21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Untuk menang, jentera dan bilik gerakan mesti aktif

Berita
Typography
KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan perjumpaan bersama petugas Bilik Gerakan Dun Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kerteh, di sini sebentar tadi.
 
Perjumpaan itu diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat jentera agar terus bekerja bagi menghadapi PRU 14 dan memenangkan PAS di Dun Kemasik.
 
Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid menyeru seluruh jentera bangkit dan menghidupkan Bilik Gerakan setiap UPU serta mengemaskini culaan serta memperkasakan seluruh pengundi.
 
Tambah beliau, setiap UPU perlu memainkan peranan dan melipatgandakan usaha dan kerja bagi menghadapi PRU 14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
 
Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat dalam ucapannya mengajak seluruh jentera untuk menyahut seruan PAS Negeri Terengganu bagi memenangkan PAS Dun Kemasik.
 
Nyatanya lagi, kemenangan PAS Dun Kemasik dalam PRU 14 amat penting bagi membolehkan PAS menerajui Wisma Darul Iman.
 
Turut hadir, Ketua Pemuda, Zaidi Salleh dan Ketua Muslimat, Ustazah Naliati Lamshah dan seluruh Pimpinan Dun Kemasik. - HARAKAHDAILY 25/10/2017