18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Mana bantuan bekalan air bersih di Kuala Niah?

Berita
Typography

KAMPUNG Niah dan Kampung Lajong didiami lebih 300 penduduk dan 80 buah rumah. Sumber air hanyalah dari sumber air bawah tanah dan sungai berdekatan. Mutu airnya rendah dan menyukarkan kehidupan mereka.

Dengan kepadatan jumlah penduduk seramai itu, mereka berhak mendapat sumber bekalan air bersih yang merupakan sumber asas bagi kehidupan.

KgNiah 2Demikian dinyatakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Sibuti Sarawak, Butir Bakar dalam suatu kenyataan medianya hari ini.

“Kehadiran PAS Kawasan Sibuti hari ini ke Kuala Niah untuk mendengar permasalahan dan keperitan masyarakat yang sudah puluhan tahun menghadapi masalah air.

“Kini, sumber air hanyalah dari sumber air bawah tanah dan sungai berdekatan yang sudah pasti mutu airnya rendah serta menyukarkan kehidupan masyarakat setempat,” ujar Butir Bakar.

Oleh itu, PAS Kawasan Sibuti mendesak agar kerajaan Malaysia khususnya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perhatian serius akan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kuala Niah berkaitan hal air. – HARAKAHDAILY 18/11/2017