19
Thu, Sep
33 Artikel Baru

SERII Ilmi terbaik Daerah Hulu Langat

Berita
Typography
AMPANG: Usaha guru tidak pernah mengenal erti jemu dan penat lelah mendidik anak-anak murid di Sekolah Rendah Islam Integrasi Ilmi Ampang (SERII Ilmi) terbalas apabila seramai 42 pelajar memperoleh pencapaian 'mumtaz' daripada 72 calon pada pengumuman yang dibuat hari ini.
 
Menurut Guru Besar SERII Ilmi, Ustaz Mazlan Awang, pencapaian itu adalah yang terbaik sejak sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1993, bahkan telah melebihi KPI ditetapkan oleh pihak pentadbir.
 
Kejayaan luar biasa itu katanya, telah didokongi oleh barisan guru-guru berpengalaman seperti Ustazah Baniza Busu, Ustazah Rokiah Mamat, Ustazah Che Ku Norhayati Che Ku Endut, Ustazah Nursyuhada Ideris dan Ustazah Siti Ainun Mohd Noor yang masing-masing mengajar matapelajaran Jawi, Tajwid, Tauhid Feqah, Akhlak Sirah dan Bahasa Arab
 
Penyelaras Peperiksaan Rendah Agama (PSRA), Ustazah Baniza apabila ditanya mengenai kejayaan anak muridnya menyatakan ,murid-murid diwajibkan untuk mengamalkan bacaan Surah Yassin dan solat sunat Dhuha pada setiap hari Jumaat di sekolah.
 
Manakala guru mata pelajaran Tauhid Feqah, Ustazah Che Ku Norhayati apabila diminta berkongsi tips mengajar menyatakan, beliau menggunakan teknik hafalan dan ulangan.
 
Sementara, Ustazah Rukiah Mamat, guru yang berpengalaman mengajar selama 24 tahun di sekolah itu pula menggunakan pendekatan berbeza dalam menarik minat murid kepada mata pelajaran Tajwid.
 
Antara bukti kejayaan sekolah yang dikendalikan oleh PAS Ampang ini apabila menerima sambutan menggalakkan sehingga mendapat pendaftaran pelajar baru darjah satu seramai 200 orang murid, sedangkan tempat yang disediakan hanya 150 orang. - HARAKAHDAILY 16/11/2017