19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Tukar minyak enjin dekati pengundi

Berita
Typography
REMBAU: PAS Dun Kota dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan program tukar minyak enjin dan mentol motosikal percuma di Bengkel Faiz, Kampung Batang Nyamor, Kota, di sini semalam.
 
Program sepetang itu telah berjaya memberi perkhidmatan kepada 15 motorsikal, selain saguhati khas dari pihak penganjur kepada juruteknik yang menyumbangkan tenaganya.
 
Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Dun Kota, Ishak Omar yang juga mewakili Yayasan Amal telah menyumbang tiub tayar, minyak enjin, palam pencucuh dan 20 mentol lampu kepada pemilik bengkel, Mohd Faiz Mohd Ilmy. 
 
Ujar Ishak, sumbangan ini bertujuan membantu  memajukan lagi bengkel tersebut serta perniagaannya, selain sebagai galakan atas usaha dan minat yang ditunjukkan Mohd Faiz kepada bidang kemahiran itu.
 
Beliau turut menegaskan, program diadakan itu merupakan sebahagian daripada usaha membantu penduduk kampung, serta mendekati pengundi di Dun tersebut. 
 
Beliau juga menyifatkan program tersebut sebagai sumbangan dari para dermawan yang mahu merealisasikan usaha PAS menyantuni masyarakat. - HARAKAHDAILY 17/11/2017