18
Wed, Sep
34 Artikel Baru

Mahfuz celaru selepas PAN gagal atasi PAS

Berita
Typography

BEKAS Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kini dianggap bercelaru setelah Parti Amanah Negara (PAN) yang didukunginya gagal melemahkan PAS.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, sejak tiada lagi tempat dalam kepemimpinan utama PAS, anggota parlimen Pokok Sena makin hilang arah perjuangan.

Katanya, pemikiran pemimpin terbabit tambah kacau apabila melihat kejayaan Himpunan Fastaqim 2.0 yang berjaya menghimpun lebih 200,000 peserta.

“Jangkaan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang kini menjadi idola Mahfuz kononnya separuh kekuatan PAS akan hilang setelah tertubuhnya PAN jelas tersasar jauh.

“Saya nampak kejayaan himpunan mega Fastaqim menyebabkan yang meninggalkan perjuangan lama tersentak,” katanya selepas menyertai kempen mengumpul dana membantu Rohingya di sebuah pasar tani di Kemaman  semalam.

Sebuah portal berita melaporkan Mahfuz berharap ahli PAS mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 27/10/2017