22
Tue, Aug
13 Artikel Baru

Ketua Armada Kelantan dihadiahkan kemeja baru

Berita
Typography

NGO Pertahan menghadiah sehelai kemeja kepada Ketua Armada Kelantan, Asran Alias ekoran baju yang dipakainya terkoyak setelah dipukul seorang pemuda dipercayai penyokong Umno Machang.

Presiden Pertahan, Nazman Che Ibrahim berkata, hadiah itu sebagai tanda sokongan kepada segala usaha untuk menggerakkan politik anak muda secara matang di Kelantan.

“Kami menziarahinya baru-baru ini ketika beliau dirawat di hospital atas semangat ukhuwwah Islamiah. Asran menyatakan kesediaan hadir ke wacana malam ini,” katanya di sini.        

Asran baru-baru ini dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Bharu akibat kecederaan dialami setelah diserang sekumpulan lelaki dipercayai pemuda Umno di Machang.

Sebelum itu Asran dan Armada Kelantan membangkitkan isu pembinaan sebuah masjid di Machang yang ada kaitan dengan pemimpin Umno bahagian terbabit.

Malam ini akan berlangsung wacana membariskan pimpinan pemuda PAS, PPBM, Umno dan PKR di Hotel Ansar yang dianjur NGO Pertahan. – HARAKAHDAILY 10/8/2017