18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Ada parti akan hanyut selepas PRU 14

Berita
Typography

PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 akan menjawab sama ada Pakatan Harapan (PH) atau PAS yang akan hanyut di Laut China Selatan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, rakyat akan menyaksikan sendiri parti mana yang bakal hanyut.

Katanya, PAS menawarkan pilihan kepada rakyat setelah Barisan Nasional (BN) dan PH diterajui bekas pemimpin parti yang sama juga berdepan dengan banyak masalah.

“Umno dan BN kita sudah tahu sikap dan sifat pemimpin mereka. Begitu juga pemimpin PH sememangnya kita sangat kenal kerana ketuanya pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Rakyat kenal sangat pemimpin terbabit. Justeru PAS menawarkan alternatif dengan Islam yang berbeza dengan parti-perti lain,” katanya ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Temerloh malam tadi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap PH tidak bertanding di kerusi yang ditandingi PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.– HARAKAHDAILY 10/9/2017