21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Exco lawat mangsa di tempat kejadian

Berita
Typography

ANGGOTA Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi turut melawat mangsa kemalangan jalan raya di lokasi kejadian selepas tragedi yang meragut dua nyawa itu berlaku.

Pada kejadian itu, Fitri Aziz, 13 dan Hamdan Syakirin, 10 maut di tempat kejadian, manakala abangnya, Muhammad Hakimi Ramli, 25 kritikal.

Difahamkan Hakimi yang baru pulang dari Mesir mengajak adik-adiknya membeli kelengkapan sekolah malam semalam.

Bagaimanapun mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Chicha Kubang Kerian sebelum sempat membeli kelengkapan sekolah.

Ketiga-tiga merupakan anak guru Maahad Muhammadi Perempuan, Ustazah Siti Mariam Yusof, 53. – HARAKAHDAILY 2/1/2017