18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Pertembungan sebenar di Terengganu PAS-Umno

Berita
Typography

PERTEMBUNGAN sebenar pilihan raya umum (PRU) kali ini di Terengganu hanya antara Umno dan PAS biarpun parti lain juga turut bertanding.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pertandingan tiga, empat atau lima penjuru sekalipun hanya melibatkan tumpuan kepada PAS dan Umno sahaja.

Katanya, rakyat dan pengundi di negeri tersebut sedar pertembungan sebenar yang akan berlaku nanti.

“PRU 14 memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sama ada mengekalkan Umno dan Barisan Nasional (BN) atau memilih PAS mentadbir Terengganu.

“Pertandingan tiga, empat atau lima penjuru diyakini tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PAS pada pilihan raya kali ini,” katanya selepas majlis Pengisytiharan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam di Madrasah Darul Taqwa (MDT), Pekan Batu Enam, Kuala Nerus hari ini.

Hadir sama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Ismail Osman. - HARAKAHDAILY 16/11/2017