17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Pemimpin langgar baiah kena taubat

Berita
Typography

BEKAS pimpinan PAS yang pernah mengkhianati baiah disaran bertaubat terlebih dahulu sebelum mengarahkan orang lain berbuat demikian.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, lebih baik Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa bertaubat kerana secara jelas mengkhianati baiah.

“Tiba-tiba beliau hendak Presiden PAS bertaubat dengan alasan menganiayai dia. Saya nasihatkan orang berkenaan bertaubat terlebih dahulu kerana dipecat akibat khianati perjuangan.

"Semua parti ada peraturan. Tindakan tatatertib bukan setakat parti, kerja kerajaan pun ada disiplin," katanya di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan dalam kenyataannya meminta Presiden PAS bertaubat susulan Amanat Haji Hadi pada 1980-an yang didakwa menjadi punca perpecahan umat Islam.

Nassuruddin juga berkata, langkah PAS memecat ahli yang mengkhianati perjuangan merupakan langkah yang wajar bagi membersihkan parti dari golongan berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/10/2017