19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Politik Malaysia kelihatan hodoh

Berita
Typography

POLITIK Malaysia kelihatan hodoh apabila sentimen perkauman, keturunan dan bangsa mengambil tempat dengan tindakan ejek mengejek dan menghina antara satu sama lain.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, rakyat melihat pemimpin kekeringan idea dalam pembangunan negara sehingga menjadikan isu peribadi termasuk keturunan sebagai bahan jenaka dan kutukan.

Menurutnya, pemimpin seperti itu adalah pemimpin yang tidak ada akhlak dan tidak menghargai keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini, malah mereka adalah pemecah belah keutuhan ummah dengan usaha memercikkan api kemarahan bangsa dan kaum tertentu agar rakyat berpecah.

Ulasan selanjutnya dalam akhbar HARAKAH BIL 2291.