21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Pemuda PAS, Ikatan tubuh Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera

Berita
Typography

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia hari ini menubuhan Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera. Penubuhan Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Dewan Pemuda parti komponen di dalam Gagasan Sejahtera dalam mendepani isu semasa, polisi serta dasar utama negara.

Satu Konvensyen Anak Muda Gagasan Sejahtera akan di adakan pada 24 Febuari 2018. Konvensyen Anak Muda Gagasan Sejahtera ini bertujuan untuk membina satu platform suara anak muda yang di terajui oleh Pemuda Gagasan Sejahtera bersama-sama NGO anak muda dan tokoh pemuda berpengaruh di peringkat nasional untuk sama-sama mengembeling tenaga menyuarakan pandangan, kritikan, idea bernas serta menyumbangkan tenaga demi masa depan negara.

Konvensyen Anak Muda Gagasan Sejahtera akan berakhir dengan terbitnya satu agenda dan hala tuju Gagasan Anak Muda yang akan membawa suara serta minda anak muda untuk masa depan negara sesuai dengan pendekatan matang dan sejahtera, dan juga sesuai untuk segenap lapisan masyarakat di dalam negara tidak kira agama, bangsa dan kaum.

Pemuda Gagasan Sejahtera akan merangka program utama seperti program Jelajah Negeri-Negeri bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum agenda, polisi serta dasar Pemuda Gagasan Sejahtera.

Dengan pendekatan matang dan sejahtera serta motto “To Create A Better Malaysia”, Pemuda Gagasan Sejahtera juga akan menawarkan solusi terhadap isu semasa negara terutamanya berkaitan anak muda samada untuk jangka masa pendek mahupun panjang bergantung kepada isu, masa dan keperluan.

Jawatan Kuasa Pemuda Gagasan Sejahtera terdiri daripada:

Ketua Pemuda: Ustaz Khalil Abdul Hadi.

Timbalan Ketua: Saudara Shahril Adnan

Sekretariat Jawatan Kuasa:
Ustaz Afnan Taib Azimudden.
Saudara Aifaa Zaffan Bagauddin.

Ahli Jawatan Kuasa: Dewan Harian DPPM dan Dewan Tertinggi Pemuda Parti Ikatan. – HARAKAHDAILY 19/11/2017