17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Sudah lama Mahfuz diduga keluar PAS

Berita
Typography

KEPUTUSAN Datuk Mahfuz Omar meninggalkan PAS dianggap memberi ruang mudah untuk PAS terutamanya di Pokok Sena mengatur persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan anggota Parlimen Pokok Sena adalah tepat kerana sudah diduga sejak dahulu lagi.

“Jika tidak beliau diibaratkan seperti duri dalam daging. Saya gembira apabila Mahfuz keluar daripada PAS, umpama kita cabut duri dalam daging.

“Sebab bila beliau duduk dalam PAS dan mengkritik pimpinan, macam duri dalam daginglah. Lebih baik beliau di luar bebas nak kata apa sebab dia bukan ahli PAS lagi,” katanya di sini.

Beliau pemberita ditemui selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baru dan Perhimpunan Penjawat Awam di Kota Darulnaim hari ini.

Amanat disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mahfuz yang menjadi ahli PAS lebih 30 tahun mengumumkan keluar parti berkuat kuasa 11.59 malam pada 31 Disember lepas. – HARAKAHDAILY 2/1/2018