21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

PACA: Benteng terakhir PAS bersiap siaga

Berita
Typography
DUNGUN: Jentera 'Polling Agent & Counting Agent' (PACA) merupakan benteng terakhir PAS dalam tugas pilihan raya yang berfungsi menjamin integriti kertas undi.
 
Atas kepentingan itu, PAS Dun Bukit Besi telah mengadakan taklimat khas sebagai bersiap siaga menghadapi PRU 14 di Surau Seren, Bandar Bukit Besi, di sini semalam.
 
Kehadiran luar jangka ahli jentera PACA pada taklimat itu menunjukkan mereka komited untuk merampas kembali Dun yang pernah mereka menangi dulu dari BN.
 
Sekali gus, kemenangan di Dun Bukit Besi bakal melengkap dan merealisasikan misi PAS bagi menawan negeri Terengganu pada PRU14 kali ini.
 
Majlis taklimat tersebut telah disempurnakan oleh wakil Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Zaid Yusof.
 
"Kita adalah benteng terakhir bagi parti yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada parti semasa proses pengundian.
 
"Kita berhak membantah jika berlaku sesuatu yang bertentangan dengan etika pengundian," tegas beliau.
 
Turut hadir dimajlis ini ialah Pengarah MTD Bukit Besi, Ghazali Sulaiman bersama Ahli Jawatan Kuasa MTD Bukit Besi. - HARAKAHDAILY 26/10/2017