18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita

Berita
Typography
SEREMBAN: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah membantu sembilan beradik yang bagaikan hilang pergantungan setelah bapa tiri mereka kurang sihat dan tidak mampu menanggung nafkah.
 
Terdahulu, adik-adik tiri tujuh beradik berusia antara 2 hingga 16 tahun itu kehilangan ibu mereka yang meninggal lima bulan lepas, sedang ayah tiri hanya bekerja sebagai tukang rumah dan pembaik pulih pendingin hawa.
 
Kesempitan itu menyebabkan adik beradik tiri itu terpaksa bergantung kepada pendapatan kakak sulung tiri dan adiknya masing-masing berumur 24 dan 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
 
Sehubungan itu, Yayasan Amal menerusi Amalnita telah menghulurkan sumbangan untuk keluarga itu serta berusaha memastikan persiapan persekolahan anak-anak tersebut untuk sesi 2018 ketika berziarah mereka di Taman Angsamas, Mambau, di sini semalam.
 
Orang ramai yang prihatin boleh turut serta membantu keluarga ini dengan menghubungi talian 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY 16/11/2017