16
Wed, Oct
22 Artikel Baru

PROGRAM Kenduri Amal sempena majlis walimatulurus keluarga Rosli Abdullah, salah seorang anggota Amal Hulu Langat di Beranang telah diangkat menjadi satu program Kebajikan "A Day for Charity" Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.

Menurut Pengarah Program Saudara Noor Ahmad Noordin, objektif program Kenduri Amal ini adalah bagi memupuk samangat bantu membantu dan tolong menolong di kalangan anggota Amal dalam mendepani kehidupan bermasyarakat.

Walaupun sebelum ini anggota amal sudah biasa membantu menjadi penanggah, mencuci dan memasak namun kali ini anggota Amal terlibat sepenuhnya dari penyediaan kewangan, mencari lembu, membeli barang dan mencari khemah sehinggalah memasak dan membantu mengangkat dan mencuci pinggan,  pendek kata hampir keseluruhannya diuruskan oleh anggota Amal.

amal2Seramai lebih 50 anggota Amal seluruh negeri Selangor telah hadir membantu dari proses persiapan sehinggalah pada hari majlis diadakan. Mereka hadir bergilir membantu mengikut kawasan yang telah ditetapkan oleh pengarah program. Kerjasama yang berlangsung ini telah membina semangat ukhwah antara anggota Amal dari pelbagai kawasan.

"Mereka kini sudah boleh buat kenduri sendiri kalau nak kahwin lagi," seloroh Pengarah Amal Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli yang melihat kesungguhan para jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan satu majlis kenduri walimah yang besar ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Huzaimi Abd Halim. Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Amal Negeri Selangor dan juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris.

Pada Kenduri Amal kali ini 2 ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan pimpinan PAS Negeri Selangor dan orang perseorangan termasuklah anggota Amal sendiri, sekali gus membina nilai-nilai yang baik dalam diri anggota Amal dalam mendepani masyarakat luar sana. - HARAKAHDAILY 18/3/2017

ADALAH saya diarah untuk memaklumkan bahawa Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017, dalam maksud mengendalikan pemilihan bagi jawatan-jawatan di peringkat PAS Pusat, dan dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal 4.7.1 Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2016), telah memutuskan tarikh-tarikh berikut:

1. Tarikh Tutup bagi Pencalonan  semua Jawatan PAS Pusat (kecuali pencalonan Dewan Ulamak PAS Pusat): 9/4/2017 @ 5 petang

2. Tarikh Tutup Pencalonan jawatan-jawatan Dewan Ulamak PAS Pusat: 17/4/2017 @ 5 petang

3.  Hari Mengundi bagi Dewan-Dewan  Pusat: 27 April 2017

4. Hari Mengundi bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat: 29 April 2017

Sila ambil maklum bahawa semua Borang Pencalonan yang lengkap diisi, hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi, Lembaga Pemilihan PAS Pusat, Muktamar Ke-63, Pejabat Agong PAS, 318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, secara Pos/Kurier/Serahan Tangan. Borang-Borang Pencalonan hendaklah diterima atau dimasukkan ke peti-peti Borang Pencalonan di Pejabat Agong PAS pada atau sebelum tarikh-tarikh tersebut.

Bukti pengeposan atau kurier tidak dianggap sebagai bukti penerimaan!

WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017
18 Mac 2017 / 19 Jamadil Akhir 1438 – HARAKAHDAILY 18/3/2017

ORANG ramai dijemput menghadiri program Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Pantai Timur.

Program bermula hari ini dan esok 18 Mac diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata program itu akan disertai 3,000 buah kereta.

Jelasnya, kawasan yang terlibat di perkarangan stadium dan berhampiran Dewan Jubli Perak.

Ketika ditemui beliau berkata, penyertaan tahun ini begitu membanggakan berbanding tahun lalu 2,500 buah kereta.

“Kerana sambutan memberangsangkan itu kita anjurkan lagi program berkenaan tahun ini,”ujarnya.

Jelasnya, dengan program itu kerajaan negeri berharap semua kelab di bawah gabungan permotoran Kelantan untuk mengikuti dan mematuhi arahan persatuan permotoran negeri.

Jelas Fattah lagi, gerak kerja bersama yang lebih padu akan menjayakan keputusan kerja yang lebih baik.

Sambungnya, anak muda khususnya diharap lebih berdisiplin ketika membawa kenderaan masing-masing.

Beliau juga berharap peserta dapat mengikuti arahan penganjur serta menghormati undang-undang jalan raya.

Menurutnya, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dijangka merasmikan majlis penutup pada 18 Mac ini selepas solat Asar.

