21
Sat, Sep
33 Artikel Baru

HARAKAH mohon maaf atas kesilapan nama di bawah gambar Bendahari PAS Pusat, Dato' Iskandar Abdul Samad di muka surat 6 edisi Jumaat Harakah Bil 2461. 
Kesilapan adalah tidak disengajakan dan pembetulan akan disiarkan juga di Harakah cetak muka surat 6 edisi Isnin, Bil 2462.

SAYA macam tidak percaya apabila ini tulisan Datuk A. Kadir Jasin. Datuk hendak marah kepada Dato’ Seri Najib itu hal Datuklah. Tetapi apabila Datuk marah kepada pensyarah Abdul Muen (UKM) kerana tulisan beliau, saya agak marah.

Sebagai bekas pensyarah saya tidak rela seorang ahli akademik dimarah kerana tulisannya. Kalau tidak betul, jawablah balik. Apakah Datuk hanya hendak melihat pensyarah menjadi pengampu sehingga menggadai taraf akademik yang tidak ada harga diri.

Datuk hendak apa lagi. Tak cukup lagikah harta kekayaan yang dimiliki. Daripada mana Datuk dapat, maka Datuk lebih ariflah.

Bukankah sekarang Malaysia Baru, jangan ambillah tabiat yang tidak baik kerajaan dahulu. Berikan kebebasan bersuara.

Jangan pula jawab, kerajaan dulu juga tidak memberi kebebasan. Jangan jawab seperti Pak Pandir, anak orang juga mati. – HARAKAHDAILY 4/7/2019

KECOH di Parlimen usul untuk mewajibkan sekalian Ahli Dewan Rakyat membuat pengisytiharan harta, sebagai bukti mendukung nilai integriti.

syahir2Maka bangunlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berbahas usul yang tergesa-gesa dibentangkan seorang Menteri.

Ada yang berhujah, mengapa perlu takut untuk mengisytiharkan harta sekiranya tidak mencuri, melainkan jika ada kekayaan yang ingin disembunyi.

Ada juga yang berhujah, pengisytiharan harta bukti seseorang memiliki nilai integriti, dan mereka yang tidak berani bermakna kumpulannya tidak berintegriti.

Persoalannya layakkah mereka yang mengisytiharkan harta itu mendabik dada sebagai seorang yang berintegriti?

Malah persoalan yang lebih besar, adakah layak mereka mengaku berintegriti sekiranya;

Apabila bercakap sentiasa dibohongi;
Apabila berjanji sentiasa dimungkiri;
Apabila diberi amanah sentiasa dikhianati;
Apabila ijazah akademik ditipu Menteri, dan
Apabila ‘video hanyir’ dikongsi sesama sendiri.

Inilah bahana apabila nilai integriti ditafsir sendiri, atau mengikut acuan Barat yang melanggar fitrah manusiawi.

Hakikatnya pengisytiharan harta adalah amalan terpuji, biasanya diwajibkan ke atas Menteri dan eksekutif yang mempunyai kuasa melulus dan mempengaruhi.

Tujuannya yang utama adalah untuk meningkatkan transparensi, seterusnya mengelak pertembungan kepentingan (conflict of interest) yang boleh menjejaskan moral dan integriti.

Jelas tujuannya adalah berbeza sekiranya mahu Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta, kerana mereka tiada kepentingan seumpama anggota pentadbiran dan sekalian Menteri.

Justeru kita tidak perlu menceduk model integriti Barat, kerana cukup dengan kita melihat pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai model kepimpinan Islam yang adil untuk semua, serta diiktiraf bebas rasuah, berhemah dan berintegriti.

Terpenting adalah kita membina benteng pencegahan dan pengawasan yang menyeluruh dengan petunjuk Islam, di kala negara berdepan dengan krisis kepimpinan yang terhakis nilai moral dan integriti.

