga menerima pakai pekeliling Persekutuan mengenai bayaran khas.

”Walaupun melibatkan peruntukan yang besar, namun kerajaan negeri tidak menolak pemberian insentif kewangan kepada penjawat awam.

“Ini membuktikan kerajaan negeri bersimpati dengan penjawat awam yang perlu menanggung bebanan ekonomi yang tidak menentu sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/1/2017