18
Wed, Sep
34 Artikel Baru

Campur tangan politik bantut tuntutan royalti

Berita
Typography

ISU tuntutan royalti petroleum lebih mudah selesai sekiranya tiada campur tangan politik terutamanya Umno Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, isu tuntutan royalti itu disifatkan ‘straight forward’ kalau tidak ada campur tangan politik.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ia menjadi panjang terhadap tuntutan kerajaan negeri berdasar perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1975.

“Royalti petroleum adalah hak Kelantan. Sepatutnya kita mengambil semangat perlembagaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Kalau dapat royalti banyak kemudahan untuk rakyat dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi hubungan semakin meningkat antara negeri dan pusat sejak kebelakangan ini,” katanya menjawab soalan Azamin Mohd Nor (PAS-Kadok) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga banyak projek pembangunan yang sudah lama dilulus kerajaan belum lagi dilaksanakan di Kelantan termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Katanya, projek itu sudah lama diluluskan dan sepatutnya dilaksanakan tahun ini. Begitu juga projek tebatan banjir di Sungai Golok belum lagi dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 20/11/2017