18
Wed, Sep
31 Artikel Baru

Fastaqim 2.0 kayu ukur kekuatan PAS

Berita
Typography

PERHIMPUNAN Fastaqim 2.0 dianggap begitu penting kerana ia boleh menjadi kayu pengukur kekuatan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

“Dengan kehadiran yang begitu ramai pada himpunan itu ia akan  membuktikan ahli-ahli PAS masih istiqamah dengan perjuangan Islam.

UAbdH“Malah ia akan menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PAS untuk meneruskan perjuangan dan gerak kerja pilihan raya,” kata Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin.

Ketika ditemui di Iskandar Puteri katanya kehadiran pada Fastaqim 2.0 akan membuktikan PAS sudah bersiap sedia menghadapi PRU ke-14.

Oleh itu beliau berharap ahli-ahli dan penyokong PAS di negeri itu menyertai perhimpunan tersebut yang boleh menjadi isyarat kebangkitan rakyat.

“Saya berharap Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di peringkat negeri, kawasan dan cawangan menjalankan kempen mengajak ahli dan penyokong hadir pada program berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya sehingga sekarang kesanggupan ahli untuk menghadiri himpunan itu sangat menggalakkan sekali.

Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini. – HARAKAHDAILY 10/9/2017