21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Felda arah 492 peneroka bayar RM1,000

Berita
Typography

SERAMAI 492 peneroka Felda Gugusan Bera menerima surat tuntutan bayaran penghakiman dari Ibu Pejabat Felda, yang mengarah mereka membayar RM1,000 seorang.

Surat bertarikh 26 September 2017 ditandatangani Ketua Bahagian Undang-undang Felda, Helwan Lokman meminta peneroka menjelaskan bayaran sebagaimana diputus mahkamah.

Yusuf Che DinSeorang peneroka yang terlibat dalam kes berkenaan, Yusof Che Din, 63, dari Felda Tementi berkata, pihaknya sedang mengkaji surat yang baharu diterima itu sebelum membuat pembayaran atau sebaliknya.

Katanya, surat yang dihantar Felda didapati lewat sampai dan sudah luput tarikh pembayarannya.

“Bagaimanapun kami akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi.

Pada 27 April lepas Mahkamah Tinggi Temerloh menolak saman yang difailkan 492 peneroka Felda Bera terhadap Felda dan sebuah anak syarikatnya, atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Yusuf juga berkata, peneroka menyaman Felda untuk menuntut keadilan bukannya untuk bermusuh dengan agensi berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/10/2017