16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

PAS dan Kongres Maruah Melayu

Nasional
Typography

TUAN Guru pergi ke?

Demikian bentak seorang sahabat apabila dapat tahu yang PAS akan menghantar delegasi diketuai Presidennya ke Kongres Maruah Melayu 6 Oktober ini.

Kongres ini dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Mengapa perlu sokong Tun Dr Mahathir sedang PAS sudah bermuafakat dengan Umno dan pemuafakatan ini dirai dan dialu-alu umat Melayu Islam.

Politik Malaysia dewasa ini sungguh anjal dan bergerak pantas. Pemimpin perlu bijak dan dinamik dalam mendepani cabaran baru ini jika tidak kita akan tercicir dan hanyut begitu sahaja.

Bagi PAS apa sahaja yang menyentuh usaha atau inisiatif untuk memartabatkan umat Melayu dan Agama Islam akan ia sokong dan beri perhatian.

Hakikatnya kedudukan umat Melayu dan Agama Islam sungguh tercabar hari ini lantaran percaturan politik, dan jika pemimpin Melayu Islam sendiri tidak bangkit menangani dan memperbetulkannya pasti ia akan terus lemah dan dikuasai orang lain.

Atas dasar ini PAS memilih untuk mengambil langkah berani untuk hadir.

Kongres ini anjuran IPTA tempatan yang sudah pasti bebas dan non partisan namun mahu turut terlibat dalam menyumbang ke arah membela maruah agama dan bangsa.

Tun Dr Mahathir dijadualkan memberi amanat tetapi Tun sendiri dikhabarkan akan hadir atas kapasiti pemimpin Melayu dan tidak sebagai PM atau Pengerusi PH.

Biar kita tadah relinga dan dengar semoga amanatnya memberi saranan yang positf dan membina dalam mengembalikan maruah Melayu yang semakin pudar itu.

Isu maruah Melayu ini tanggungjawab bersama. Jika semua pihak bersungguh dan mahu kembali memperkasakan kuasa politik kita, PAS pasti tidak mahu ketinggalan.

PAS seperti biasa akan menyarankan bahawa umat Muhammad SAW di rantau mana sahaja mereka berada, dan dalam hal kita bumi Malaysia mesti bersatu dengan penyatuan yang menjunjung dan menjulang agama Allah SWT. Semua pendekatan lain terbukti telah gagal. Hanya Islam kunci kepada formula penyelesaian ini.

PAS hadir kongres ini bukan bermakna PAS tidak hargai Muafakat Nasional, tetapi kehadiran Tuan Guru Presiden PAS dan rombongannya sebenarnya menegaskan lagi komitmen PAS pada Muafakat Nasional dan mahu lihat semua pihak menerimanya.

Jangan lagi bumi dipijak ini milik orang.

Lihatlah keterbukaan dan kematangan politik pimpinan PAS. Yang penting kuasa politik Mekayu Islam wajib dinobatkan kembali. Saya difahamkan Umno juga ajan turut hadir.

Inilah umat Melayu Islam, bersatu apabila maruahnya tercabar.

Selamat berkongres. - HARAKAHDAILY 2/10/2019