21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Kem Anak Bestari isi cuti sekolah

Berita
Typography
KEMAMAN: Adun Chukai dengan kerjasama Pemuda PAS Dun Chukai akan menganjurkan Kem Anak Bestari 2017 sempena cuti sekolah bertempat di Surau Kampung Jaya, di sini pada 2 Disember depan.
 
Setiausaha Pemuda PAS Dun Chukai, Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan berkata, golongan yang disasarkan penyertaan adalah terdiri daripada anak-anak berusia 9 hingga 16 tahun. 
 
“Buat masa ini hampir 70 penyertaan baru diterima, pihak kami mensasarkan penyertaan hingga 200 orang. Yuran yang dikenakan hanya RM10 dan peserta tidak bermalam.
 
“Kem pada tahun ini memberi fokus kepada kesempurnaan solat dan pembentukan akhlak. Sebanyak empat modul perlu diikuti oleh peserta, antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Praktikal Solat dan aktiviti rekreasi.
 
"Kem ini dianjurkan pada tiap-tiap tahun dan penyertaan dibuka kepada remaja yang menetap dalam aerah ini. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Adun Chukai, Hanafiah Mat,” katanya.
 
Beliau berharap ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menghantar anak mereka mengikuti kem tersebut kerana percaya ibu bapa yang prihatin pastinya mahu masa cuti panjang anak tidak terbuang begitu sahaja.
 
Serunya, mereka yang berminat boleh menghubungi beliau menerusi talian 019-983 4583 atau Ehsan Razali di talian 012-909 2850 di mana pendaftaran akan ditutup pada 28 November.