19
Wed, Jun
19 Artikel Baru

Sembah Takzim Kebawah DYMM Sultan Muhammad V

Nasional
Typography

PATIK merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V atas khidmat bakti Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.

Patik dan sekalian rakyat merakamkan setinggi penghargaan kepada KDYMM Tuanku yang telah berperanan sebagai tonggak agama, perpaduan dan keadilan bagi kesejahteraan negara dan sekalian rakyat jelata dengan baiknya.

Semoga KDYMM Tuanku sentiasa diberkati oleh Allah di bawah lindungan-Nya untuk mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim bagi menjaga dan membangunkan Negeri Kelantan dengan adil dan sejahtera.

Daulat Tuanku. Allahu Akbar.