15
Tue, Oct
16 Artikel Baru

Bilik Operasi Banjir Dun Kemasik diaktifkan

Berita
Typography
KEMAMAN: Musim tengkujuh dan banjir yang bakal menjelang tidak lama lagi menuntut persiapan jitu agar tidak berdepan keadaan terlalu sukar apatah lagi terjebak dengan musibah buruk.
 
Sehubungan itu, sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan dan risiko boleh terjadi, PAS Dun Kemasik telah mengemaskini pasukan operasinya.
 
Usaha itu juga sebagai memastikan Jawatankuasa Operasi Banjir yang ditubuhkan memiliki kesiapsiagaan memberi khidmat kepada masyarakat untuk menempuh situasi.
 
Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Dun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, perjumpaan tergempar itu adalah untuk memastikan seluruh jentera dapat digerakkan daripada awal.
 
"Kami hendak memastikan kelancaran bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan yang selalu dinaiki air di sekitar Dun Kemasik"
 
"Kita bersiap siaga akan sebarang kemungkinan dan seluruh petugas sudah dimaklumkan serta akan turun membantu jika berlakunya banjir di kawasan terbabit," ujarnya dalam perjumpaan itu di Masjid Lama Kemasik, di sini semalam.
 
Perjumpaan dihadiri lebih 20 Ahli Jawatankuasa (AJK) itu turut melibatkan semua AJK MTD, Pemuda, Muslimat, Jabatan Amal, Ameerah dan seluruh AJK Kebajikan Cawangan. - HARAKAHDAILY 15/11/2017