21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Rohingya gadai nyawa pertahan aqidah

Berita
Typography

UMAT Islam di negara ini perlu mencontohi masyarakat Islam di Rohingya yang bergadai nyawa bagi mempertahankan akidah mereka.

Artis Yat Hamzah berkata, mereka sanggup menggadaikan nyawa biarpun berdepan dengan tindakan kejam tentera rejim Myanmar.

Sedangkan, tambahnya ramai dalam kalangan umat Islam negara ini memperlekehkan agama sendiri demi kepentingan diri.

“Kita sebenarnya belum lagi teruji tahap keimanan kita. Apabila datangnya ujian yang kuat dan tiada henti, di situ akan teruji sejauh mana keimanan kita sebenarnya,” katanya.

Beliau berkongsi penderitaan Muslim Rohingya bersama pelajar Maahad Muhammadi Perempuan semalam.

Program berkenaan dianjur Maahad Muhammadi Perempuan dengan kerjasama Cakna Palaestin dan Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (Mapim). – HARAKAHDAILY 27/10/2017