21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Laksanakan Islam bukti Malaysia negara merdeka

Berita
Typography

RAKYAT perlu membuat penilaian sejauh mana kemerdekaan telah dicapai kerana itu fungsi masyarakat menjadi mata rantai memberikan kefahaman kepada semua agar ia membumi ke dalam jiwa rakyat.

Memerintah mengunakan undang-undang dan perlembagaan yang dibuat melalui parlimen dengan cara pemilihan dihantar ke parlimen bahkan semenjak lepas merdeka 13 kali PRU diadakan walaupun PAS mula terlibat dalam pilihan raya pada tahun 1955 tidak pernah lagi PAS berjaya menguasai parlimen itu.

Demikian ditegaskan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di hadapan pendokong dan penyokong PAS sempena Himpunan Sejahtera Bersama Islam.

Katanya pada dua tahun lepas, PAS menilai terdapat dua perkara yang perlu difahami dengan baik antaranya sebelum merdeka ada undang-undang Islam, undang-undang 99 Perak Kanun di Melaka setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Pada tahun 1965 kerajaan yang ada pada hari ini telah membuat satu undang-undang dinamakan sebagai Akta 355, tujuan akta 355 dibuat oleh kerajaan persekutuan dikuasai oleh Umno/ Barisan Nasional mengatakan bahawa hak orang Islam di mahkamah syariah.

"Kalau berjumpa dengan orang berzina, minum arak tidak lebih daripada hukuman 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan bahkan rujukan serta dalil melaksanakan hukuman tersebut tiada dalam hukuman syarak.

"Kita ada 21 orang ahli parlimen pada pemulaannya masuk dalam parlimen memohon agar Akta 355 dibuat pindaan dengan menepati syariat Allah SWT seperti hukuman zina 100 kali sebatan dan beberapa hukuman yang lain.

"Kini hanya tinggal 14 orang ahli parlimen PAS yang terus istiqamah bersama perjuangan dan menjadi isu perbahasan sekarang Akta 164," jelasnya.

Razman menyatakan, perjuangan PAS untuk meminda Akta 355 adalah untuk memastikan pelaksanaan syariat mampu direalisasikan atas muka bumi Allah SWT dalam negara tercinta.

Justeru itulah sewajarnya kemerdekaan yang perlu difahami apabila pelaksanaan syariat diberikan ruang seluasnya untuk diamalkan oleh masyarakat. – HARAKAHDAILY 29/8/2017