22
Tue, Aug
12 Artikel Baru

Bob Lokman ulas isu Awie

Berita
Typography

KEHADIRAN Ahmad Azhar atau lebih dikenali sebagai Awie mencetuskan pelbagai polemik, hingga dijadikan bahan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

Bob Lokman turut mengulas isu tersebut di dalam FB beliau;

Ahmad Azhar @ Awie, jadi kontroversi bila buat event di Kota Bharu. Hingga ada kononnya pelajar tahfiz yang menyesali keadaan. Ramai berprasangka kehadiran Awie seorang boleh merosakkan sebuah kerajaan Islam Kelantan.

Awie ada pengikut. Dia ada karisma. Dia diminati. Kalaulah kita boleh benci kepada sikap lampaunya, apakah tidak wajar untuk kita menerima bila Awie bertamu ke tempat kita? Adakah berdosa? Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia.

Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga? Awie sahabat saya, bahkan saya pernah terlebih berdosa darinya. Mengenali Awie, arwah ayah dan maknya serta familinya saya kenal Awie terbenih daripada keluarga yang sangat baik hati.

Makanya jangan menghalang sahabat saya untuk mencari jalan pulang ke Syurga. Kepada Kelantanis tahniah kerana tidak rasa tercemar keimanan anda apabila mendakap Awie dengan penuh sayang sebagai saudara seIslam.HARAKAHDAILY 11/7/2017