17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Mana RM2 juta dana baik pulih Masjid Beladin?

Berita
Typography
BATANG LUPAR: Pihak berwajib dipohon memberi perhatian segera untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku kepada struktur bumbung Masjid Beladin, Beting Maro, di sini.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Beting Maro, Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad memaklumkan, kerosakan struktur bumbung itu sangat membimbangkan ketika membuat tinjauan di situ semalam.
 
Menurut beliau, keadaan itu berisiko menyebabkan kecederaan kepada ahli jamaah yang datang beribadah sekiranya siling jatuh dan ketidakselesaan akibat kebocoran.
 
Para penduduk juga mempersoalkan peruntukan dari Adun BN Beting Maro, Dato' Razali Gapor yang telah mengumumkam dana baik pulih masjid sebanyak RM2 juta.
 
Dana tersebut telah diserah dalam bentuk replika cek bertarikh 7 Februari tahun lalu, namun hingga kini tiada sebarang peruntukan wang ringgit atau kerja-kerja baik pulij dijalankan.
 
Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana penduduk sedia maklum mengenainya, tetapi bimbang semakin lama dibiar akan menyebabkan kerosakan menjadi semakin serius.
 
Oleh itu pinta mereka agar proses baik pulih dapat dipercepatkan sebelum ia mengancam keselamatan atau menyebabkan kejadian buruk yang lain berlaku kepada jamaah masjid itu. - HARAKAHDAILY 19/11/2017