Inilah yang dimaksudkan dengan kepimpinan beriman dan budiman, sebagai formula membentuk kepimpinan berakhlak, jujur dan berintegriti. – HARAKAHDAILY 3/7/2019

SAYA sangat bangga dengan sikap keterbukaan rakyat Malaysia yang mula bertegas untuk mencari kebenaran dan menolak adudomba politik murahan. Situasi ini menjadi matang selepas rakyat membuat perubahan drastik melalui Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Kebanyakan rakyat membuka mata dengan tekun dan bergerak pantas ke hadapan serta membaca apa saja pergerakan dan kenyataan politik semua parti-parti yang ada demi untuk mereka membuat perhitungan matang dalam pilihan raya akan datang.

Saya secara khusus turut menilai perkembangan negara dari pelbagai aspek yang kebanyakan gagal dan bakal menghambat rakyat ke arah penderitaan kehidupan dan kehancuran peradaban agama dan bangsa sehingga dengan tegas saya mengatakan "Menjatuhkan Kerajaan PH Hukumnya Wajib". Tanpa saya jangka kenyataan ini menarik perhatian ramai yang cinta kepada kedamaian dan kemakmuran hidup duniawi dan ukhrawi. Tidak asing juga kritikan yang pedas kepada kenyataan saya ini. Ada yang mencabar saya berdialog dan ada yang membuat laporan polis. Yang anehnya golongan pertengahan yang ribut bercakap dan menawar diri untuk berdialog.

Bagi saya dialog dengan semangat untuk mencari jalan penyelesaian Islam adalah sangat baik. Dialog profesional ini sangat berkesan kalau diadakan antara tokoh-tokoh politik tertinggi yang mampu merubah hala tuju politik dan pemerintahan negara sangat memberi impak positif untuk semua.

Bepaksikan kepada mencari kebaikan untuk semua saya sangat mengharapkan agar dialog antara saya dengan sahabat karib saya Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa diterima oleh beliau.

Saya bukan mencabar beliau dalam hal ini. Cuma saya mengajak berdialog secara harmoni untuk mencari jalan penyelesaian Islam dalam polemik politik negara. Saya tidak berhasrat untuk mencari kemenangan atau publisiti murahan. Kalau sekiranya perlu dibuat dialog dengan pimpinan lain yang lebih tinggi pun lebih baik untuk Islam dan ummahnya.

Sekali lagi saya menyeru agar ruang dialog secara terbuka dan beradan sentiasa subur di dalam negara kita.

Sekian, dari insan daif:
USTAZ DR NIK ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 2/7/2019

INGATAN penting kepada umat Islam dari Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Umat Islam sedang diancam oleh slogan-slogan palsu atas nama Islam yang dibawa oleh golongan pragmatis.

Menurut Ustaz Fadzil Mohd Nor, slogan palsu ini adalah dicipta untuk "mengelirukan umat Islam" dan mendapatkan sokongan rakyat sahaja, konon mereka sedang menuju pelaksanaan Islam, walhal tidak berlaku sebarang perubahan dasar negara kepada Islam.

Hari ini para pendukung Islam palsu atas nama rahmatan lil aalamin, mengadakan program memperingati Ustaz Fadzil Noor, kononnya mereka berjuang meneruskan legasi tokoh besar ini.

Umat Islam mesti bethati-hati dengan kepalsuan mereka. - HARAKAHDAILY 3/7/2019

slogan

CADANGAN Menteri Sumber Manusia untuk membawa masuk pekerja asing Afrika ke Malaysia disifatkan cakap tak serupa bikin apabila sebelum ini dalam Dewan Rakyat, menteri berkenaan menyatakan komitmen untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Merujuk Jabatan Perangkaan, sebanyak 3.3 juta warga asing secara sah tinggal di negara ini pada tahun lalu. Negara kita seperti “dijajah” oleh mereka apabila jumlah ini cukup membimbangkan. Malahan, ketika cuti perayaan lokasi-lokasi yang “panas” seperti di pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Pasar Seni dan Kota Raya kebanyakannya dibanjiri oleh mereka.

Hakikatnya, kehadiran pekerja asing tanpa kawalan mencetuskan banyak implikasi buruk yang melibatkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), masalah sosial dan jenayah serta penyakit berjangkit yang semakin berleluasa.