Pelbagai acara menarik disediakan antaranya dikir barat, pertunjukkan ular, pertandingan audio show, pertunjukkan exzos berapi.

Majlis itu berakhir sehingga jam 12.00 malam untuk hari ini manakala pada hari penutup sebelum Maghrib. – HARAKAHADAILY 17/3/2017

BIADAP! Kita mendengar ucapan perbahasan Ahli Parlimen DAP (Kuching) yang secara terang terangan menunjukkan sikap anti kepada guru-guru Islam di dalam negara Malaysia.

Ini memberi gambaran sikap sebenar DAP dan sekutunya apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.

Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus. Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini.

Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok.

DAP dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu agama Islam sedang mereka sedar inilah agama Persekutuan.

Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian dari rakan Pakatan Harapan yang lain.

Kenyataan DAP itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam dalam negara ini.

MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
Setiausaha PAS Selangor
16 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 16/3/2017

18 Jumadal Akhira 1438, Jumaat 4.45 petang.

Beliau rebah ketika menyempurnakan tugas yang diamanahkan sebagai koordinator rombongan PAS Kuala Nerus ke himpunan RUU355. Dalam perjalanan ke Ibu Kota, beliau tidak sedarkan diri. Mungkin akibat terlalu letih mengurus ratusan peserta.

Semua orang yang diuruskannya berjaya sampai dan menjayakan program H355 yang melakar sejarah bermakna buat masa depan Islam. Disebalik kegembiraan rombongan Kuala Nerus, jasad beliau terpaksa ditahan di sebuah Hospital Kuantan.

Sejak itu beliau terus tidak sedarkan diri hinggalah dijemput Ilahi. Beliau pergi dalam seragam pejuang masih di badan. Tuhan turut muliakan beliau dengan kematian pada petang Saiyidul Ayyam. Semalam, beliau 'bergembira' dengan kejayaan manis anakanda tercinta memperoleh keputusan 10A dalam SPM.

Takziah buat semua yang menangisi pemergian beliau terutama kaum keluarga, sahabat handai dan teman seperjuangan. Ya, Kita memang terlalu sedih dengan pemergian beliau pada saat keberadaannya masih ditagih. Tapi percayalah, beliau tersangat gembira di alam 'sana' sekarang. Beliau telah melakar kejayaan yang amat tinggi dalam hidupnya, kejayaan yang didamba semua insan yang berjuang. Mati dalam berjuang.

Tenanglah dikau wahai sahahat dan guru, Cikgu Fauzi Abu Samah. Tunggu daku di sana.
Keterangan gambar: Program ziarah penasihat MAMPAT, Tengku Paduka Ibrahim tahun lepas. – HARAKAHDAILY 17/3/2017

SAYA ingin menarik perhatian rakyat Terengganu berkaitan dengan jawapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kepada isu yang dilemparkan oleh PAS Terengganu berkenaan projek Taman Ilmu yang terbengkalai bertahun-tahun dengan kos yang termaklum sebanyak RM300 juta dengan tambahan sebanyak hampir RM450 juta menjadikan RM750 juta wang rakyat telah disia-siakan.

Walaupun agak lambat memberikan maklum balas dengan isu ini, namun ia agak baik daripada terus mendiamkan diri terutama perasaan ingin tahu rakyat Terengganu membuak-buak apabila hampir dengan pilihan raya ini.

Isu ini sudah bertahun-tahun ditimbulkan oleh PAS Terengganu terutamanya di dalam Sidang Dun Terengganu, namun mengecewakan apabila bermula ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said, hinggalah kepada zaman Datuk Seri Ahmad Razif memegang tampuk pemerintahan Terengganu, kepimpinan mereka memilih untuk menolak soalan-soalan dari PAS berkaitan dengan Taman Ilmu ini.

Malah PAS telah menerbitkan buku isu-isu negeri Terengganu dan turut memasukkan isu Taman Ilmu ini sebagai isu utama.

Kini setelah DS Idris menuduh bahawa kerajaan negerilah yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan projek itu dan bukan kementerian beliau, baharulah rakyat tersedar akan besarnya isu yang telah dilonjakkan PAS suatu ketika dahulu.

Ironinya, di sebalik tuduhan kepada kerajaan negeri, DS Idris mungkin lupa bilakah tarikh projek Taman Ilmu ini dilancarkan dan bilakah pula beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, iaitu sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya meluluskan projek ini.

