17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Muslimat PAS kelantan sokong hasrat Bibi

Berita
Typography

DEWAN Muslimat PAS Kelantan menyokong hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan mewajibkan skuad pasukan itu menutup aurat apabila berkasi di Liga Malaysia musim depan.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata perkara itu sewajarnya dilakukan kerana ia kehendak syariat.

Menurutnya, semua tahu aurat lelaki adalah dari pusat sehingga bawah paras lutut.

Katanya, amat wajar sekiranya Kafa ingin mewajibkan pemainnya menutup aurat ketika beraksi.

“Pada masa yang sama ia telah menjadi dasar kerajaan negeri sejak sekian lama sama ada lelaki atau wanita supaya menutup aurat ketika berada di tempat awam,” ujarnya.

Zailah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan semalam.

Menurut Bibi, peraturan baru itu bagi menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan.

Zailah seterusnya berkata, ia juga wajar dicontohi oleh atlet sukan di seluruh negara khususnya bola sepak supaya menutup aurat.

“Tahniah Kak Lah ucapkan pada Presidennya Bibi Ramjani yang begitu perihatin terhadap situasi itu,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap, semoga hasrat murni itu menjadi kenyataan agar aktiviti sukan atau kerja yang dibuat itu mendapat keberkatan.– HARAKAHDAILY 19/11/2017