21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

PAS Perlis kehilangan tokoh ulama

Berita
Typography
KANGAR: Telah kembali ke rahmatullah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis yang juga Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Allahyarham Ustaz Salleh Adam pada pagi Jumaat 27 Oktober hari ini.
 
Almarhum pergi meninggal seorang isteri, Azizah Lebai Yahya dan 11 orang anak setelah disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di Hospital Tuanku Fauziah, di sini.
 
Ustaz Salleh berasal dari Kubur Panjang, Pendang Kedah dan telah bermastautin serta berkhidmat dengan PAS Perlis sejak dari muda lagi.
 
Jenazah Almarhum telah disolatkan di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (Matin), Kampung Abi Padang Machang, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Matin.
 
Turut hadir di majlis pengebumian ialah Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusainee Yahya dan Ketua Urusan Ulama PAS Perlis Ustaz Idris Yaakob. - HARAKAHDAILY 27/10/2017