PAS Terengganu amat yakin bahawa DS Idris terpaksa membuka mulut setelah melihat kejayaan PAS mengumpul begitu ramai rakyat Besut pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.5 di Kampung Raja baru-baru ini, di kawasan Parlimen beliau dengan PAS menampilkan isu-isu secara terus kepada rakyat yang memberikan kesedaran kepada rakyat.

Bagi mempertahankan diri beliau agar kelihatan bersih, beliau menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pihak yang perlu menjawab persoalan ini walaupun idea projek ini adalah daripada beliau. Keberkesanan PAS dalam menyedarkan rakyat dengan isu-isu tidak dapat disangkal lagi.

DS Ahmad Razif juga kelihatan terkial-kial memberikan janji dan kemudian memperbaharui janji bagi Taman Ilmu ini beroperasi, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Menghempaskan bebanan kepada DS Ahmad Razif, bukan sikap yang terpuji, apatah lagi projek itu bukan kepunyaan beliau. Namun tindakan ini dari segi politik, boleh menyelamatkan survival politik DS Idris, apatah lagi DS Ahmad Razif yang kini terdesak mempertahankan kedudukan beliau. Akan tetapi, di atas semua hal ini, PAS mendesak DS Idris agar bertanggungjawab dengan kegagalan projek beliau ini.

PAS juga menunggu jawapan bagi isu-isu lain yang telah diketengahkan sejak beberapa tahun lalu di mana kerajaan menggunakan secara rakus wang rakyat Terengganu seperti Jertih Souq (RM70 juta), LPT2 (RM1.8 bilion), Monsun Cup (RM1 bilion), stadium runtuh (RM300 juta) dan pelbagai lagi terutama semua projek yang runtuh di bawah pentadbiran DS Idris dahulu, tetapi PAS tidak dapat menjamin rakyat boleh bersabar setelah wang hak milik mereka dileburkan sebegitu rupa.

Saya selaku Ketua Penerangan PAS Terengganu ingin mengajak sekalian rakyat untuk terus mengikuti isu-isu semasa terutama isu negeri Terengganu melalui saluran rasmi PAS seperti Harakah, Buletin Online, Harap TV dan juga kenyataan-kenyataan rasmi dari pimpinan PAS sendiri. Semoga rakyat terus disedarkan dengan maklumat-maklumat terkini yang tepat dan benar, insya Allah.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

DAP semakin ketara menonjolkan permusuhannya kepada Islam apabila mempertikai setiap perkara dan urusan yang ada hubungkait dengan agama ini termasuk segala imej dan simbolnya. Sekali gus, DAP telah menyerlahkan lagi doktrin politik Cauvinis atau perkauman yang didukung mereka.

Lontaran dikemukakan DAP mutakhir ini jelas satu bentuk perlekehan, memalit imej buruk dan campur tangan jelik yang boleh mengundang rasa tidak puas hati serta melebarkan lagi jurang perbezaan. Malah, menunjukkan DAP tidak mendukung agenda memupuk penyatuan harmoni kemajmukan masyarakat negara ini, termasuk menerusi pendidikan.

Penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching tidak lebih sekadar alasan lunak untuk menjustifikasikan motif terselindung DAP terhadap agama Islam. Alasan atau hujah direkayasanya telah ketinggalan zaman dan umpama katak di bawah tempurung.

Sedangkan, proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk silibus digunapakai adalah seragam dan standard di seluruh negara, selain para guru turut tertakluk atas tatasusila yang khas. Jika terjadi prejudis dan unsur-unsur sebagaimana didakwa, sila kemukakan bukti.

Realitinya pengambilan atau penempatan sedemikian telah berlaku sekian lama, bahkan turut melibatkan kakitangan atau pegawai dari jabatan lain. Tidak pernah kedengaran situasi seperti itu hingga mempengaruhi, mencemar apatah lagi merosakkan pemikiran, budaya dan falsafah daripada perbezaan yang ada.

DAP sengaja mencipta kesangsian tersebut dan dangkal dalam mengakui serta memahami wujudnya kerencaman yang telah sebati dengan rakyat Malaysia. Semuanya dihadap dengan penuh hormat menghormati dan saling menerima antara satu sama lain. Malang sekali, DAP bersikap biadab dan menyuguhkan suara pecah belah.

Malah, wakil DAP semakin melalut, menyimpang dan karut apabila turut mengheret sensitiviti berkaitan kalimah Allah, pemakaian salib, berus cat bulu babi dan mazhab yang tidak seharusnya diperbesarkan lagi dan dicetus adu domba baru.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/3/2017

More Articles ...