21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Rohingya: Muslimat PAS sumbang ‘shelter home’

Berita
Typography

MUSLIMAT PAS Terengganu adalah antara penyumbang kepada pembinaan rumah sementara (shelter home) bagi pelarian Cox’s Bazaar, Bangladesh.

Ketuanya, Zarani Othman mengucapkan tahniah dan bersyukur kerana ‘khemah kediaman’ itu telah didirikan di kawasan Kem Balukhali semasa Misi Kedua PASRelief yang berakhir semalam, lapor Buletin Online.

“Tahniah dan alhamdulillah di atas kejayaan dan kecaknaan PASRelief pada misi kemanusiaan Rohingya bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama kepimpinan PAS yang lain termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung misi tersebut.

Menurut Zarani, dengan sedikit sumbangan itu adalah tanda kasih sayang dan kecaknaan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dapat dimanfaatkan untuk membina khemah kepada pelarian.

“Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang turut serta dalam misi tersebut yang telah memahat nama Dewan Muslimat Negeri Terengganu di kem tersebut.

“Dan kami jugak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah berusaha membantu saudara-saudara kita di sana. Allah sajalah yang membalasnya,” jelas beliau.

Katanya, Muslimat Terengganu juga sedang berusaha mengumpulkan sumbangan untuk PASRelief Terengganu bagi misi kemanusiaan Rohingya kedua pada November ini.

Pengarah Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata antara penyumbang kediaman (shelter home) pada misi empat hari, 8 hingga semalam (13 Oktober) ialah daripada dana yang dikumpulkan KAMI dari Terengganu.

Selain itu, beliau berkata, keseluruhan sumbangan PASRelief dalam misi kali ini berjumlah RM362,730 tidak termasuk kos lain seperti pengurusan, perjalanan dan penginapan yang ditanggung sendiri oleh peserta misi.

“Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya,” katanya.

cx3

cx4