Tidak mustahil, kadar jenayah akan meningkat sekiranya pekerja asing Afrika dibawa masuk ke negara kita. Merujuk Jabatan Imigresen, seramai 282 warga Afrika ditahan dengan pelbagai kesalahan sepanjang tahun 2018 hingga Mei 2019. Malahan, pada bulan lepas sahaja, seramai 130 orang warga Afrika ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam jenayah dan imigresen.

Oleh itu, saya mencadangkan Kerajaan untuk mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing yang sedia ada agar satu peraturan baharu dengan menetapkan satu kuota kepada majikan dalam semua sektor pekerjaan 3D (dirty, dangerous and difficult) bagi memastikan sekurang-kurangnya meningkatkan peratus rakyat tempatan terlibat dalam sektor ini bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pekerja asing.

Selain itu, Kerajaan dan majikan harus memastikan sektor pekerjaan 3D di negara kita dimodenkan dengan menggunakan peralatan yang canggih agar dipandang tinggi oleh masyarakat bagi menarik minat belia tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan yang dimonopoli oleh pekerja asing.

Bidang pekerjaan 3D yang kotor, sukar dan berbahaya ini juga boleh rebanding semula dengan nama pekerjaan yang sesuai dan tidak dipandang negatif oleh perspektif masyarakat.

Di samping bayaran gaji yang lebih berpatutan, Kerajaan juga perlu menyediakan inisiatif atau bonus tambahan bagi menarik minat pekerja tempatan menyertai sektor 3D berbanding bekerja di luar negara.

Kerajaan juga perlu memastikan sektor 3D ini dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran di pusat kemahiran di negara kita seperti di GiatMara, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran dan Politeknik bagi memupuk minat belia menceburi bidang pekerjaan 3D dan sekali gus mengurangkan kemasukan pekerja asing di negara kita.

Islam Memimpin Perpaduan

TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 3/7/2019

KENYATAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Seri Mujahid Yusof Rawa selepas melawat kem tahanan etnik Uighur beragama Islam di Xinjiang, China amat mengguris hati umat Islam khasnya mereka yang sedang berdepan kezaliman di China.

Pandangan menteri agama itu dalam isu berkenaan penindasan umat Islam di Uighur sangat mengecewakan seluruh umat Islam, malah ia satu penghinaan tatkala seluruh ummat menadah tangan mendoakan agar kezaliman ke atas etnik Uighur ditamatkan segera.

Kenyataan Mujahid dalam Facebook beliau berkongsi lawatannya ke sebuah kem yang menurut China, ia adalah 'pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur' amat menghina, malah tidak sedikit memperlihatkan belas ihsan beliau ke atas penindasan yang sedang berlaku.

Umum mengetahui, China telah menindas etnik minoriti Islam Uighur dan menahan mereka di kem-kem tahanan yang berselindung di sebalik 'pusat latihan dan vokasional' ataupun pendidikan semula di wilayah barat, Xinjiang.

Bagi kami di Dewan Ulamak PAS Selangor, kami amat kesal adanya seorang menteri yang sangat naif tentang apa yang berlaku kepada umat Islam seperti di Uighur dan telah membuat satu kenyataan dan pendirian dan tindakan beliau yang sangat mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Bagi DUPNS apabila Mujahid menyatakan bahawa penindasan umat Islam Uyghur di Xinjiang, China adalah satu cerita palsu, maka dia telahpun mengkhianati umat Islam.

Mujahid sebenarnya gagal membaca fakta yang dilaporkan Human Right, International Agency membuat laporan berlaku penindasan yang sangat dahsyat kepada umat Islam di Xinjiang, China.

Untuk pengetahuan menteri agama, penduduk Islam di wilayah Xinjiang berdepan pelbagai sekatan terhadap kebebasan budaya dan agama yang dikenakan parti komunis China. Jika menteri agama gagal memahami hal ini, maka selayaknya dia melepaskan jawatan sahaja.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ MUHAMMAD IBRAHIM @ MAD CHINA
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Selangor – HARAKAHDAILY 2/7/2019

More Articles ...