21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Bengkel penulisan asah kemahiran Muslimat Selangor

Berita
Typography
SHAH ALAM: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Strategik di Pejabat Perhubungan PAS Selangor, di sini, semalam.
 
Antara objektif bengkel ialah melatih Muslimat dengan penulisan berinformasi dan ilmiah, selain untuk mendedahkan peserta dengan teknik penulisan yang betul.
 
Antara bentuk penulisan diberi penekanan pada bengkel sehari itu ialah pemberitaan dan kenyataan media rasmi.
 
Bengkel yang dihadiri lebih 20 peserta disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pemuda PAS Pusat, Izwan Abdul Halim.
 
Bengkel dirasmikan oleh Ketua Penerangan merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media DMPNS, Nor Zarina Mohd Azhar. 
 
Di dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan hasratnya agar penganjuran bengkel tersebut akan meningkatkan jihad penulisan dalam kalangan Muslimat PAS Selangor.
 
Kata beliau, dengan bertambah ramai bilangan penulis, diharap usaha untuk menyampaikan berita dan menjadi agen penerangan kepada masyarakat dapat ditingkatkan. - HARAKAHDAILY 29/10/2017